07/10/2026
๐ ๏ธโจ ๐๐๐๐๐๐ ๐ฟ๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐ฟ๐๐) ๐ฝ๐๐๐๐ผ๐๐ผ ๐๐๐๐ผ๐๐๐ ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐ ๐ฟ๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐ฟ๐) ๐๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ผ๐
Baling | 7 Oktober 2026
Telah berlangsung Kursus Do It Yourself (DIY) bersama pelatih Pusat Latihan Dalam Komuniti (PDK) di PDK Sungai Limau yang melibatkan gabungan tiga buah PDK iaitu PDK Sungai Limau, PDK Permata Bayu dan PDK Sri Kupang, dengan penyertaan seramai 30 orang pelatih.
Dalam kursus ini, para pelatih berpeluang menghasilkan:
๐ชต Rak dekorasi menggunakan batang aiskrim
๐ฐ Rak dessert menggunakan papan pemotong
Aktiviti DIY seperti ini bukan sahaja memberi pengalaman menghasilkan sesuatu dengan tangan sendiri, malah membantu meningkatkan kemahiran motor halus, kreativiti, koordinasi tangan dan mata, keyakinan diri serta kebolehan mengikuti langkah dan arahan. Lebih penting, ia memberi ruang kepada pelatih untuk berkarya, berkomunikasi dan merasai kepuasan apabila berjaya menyiapkan hasil kraftangan mereka sendiri.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Penyelaras PDK Daerah Baling, Encik Zulkifli Ghani, diikuti ucapan perasmian oleh Datoโ Khairul Azhar bin Abdullah, Pengerusi Komuniti KEMAS Daerah Baling.
Turut hadir Datoโ Harun, Encik Khalid Bin Shaari, Pengerusi PDK Sungau Limau, Encik Suhaimi bin Jusuh, Setiausaha PDK Sungai Limau merangkap Pengerusi JPKKP Sungai Limau, Penyelia PDK Sungai Limau, Puan Rohana Mahmud, serta petugas-petugas PDK.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran dan Komuniti yang telah berkongsi ilmu, membimbing serta mencurahkan tenaga dalam menjayakan aktiviti bersama para pelatih pada hari ini.
Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dikongsikan melalui aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada para pelatih, meningkatkan keyakinan diri serta menggalakkan mereka untuk terus berkarya dan mencuba perkara baharu.
Setiap hasil yang terhasil hari ini bukan sekadar sebuah produk, tetapi menjadi simbol kepada kebolehan, kreativiti dan potensi yang ada dalam diri setiap pelatih.