AADK Barat Daya Penang

Call Directions Website

AADK Barat Daya Penang AADK Daerah Barat Daya
Jalan Sungai Pinang 11000 Balik Pulau,Pulau Pinang

28/10/2026

Luka mengajar kita menjadi lebih kuat

28/10/2026
28/10/2026

Jadilah cahaya walaupun dalam kegelapan

27/10/2026

Duit boleh dicari, tapi "tempat" dalam keluarga tiada ganti.

Ramai ingat menagih cuma memberi kesan pada diri sendiri saja. Tapi, sebenarnya juga memberi kesan pada ibu bapa. Setiap kali waktu makan, mata mereka tetap dekat kerusi kosong tu, menanti kepulangan yang tak pasti.

Jangan biarkan kerusi itu kosong selamanya. Pulanglah ke pangkal jalan, sebelum ruang di hati mereka tertutup.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



PROGRAM PESANAN ANTIDADAH26 Oktober 2026 | PASAR MALAM | AADK Daerah Barat Daya telah mengadakan program Pesanan Antidad...
26/10/2026

PROGRAM PESANAN ANTIDADAH

26 Oktober 2026 | PASAR MALAM | AADK Daerah Barat Daya telah mengadakan program Pesanan Antidadah ( PESADA ) di Pasar Malam Bukit Gedung, Bayan Lepas.

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan menyediakan maklumat serta sokongan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan bebas dadah.

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan memperkukuhkan usaha bersama untuk membina komuniti yang lebih kuat dan bebas dari dadah.





26/10/2026
26/10/2026

Bukan semua perkara perlu dijelaskan, ada yang cukup dibuktikan

26/10/2026

Hidup mengajar kita menerima, bukan memiliki segalanya

26/10/2026

Tak boleh dinafikan, memang ada ketenangan yang luar biasa bila tengok matahari terbenam di tepi pantai atau tasik. Tapi tahu tak, dalam keindahan warna jingga tu, terselit satu peralihan waktu yang wajar untuk kita berjaga-jaga?

Ini bukanlah kepercayaan tahyul atau mitos rekaan. Mengikut ajaran Islam, Al-Quran sendiri mengesahkan kewujudan alam ghaib seperti jin dan syaitan, di mana Rasulullah SAW menerusi hadis sahih turut mengingatkan kita agar membatasi aktiviti luar dan mengumpulkan ahli keluarga apabila tirai Maghrib mula menjelang.

Dari sudut pandangan yang rasional, aktiviti berlegar di kawasan sunyi, berair, atau bertumbuhan tebal pada waktu remang senja juga mendedahkan kita kepada risiko keselamatan fizikal seperti gangguan haiwan berbisa, jarak penglihatan yang terhad, serta pendedahan kepada risiko sosial dan persekitaran yang tidak selamat.

Gunakan hari Ahad ini untuk kumpul tenaga semula dan cas jiwa kita, tetapi pastikan kita berada di tempat yang selamat dan berfaedah sebelum malam melabuhkan tirainya. Jaga diri kita semua!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Jalan Sungai Pinang
Balik Pulau
11000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Barat Daya Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services