28/09/2026
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KESIAPSIAGAAN KOMUNITI MENGHADAPI BENCANA DAN PELANCARAN KAMPUNG SIAGA DAERAH BALING TAHUN 2026
๐
27 September 2026 (Ahad)
โฐ 8.00 pagi
๐ Dewan Tun Abdul Rahman, Baling
๐ค Anjuran: Pejabat Daerah dan Tanah Baling bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Baling
Baling, 27 September 2026 โ Majlis Perasmian Penutup Program Kesiapsiagaan Komuniti Menghadapi Bencana dan Pelancaran Kampung Siaga Daerah Baling Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai satu usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan komuniti serta meningkatkan kefahaman masyarakat dalam menghadapi situasi bencana, khususnya risiko banjir.
Antara pengisian utama program ialah Taklimat Sistem Ramalan & Amaran Banjir yang disampaikan oleh Dr. Chong Khai Lin, Pensyarah Institut Pengurusan Bencana, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik, Universiti Utara Malaysia. Taklimat tersebut memberi pendedahan berkaitan sistem ramalan dan amaran banjir serta kepentingan tindakan awal dalam mengurangkan risiko kepada komuniti.
Program turut menampilkan sesi perkongsian dan taklimat daripada agensi-agensi berkaitan pengurusan bencana, keselamatan, kesihatan dan kebajikan, melibatkan:
๐น Polis Diraja Malaysia (PDRM) โ ASP Hairina Zakaria @ Yahaya, Pegawai Liaison
๐น Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia โ PPgB Zulkhairi Mat Tanjil, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling
๐น Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) โ Leftenan Muda (PA) Muhammad Nafiz Zakwan Mohd Nizam, Bahagian Pengurusan Sekretariat APM Negeri Kedah
๐น Majlis Keselamatan Negara (MKN) โ En. Noor Hisyam Ab Latif, Penolong Pengarah Keselamatan Daerah
๐น Pejabat Kesihatan Daerah Baling โ Dr. Winda Zulaiha Shahabudin, Pegawai Kesihatan Epidemiologi PKD Baling
๐น Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) โ En. Mohd Yusni Mohamad Desa, Pegawai JKM Daerah Baling
๐น Tenaga Nasional Berhad (TNB) โ En. Ismail Kamarun Nazar, Jurutera Keselamatan Pulau Pinang/Kedah/Perlis
Majlis dimulakan dengan alu-aluan oleh Leftenan Kolonel (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik, Pengarah APM Negeri Kedah, diikuti Ucapan Perasmian Penutup oleh Yang Berusaha Tuan Yazlan Sunardie bin Che Yahaya, Pegawai Daerah Baling.
Turut diadakan Gimik Pelancaran Kampung Siaga, sebagai simbolik kepada komitmen berterusan dalam memperkasa komuniti agar lebih bersedia, berdaya tahan dan mampu bertindak secara teratur ketika berhadapan dengan sebarang kemungkinan bencana.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada para penceramah sebagai tanda penghargaan atas perkongsian ilmu dan kepakaran yang diberikan, selain penyerahan bakul kepada Komuniti Kensui.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen bersepadu Pejabat Daerah dan Tanah Baling bersama APM serta agensi-agensi berkaitan dalam memperkukuh kesiapsiagaan komuniti, meningkatkan kesedaran terhadap risiko bencana dan membudayakan tindakan awal demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.
Bersama Membina Komuniti Siaga, Tanggap dan Berdaya Tahan.