Hospital Baling, Kedah

Call Directions Website Contact the organization

Hospital Baling, Kedah Laman Facebook Rasmi Hospital Baling

DEWAN SRI INDAH, 27 SEPTEMBER 2026 – Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Hospital bagi bulan September anjuran Jabatan...
27/09/2026

DEWAN SRI INDAH, 27 SEPTEMBER 2026 – Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Hospital bagi bulan September anjuran Jabatan Farmasi bersempena dengan sambutan Hari Farmasi bertempat di Dewan Sri Indah, bermula jam 8.00 pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Jabatan Farmasi yang menzahirkan penghargaan atas komitmen seluruh warga perkhidmatan farmasi serta menyampaikan aspirasi perkhidmatan berkaitan pengurusan dan bekalan ubat-ubatan hospital.

Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan serta amanat rasmi daripada Pengarah Hospital, YBrs. Dr. Selvanaayagam Shanmuganathan. Beliau menekankan keprihatinan terhadap peningkatan mutu perkhidmatan, pemantapan integriti warga kerja, serta semangat berpasukan dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada para pesakit dan masyarakat.

Sebagai perhargaan atas dedikasi warga hospital, majlis disusuli dengan sesi penyampaian Sijil Penghargaan kepada para staf yang terpilih atas perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan.

Pihak Pengurusan Hospital mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima sijil dan syabas kepada Jabatan Farmasi atas kejayaan penganjuran perhimpunan bulanan kali ini.





Kursus Pengurusan Jenazah 2026 anjuran Unit Forensik dan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, Hospital Baling telah berja...
24/09/2026

Kursus Pengurusan Jenazah 2026 anjuran Unit Forensik dan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, Hospital Baling telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada hari ini.

Program ini dimulakan pada sebelah pagi dengan sesi ceramah dan penyampaian teori daripada Ustaz Shamsol Hamri bin Che Hamzah. Beliau telah berkongsi ilmu secara mendalam berkenaan tuntutan fardu kifayah, merangkumi adab, hukum-hakam, serta tatacara pengurusan jenazah yang betul mengikut panduan syarak.

Seterusnya pada sebelah petang, program diteruskan lagi dengan sesi latihan amali secara praktikal bagi memberikan pendedahan secara hands-on kepada para peserta. Bagi sesi peserta lelaki, latihan amali telah dibimbing oleh Ustaz Shamsol Hamri bin Che Hamzah bersama pasukan pemudah cara. Manakala bagi sesi peserta wanita p**a, bimbingan praktikal telah dikendalikan oleh Puan Selamah dan Puan Ashikin. Menerusi sesi praktikal ini, para peserta dapat mempraktikkan sendiri tatacara memandikan, mengkafankan, serta simulasi pengurusan jenazah dengan lebih jelas dan berkeyakinan.

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini berjaya mencapai objektifnya menerusi gabungan pengisian teori dan latihan amali yang dapat memperkasakan kefahaman peserta dalam menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah dalam masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Shamsol Hamri bin Che Hamzah, Puan Selamah, dan Puan Ashikin atas segala bimbingan serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Tahniah dan syabas juga buat semua peserta yang telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang program ini berlangsung.

"Setiap jiwa akan merasakan mati." (Surah Ali Imran: 185)

πŸŽ‰ TAHNIAH DR. MOHAMAD NOR AMIRUL BIN ABDUL WAHAB! πŸŽ‰Syabas diucapkan kepada Dr. Mohamad Nor Amirul bin Abdul Wahab atas k...
20/09/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH DR. MOHAMAD NOR AMIRUL BIN ABDUL WAHAB! πŸŽ‰

Syabas diucapkan kepada Dr. Mohamad Nor Amirul bin Abdul Wahab atas kejayaan menghantar dua laporan kes ke Malaysian Trauma Conference 2026 yang telah berlangsung pada 13–15 September 2026 di AC Hotel by Marriott, Penang. πŸ‘βœ¨

Satu pencapaian yang amat membanggakan buat Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Baling serta menjadi inspirasi buat seluruh warga hospital untuk terus belajar, berkongsi pengalaman, dan mengembangkan ilmu klinikal. πŸ©ΊπŸ“š

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada lebih ramai pegawai perubatan Hospital Baling untuk tampil berkongsi laporan kes, hasil kajian, dan pengalaman klinikal di platform persidangan akan datang. πŸ’ͺπŸ”₯

Syabas Dr. Amirul! Semoga terus maju jaya dan sentiasa mengharumkan nama Hospital Baling! 🌟

SAMBUTAN MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN HOSPITAL BALING 2026"Warisku, Hormati Ikrarku"19 SEPTEMBER 2026 (SABTU) β€” Alh...
19/09/2026

SAMBUTAN MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN HOSPITAL BALING 2026

"Warisku, Hormati Ikrarku"

19 SEPTEMBER 2026 (SABTU) β€” Alhamdulillah, Majlis Kemuncak Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Hospital Baling Bagi Tahun 2026 telah berlangsung bertempat di Econsave Baling pada hari ini dan dirasmikan oleh Tuan Pengarah Hospital Baling, Dr Selvanaayagam Shanmuganathan.

Penganjuran program ini merupakan manifestasi komitmen berterusan pihak hospital dalam meningkatkan kesedaran awam berkenaan kepentingan ikrar pendermaan organ demi menyelamatkan nyawa.

Sepanjang sambutan minggu ini yang bermula dari 13 hingga 17 September 2026, pelbagai pengisian telah dijalankan di Lobi Kompleks Perkhidmatan Pakar Hospital Baling serta secara dalam talian. Pihak hospital telah menyediakan Booth Organ Donation bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat serta mendaftar ikrar, di samping perasmian mural bertemakan "A Gift That Lives On". Selain itu, sesi Online CME bertajuk "Mitos Pendermaan Organ & Brain Death Test" turut diadakan bagi memperkasa pemahaman serta pengetahuan warga kerja kesihatan.

Bagi acara kemuncak yang berlangsung di Econsave Baling pada hari ini bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah diadakan bagi mendekati komuniti setempat. Para peserta telah bersama-sama menjayakan sesi senamrobik, acara Amazing Race, serta Street Campaign pendermaan organ. Program ini turut diselikan dengan Pertandingan Reka Cipta Kad Ucapan "Terima Kasih, Penderma Organ", kempen pendermaan darah, dan juga perkhidmatan saringan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Pihak Pengurusan Hospital Baling ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Econsave Baling atas penyediaan fasiliti serta sokongan padu sepanjang program ini berlangsung. Penghargaan jua ditujukan kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Baling, Jawatankuasa Penganjur, para penceramah, sukarelawan, serta seluruh warga kerja yang telah memberikan kerjasama penuh dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan keseluruhan program ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh masyarakat dan pengunjung yang hadir menyokong serta mendaftar ikrar sebagai penderma organ. Semoga usaha murni ini dapat memberikan sinar harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan.

"Satu Ikrar, Sejuta Harapan"

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA KONTINJEN KKM DAERAH BALINGSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh wa...
18/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA KONTINJEN KKM DAERAH BALING

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Balingβ€”terdiri daripada Hospital Baling, Pejabat Kesihatan Daerah Baling, dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Balingβ€”atas pencapaian cemerlang meraih KEMENANGAN BERGANDA sempena perarakan ini:

* Juara Kontinjen
* Kontinjen Terbaik Keseluruhan

Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pegawai Penyelaras, Encik Samsudin bin Ahmad, Ketua Kontinjen, Puan Noor Asyikin binti Zolkefle, serta seluruh 32 orang peserta atas komitmen, disiplin, dan semangat kerja berpasukan yang tinggi sehingga membuahkan kejayaan yang amat membanggakan ini.

β€œSatu Pasukan, Satu Semangat, Satu Kemenangan!”

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong dan sumber inspirasi kepada seluruh warga KKM Daerah Baling untuk terus mengekalkan budaya kecemerlangan serta memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan masyarakat.

ππ˜π€π‹π€π€π  π‰πˆππ†π†π€ π’π„πŒππ„ππ€ π–πŽπ‘π‹πƒ ππ€π“πˆπ„ππ“ π’π€π…π„π“π˜ πƒπ€π˜ πŸπŸŽπŸπŸ”Sempena 𝐖𝐨𝐫π₯𝐝 𝐏𝐚𝐭𝐒𝐞𝐧𝐭 π’πšπŸπžπ­π² πƒπšπ² πŸπŸŽπŸπŸ”, Hospital Baling tampil berbi...
17/09/2026

ππ˜π€π‹π€π€π π‰πˆππ†π†π€ π’π„πŒππ„ππ€ π–πŽπ‘π‹πƒ ππ€π“πˆπ„ππ“ π’π€π…π„π“π˜ πƒπ€π˜ πŸπŸŽπŸπŸ”

Sempena 𝐖𝐨𝐫π₯𝐝 𝐏𝐚𝐭𝐒𝐞𝐧𝐭 π’πšπŸπžπ­π² πƒπšπ² πŸπŸŽπŸπŸ”, Hospital Baling tampil berbilang solidariti bersama Masjid Ridzwaniah Baling menerusi inisiatif pancaran cahaya jinggaβ€”menandakan penyatuan sektor kesihatan dan komitmen masyarakat dalam mengagungkan nilai nyawa serta keselamatan pesakit.

π’π’π§πšπ«πšπ§ 𝐣𝐒𝐧𝐠𝐠𝐚 yang melimpahi bangunan Hospital Baling dan Masjid Ridzwaniah ini bukan sekadar hiasan malam, malah simbolik harapan, ihsan, dan penyatuan doa buat kesembuhan serta kesejahteraan sesama kita. Sokongan indah daripada Masjid Ridzwaniah membuktikan bahawa keselamatan pesakit adalah keutamaan bersama, merentasi segenap lapisan masyarakat dan institusi.

Bertepatan dengan semangat β€œπ’πšπŸπž π‚πšπ«πž 𝐟𝐨𝐫 π‹π’πŸπž!”, marilah kita bergandeng bahu memupuk kesedaran, memperkukuh budaya prihatin, dan memastikan setiap insan menerima perawatan yang selamat, berkualiti, serta penuh kasih sayang.

𝐋𝐒𝐠𝐑𝐭𝐒𝐧𝐠 𝐔𝐩 𝐟𝐨𝐫 𝐏𝐚𝐭𝐒𝐞𝐧𝐭 π’πšπŸπžπ­π²
π’πšπŸπž π‚πšπ«πž 𝐟𝐨𝐫 π‹π’πŸπž!

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September 2026Sambutan Hari Malaysia menjadi lambang perpaduan, kebersamaan...
14/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 September 2026

Sambutan Hari Malaysia menjadi lambang perpaduan, kebersamaan dan semangat cintakan Malaysia. Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian, memperkukuh keharmonian serta terus menyemai semangat Malaysia MADANI dalam kehidupan seharian.

Semoga semangat perpaduan terus menjadi kekuatan kita dalam membina sebuah Malaysia yang sejahtera, harmoni dan saling menghormati. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

β€œBersama kita raikan kepelbagaian, perpaduan dan semangat Malaysiaku yang tercinta.”

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Baling.







🌟 SELAMAT HARI FISIOTERAPI SEDUNIA 2026! 🌟Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ahl...
08/09/2026

🌟 SELAMAT HARI FISIOTERAPI SEDUNIA 2026! 🌟

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ahli fisioterapi, terutamanya yang berkhidmat di Hospital Baling. Dedikasi, kesabaran, dan kepakaran anda banyak membantu pesakit untuk kembali bangkit, pulih, dan menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti.

Bersesuaian dengan tema tahun ini iaitu "Active Heart, Stronger Recovery", marilah kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup yang aktif demi kesihatan jantung yang lebih baik dan proses pemulihan yang lebih optimum. πŸ’ͺ❀️

Teruskan usaha murni anda dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat!

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi & Warga Kerja Hospital Baling

πŸ’š JOM SERTAI MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN 2026! πŸ’šβ€œWarisku, Hormati Ikrarku”Satu Ikrar, Sejuta Harapan.Ayuh warga Ba...
01/09/2026

πŸ’š JOM SERTAI MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN 2026! πŸ’š

β€œWarisku, Hormati Ikrarku”

Satu Ikrar, Sejuta Harapan.

Ayuh warga Baling dan sekitarnya! 🌿
Sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) 2026, Hospital Baling dengan kerjasama pelbagai pihak akan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik untuk komuniti.

πŸ“… 13 – 17 September 2026
πŸ“ Perkarangan Lobi Kompleks Perkhidmatan Pakar, Hospital Baling

Dan jangan lepaskan acara kemuncak pada:

πŸ“… 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Econsave Baling

✨ Antara aktiviti menarik yang menanti anda:
πŸƒβ€β™€οΈ Amazing Race Organ Donation
πŸ“’ Street Campaign
🎨 Pertandingan Rekabentuk Kad Ucapan
❀️ Booth Pendermaan Organ
🩸 Pendermaan Darah
πŸ’š Senamrobik
🩺 Pemeriksaan Kesihatan
πŸ“š Pameran & aktiviti kesedaran pendermaan organ
🎁 Pelbagai hadiah menarik menanti!

Bukan sekadar datang berseronok, tetapi kita bersama-sama menyebarkan kesedaran dan memberikan harapan kepada mereka yang sedang menanti peluang kehidupan baharu. Pendermaan organ merupakan salah satu usaha yang boleh membantu pesakit yang mengalami kegagalan organ dan memerlukan pemindahan organ.

🌱 Jom hadir beramai-ramai!

Ajak keluarga, sahabat dan komuniti anda untuk bersama-sama memeriahkan program ini.

πŸ‘‰ Maklumat penuh program, jadual aktiviti & pendaftaran:
🌐 Layari laman web https://mutiara.interactivelink.site/mkpo26

πŸ’š Satu Ikrar, Sejuta Harapan.
πŸ’š Warisku, Hormati Ikrarku.








Sertai pelbagai aktiviti menarik sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) 2026 anjuran Jawatankuasa Hospital Pendermaan Organ dan Tisu (TOP Team) Hospital Baling bersama warga komuniti.

SALAM KEMERDEKAAN KE-69 DARIPADA WARGA HOSPITAL"Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka"Pengurusan dan seluruh warga Hospital ingi...
31/08/2026

SALAM KEMERDEKAAN KE-69 DARIPADA WARGA HOSPITAL

"Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka"

Pengurusan dan seluruh warga Hospital ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kemerdekaan bukan sekadar sambutan bersejarah, malah ia adalah cerminan semangat kebersamaan, keharmonian, dan tekad kita untuk terus melangkah maju sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Sebagai warga perkhidmatan kesihatan, kami kekal komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, prihatin, dan berdedikasi demi kesejahteraan serta kesihatan seluruh masyarakat.

Semoga semangat kemerdekaan ini terus menyemarakkan rasa cinta akan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita.
Dirgahayu Malaysiaku!

Address

Jalan Hospital Baling
Baling
09100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Baling, Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Baling, Kedah:

Shortcuts

Share