Majlis Perbandaran Kajang

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Perbandaran Kajang No Telefon Untuk Dihubungi :

Menara MPKj - 0387377899

Hotline Aduan:1-800-88-6755

Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan. No Tel: 87377899
No Faks: 87377897
[email protected]
Hotline Aduan:1-800-88-6755

20/10/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA KEMASYARAKATAN BIL. 9/2026Tarikh: 20 Oktober 2026 (Selasa)Masa: 11.00 pagiTempat: Bilik Mesyuarat...
20/10/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA KEMASYARAKATAN BIL. 9/2026
Tarikh: 20 Oktober 2026 (Selasa)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Menara MPKj
Pengerusi: YBrs. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta (Timbalan Yang Dipertua MPKj)

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BIL. 20/2026Tarikh: 20 Oktober 2026 (Selasa)Masa: 9.00 pagiTempat: Bilik Mes...
20/10/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BIL. 20/2026
Tarikh: 20 Oktober 2026 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Menara MPKj
Pengerusi: YBrs. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta (Timbalan Yang Dipertua MPKj)

20/10/2026

🌎⚡️6 hari lagi menjelang Sesi Penilaian Semula Geopark Kebangsaan Gombak-Hulu Langat Geopark ⚡️🌎

Penilaian ini amat penting bagi mengekalkan status Geopark Kebangsaan Pertama Negeri Selangor 💪

Teruskan ikuti perkembangan kami atau layari laman sesawang rasmi www.ghlgeopark.com.my

Gombak-Hulu Langat Geopark,
Where Natural Wonders Define Culture & History




20/10/2026

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM: "RAJA BERDAULAT MEMAYUNGI UMAT"

Sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Majlis Agama Islam Selangor akan menganjurkan FORUM PERDANA EHWAL ISLAM bertajuk "RAJA BERDAULAT MEMAYUNGI UMAT"
akan diadakan pada:

Tarikh : 22 Oktober 2026 | 11 Jumadal Ula 1448H | Khamis

Masa : 8.00 malam - 10.30 malam

Tempat : Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

9.00 malam: siaran langsung di TV 1, RTM

Kupasan tajuk istimewa kali ini bersama dua orang panel iaitu:

▶️ YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Sahibus Samahah Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor

▶️ YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Muhammad Ayman al-Akiti, Anggota Jawatankuasa Fatwa dan Khutbah Negeri Selangor

Moderator:
▶️ YBrs. Ustaz Rizal bin Ramli, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor

Sehubungan itu, YAD Tan Sri Dato’ Setia/YAD Dato' Setia/YDM Tengku/YB/YDH/YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin Paduka/Prof. Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir meraikan forum perdana ini dan dapat bersama menyebarkan hebahan program ini.

Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi penambahan ilmu dan pemahaman yang lebih meluas kepada kita semua.

20/10/2026

17 HARI SAHAJA LAGI! 🎉

Semakin hampir, semakin teruja! Karnival Ban Canal 2026 kini kembali dengan pelbagai aktiviti menarik yang menggabungkan elemen alam, budaya dan kelestarian dalam suasana yang penuh kemeriahan.

📅 6 – 8 November 2026
📍 Ban Canal, Parit 14, Simpang Lima, Sungai Besar, Sabak Bernam

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Ban Canal 2026! Destinasi komuniti, rekreasi dan pelancongan yang menampilkan keunikan Sabak Bernam! 🌾

Sehubungan itu, para pelajar yang hadir dan menyertai Karnival Ban Canal 2026 ini berpeluang untuk mendapatkan merit PAJSK peringkat Negeri Selangor, tertakluk kepada ketetapan dan pengesahan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Jumpa anda semua di sana!

JELAJAH KARNIVAL MINI TABUNG HAJI SELANGOR 2026Tarikh: 31 Oktober dan 1 November 2026 (Sabtu dan Ahad) Masa: 7.00 pagi h...
20/10/2026

JELAJAH KARNIVAL MINI TABUNG HAJI SELANGOR 2026

Tarikh: 31 Oktober dan 1 November 2026 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 7.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi

Pelbagai program dan aktiviti menarik untuk disertai seperti:
- Kaunter Tabung Haji
- Taklimat Menuju Istitoah
- Zakat Selangor
- Jualan Rahmah
- Pameran Agensi
- Pemeriksaan Kesihatan dan Gigi
- Simulasi Haji dan Zakat Cilik
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
- Pertandingan Azan dan Hafazan
- Pertandingan Tulisan Khat
- Pertandingan Gubahan Telekung dan Bunga
- Pertandingan Teks Kurma
- Malam Bangi Berselawat
- Qiamullail Perdana

Mari hadir ramai-ramai. Jumpa anda di sana.

HARI PENGAKTIFAN BANDAR PINTAR TERENGGANU TAHUN 2026 KUALA TERENGGANU, 19 OKTOBER 2026 – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj...
20/10/2026

HARI PENGAKTIFAN BANDAR PINTAR TERENGGANU TAHUN 2026

KUALA TERENGGANU, 19 OKTOBER 2026 – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyertai Terengganu 'Smart City Activation Day' 2026 (TSCA.26) yang berlangsung pada Isnin di Pusat Konvensyen Duyong, Terengganu yang dihadiri oleh Puan Zalinda binti Zainudin, Penolong Setiausaha MPKj bersama-sama Puan TPr. Gs. Nursilawati Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Encik Muhammad Haziq Abd Halim, Pegawai Teknologi Maklumat dan Encik Amirul Hanif Rashidi, Penolong Pegawai Perancang Bandar, MPKj.

Program yang bertemakan “THE SHIFT” membawa mesej agenda peralihan bandar pintar Terengganu daripada fasa perancangan kepada pelaksanaan yang memberikan impak nyata kepada masyarakat di samping mengetengahkan pelbagai pengisian berimpak tinggi, pameran teknologi dan inovasi serta sesi perkongsian ilmu bagi memperkukuh pemahaman, pertukaran pengalaman dan kerjasama dalam pembangunan bandar pintar.

Semoga penyertaan ini dapat memperluas perkongsian pengetahuan dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh agenda bandar pintar MPKj ke arah pembangunan bandar yang lebih mampan, inovatif dan berdaya huni.

MAJLIS PELANCARAN BUKU MENJULANG TAKHTA, SAMPUL SURAT HARI PERTAMA DAN SETEM SERTA PELANCARAN SYILING KHAS SEMPENA JUBLI...
19/10/2026

MAJLIS PELANCARAN BUKU MENJULANG TAKHTA, SAMPUL SURAT HARI PERTAMA DAN SETEM SERTA PELANCARAN SYILING KHAS SEMPENA JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DYMM SULTAN SELANGOR

SHAH ALAM, 19 OKTOBER 2026 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Menjulang Takhta, Sampul Surat Hari Pertama Dan Setem Serta Pelancaran Syiling Khas Sempena Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor yang pada Isnin bertempat di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam.

Turut berkenan berangkat hadir Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut hadir ke majlis tersebut bersama-sama para Datuk-datuk Bandar, pegawai daerah, Yang Dipertua serta para pegawai Kerajaan Negeri Selangor.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) atas kerjasama dan komitmen dalam merealisasikan penerbitan naskhah bersejarah ini sebagai khazanah ilmu dan warisan negeri Selangor. Penerbitan buku Menjulang Takhta: 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor merupakan usaha bermakna dalam merakam sejarah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta mengabadikan warisan dan identiti Kesultanan Selangor untuk tatapan generasi akan datang.

Setem khas yang mengangkat warisan serta kebesaran Diraja Selangor menampilkan visual imej Balairung Seri, Istana Alam Shah, imej Tengkolok Balung Raja dan Keris Terapang Gabus, serta motif geometri dan Bunga Tanjung berelopak sembilan, melambangkan keagungan institusi diraja, keluhuran adat dan kedaulatan negeri Selangor. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Pos Malaysia Berhad atas kerjasama dan sumbangan kepakaran dalam merealisasikan elemen filateli ini, sekali gus memperkukuh usaha memelihara serta memartabatkan warisan dan sejarah Kesultanan Selangor untuk tatapan generasi akan datang.

Syiling khas juga merupakan hasil usaha Perbendaharaan Negeri Selangor sempena Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sebagai tanda penghargaan terhadap 25 tahun pemerintahan Duli Tuanku serta lambang kemajuan, kestabilan dan kemakmuran negeri Selangor, di samping memartabatkan warisan Kesultanan Selangor. Medalion ini juga menjadi simbol warisan Kesultanan Selangor, memperteguh penghargaan rakyat terhadap institusi diraja dan peranannya dalam kesejahteraan negeri.

Kesemua elemen ini membuktikan bahawa usaha memperingati Jubli Perak pemerintahan DYMM Sultan Selangor bukan sekadar melalui catatan sejarah, tetapi turut dilaksanakan dengan mengangkat seni, simbol dan warisan yang mempunyai nilai sejarah serta budaya yang tinggi. Semoga bahan-bahan ini menjadi koleksi bermakna dan warisan yang dapat dihargai oleh generasi kini dan akan datang.

Address

Balakong

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60387377899

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Kajang:

Shortcuts

Share