Pusat Hal Ehwal Pelajar Unishams

Call Directions Website

Pusat Hal Ehwal Pelajar Unishams Official - Student Affairs Division Segala maklumat terkini Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan dikemaskini disini. Terima kasih

Sertai Kami..!!Pernah menimba ilmu di UniSHAMS !! Inilah masanya kembali dan menyumbang kepada alma meter!!Peluang terbu...
25/09/2026

Sertai Kami..!!

Pernah menimba ilmu di UniSHAMS !! Inilah masanya kembali dan menyumbang kepada alma meter!!

Peluang terbuka kepada graduan / pelajar UniSHAMS (Tertakluk Syarat).

Imbas kod QR untuk mendapatkan maklumat lanjut!

Tarikh tutup : 30 September 2026.

📢 *𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 | 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐊𝐎𝐇 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐇𝐀𝐌𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔*✨ *𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀!* ✨Adakah anda mengenali seorang mahasis...
09/08/2026

📢 *𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 | 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐊𝐎𝐇 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐇𝐀𝐌𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔*

✨ *𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀!* ✨

Adakah anda mengenali seorang mahasiswa UniSHAMS yang cemerlang dalam kepimpinan, akademik, sahsiah, khidmat masyarakat, atau memberikan impak besar kepada universiti? Atau mungkin anda sendiri mempunyai pencapaian dan sumbangan yang membanggakan?

Kini anda boleh mencalonkan individu lain atau mencalonkan diri sendiri sebagai calon Anugerah Tokoh Siswa UniSHAMS 2026.

🏆 *Anugerah Tokoh Siswa UniSHAMS 2026*
📅 *Tempoh pencalonan:* 9 – 17 Ogos 2026
👥 Terbuka kepada semua mahasiswa UniSHAMS

Imbas *kod QR* pada poster untuk melihat senarai penuh kriteria, syarat pencalonan dan mengisi borang pencalonan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan potensi, kepimpinan dan pencapaian anda atau rakan-rakan yang layak menerima pengiktirafan ini.

📌 Pencalonan dibuka bermula *HARI INI* !

𝐒𝐄𝐒𝐔𝐀𝐓𝐔 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗧𝗼𝗸𝗼𝗵 𝗦𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗨𝗻𝗶𝗦𝗛𝗔𝗠𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲 bakal membuka tirainya!Inilah masanya untuk menghargai mahasis...
26/07/2026

𝐒𝐄𝐒𝐔𝐀𝐓𝐔 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍

𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗧𝗼𝗸𝗼𝗵 𝗦𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗨𝗻𝗶𝗦𝗛𝗔𝗠𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲 bakal membuka tirainya!

Inilah masanya untuk menghargai mahasiswa yang telah mencipta kecemerlangan, memimpin dengan cemerlang, aktif dalam kokurikulum, berakhlak terpuji serta memberi impak kepada universiti dan masyarakat sepanjang tahun 2025.

Adakah anda atau rakan anda salah seorang yang layak menerima pengiktirafan berprestij ini?

📢 Nantikan hebahan rasmi pembukaan pencalonan dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah kecemerlangan mahasiswa UniSHAMS.

Pusat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS)

📢 HEBAHAN KEPUTUSAN SISWA JOB ON CAMPUS UniSHAMSTahniah kepada semua mahasiswa/i yang telah memohon program Siswa Job On...
30/06/2026

📢 HEBAHAN KEPUTUSAN SISWA JOB ON CAMPUS UniSHAMS

Tahniah kepada semua mahasiswa/i yang telah memohon program Siswa Job On Campus! 🎉

📌 Perhatian: Mahasiswa/i UniSHAMS yang terpilih akan dihubungi pada:

🗓️ 02 Julai 2026 (Khamis)

Mohon semua pemohon memastikan maklumat peribadi dan nombor telefon yang diberikan adalah lengkap, tepat serta aktif bagi memudahkan pihak kami menghubungi anda.

Terima kasih atas minat dan kerjasama yang diberikan. Semoga berjaya kepada semua pemohon! 💜💛

📢 HEBAHAN JAWATAN KOSONG SISWA JOB ON CAMPUS UniSHAMSAssalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.Dimaklumkan bahawa Pusat...
24/06/2026

📢 HEBAHAN JAWATAN KOSONG SISWA JOB ON CAMPUS UniSHAMS

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) UniSHAMS kini membuka peluang pekerjaan sambilan melalui Program Siswa Job On Campus kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UniSHAMS yang berminat untuk menambah pengalaman kerja serta meningkatkan kemahiran diri.

🔹 Tarikh Mula Bertugas: 1 Julai 2026
🔹 Tempoh Bekerja: 8 Jam Sehari

Skop Tugasan:
✅ Kerja mengecat "road kerb"
✅ Kerja mengecat dinding
✅ Kerja mengecat pintu
✅ Kerja membaik pulih kerusi kulliyyah

Kelayakan:
✔️ Boleh melakukan kerja-kerja baik pulih asas
✔️ Bersedia untuk belajar dan meningkatkan kemahiran
✔️ Boleh bekerja di bawah seliaan yang minimum
✔️ Bertanggungjawab, berdisiplin dan komited terhadap tugasan yang diberikan

Program ini merupakan satu peluang terbaik untuk mahasiswa dan mahasiswi memperoleh pengalaman kerja sebenar di samping menyumbang kepada pembangunan dan persekitaran kampus yang lebih kondusif.

📌 Berminat? Mohon sekarang dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster.

📍 Permohonan diuruskan oleh:
Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) UniSHAMS

✨ Sertai kami dan jadilah sebahagian daripada komuniti UniSHAMS yang proaktif, berkemahiran dan berdaya saing!





📢 HEBAHAN KEMPEN INFAQ PAKAIAN PRE-LOVED KEPADA MAHASISWA UniSHAMS 👕“Kongsi rezeki, membawa berkat.”Assalamualaikum W.B....
16/06/2026

📢 HEBAHAN KEMPEN INFAQ PAKAIAN PRE-LOVED KEPADA MAHASISWA UniSHAMS 👕

“Kongsi rezeki, membawa berkat.”

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) UniSHAMS menjemput seluruh warga universiti untuk bersama-sama menyertai "Kempen Infaq Pakaian" sebagai usaha membantu mahasiswa yang memerlukan.

✨ Apa yang boleh disumbangkan?
✔️ Pakaian kasual yang bersih dan masih elok digunakan
✔️ Pakaian kemeja berlengan panjang/pendek
✔️ Baju kurung/jubah muslimah

📌 Syarat Sumbangan
✅ Pakaian hendaklah telah dibasuh dan bersih
✅ Tiada koyakan atau kerosakan yang ketara
✅ Sesuai dan selesa untuk dipakai
✅ Pakaian yang tidak mencolok mata

📍 Pusat Pengumpulan
Aras 1, Bangunan A8
Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP), UniSHAMS.

💜 Setiap sumbangan yang diberikan mampu meringankan beban dan mengukir senyuman di wajah mahasiswa kita. Marilah kita bersama-sama menyemai budaya prihatin dan berkongsi rezeki demi kesejahteraan kampus.

🤝 Jom berinfaq, jom bantu, jom bersama membina masa depan!

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGASPusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang k...
08/06/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS

Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Encik Muhammad Fahmi bin Mahadi ke Pusat Hal Ehwal Pelajar UniSHAMS.

Semoga kehadiran, pengalaman serta komitmen yang dibawa dapat terus memperkukuhkan usaha dalam aspek kebajikan, disiplin dan pembangunan mahasiswa, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan warga kampus secara menyeluruh.

Selamat menjalankan amanah dan semoga dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

PERINGATAN KEPADA SEMUA PELAJARBagi memastikan keselamatan dan kelancaran sepanjang peperiksaan berlangsung, semua pelaj...
07/06/2026

PERINGATAN KEPADA SEMUA PELAJAR

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran sepanjang peperiksaan berlangsung, semua pelajar diingatkan agar:

✅ Menyimpan barang berharga di tempat yang selamat sebelum memasuki dewan peperiksaan.
✅ Tidak meninggalkan telefon bimbit, dompet, kunci, kad matrik atau barangan peribadi lain di atas meja Penguatkuasa Disiplin.
✅ Sentiasa peka dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan barang milik sendiri.
✅ Mengamalkan sikap berdisiplin dan berwaspada pada setiap masa.

⚠️ Perhatian:
Pihak Penguatkuasa Disiplin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, keciciran atau salah ambil barang yang ditinggalkan di kawasan pengawasan.

💡Ingat!
"Jaga Barang Anda, Elakkan Kerugian, Kekalkan Ketenangan."

Semoga semua pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan dan mencapai kejayaan yang cemerlang.

📢 HEBAHAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER FEBRUARI 2026 (SESI PERDANA)Assalamualaikum WBT dan Salam SejahteraPusat Hal Ehwal ...
04/06/2026

📢 HEBAHAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER FEBRUARI 2026 (SESI PERDANA)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Pusat Hal Ehwal Pelajar mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi UniSHAMS. Semoga semua pelajar diberikan ketenangan, kecerdasan minda serta dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan dengan penuh keyakinan dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

🔔 Peringatan Penting:

Etika Pemakaian Peperiksaan

Penampilan yang kemas mencerminkan disiplin, adab dan identiti mahasiswa. Sehubungan itu, semua pelajar diminta mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan:

✅ Berpakaian patuh syariah
✅ Pakaian bersih, bergosok dan kemas
✅ Rambut pendek, kemas dan rapi (bagi pelajar lelaki)

Etika pemakaian bukan sekadar peraturan, malah melambangkan sahsiah, disiplin dan profesionalisme mahasiswa.

📍 Tarikh: 07 Jun 2026 – 29 Jun 2026
📍 Tempat: Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah

💡 Ingat etika pakaian.
💡 Hadir dengan kemas.
💡 Duduki peperiksaan dengan yakin.

Semoga segala usaha yang telah dicurahkan membuahkan kejayaan. Selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan.

"Semoga tenang dan cerdas minda ketika menjawab"

Address

Baling
09300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044155000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Hal Ehwal Pelajar Unishams posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share