PAS Bandar Equine Perdana -PBEP

Call Directions Website

PAS Bandar Equine Perdana -PBEP Parti Islam Se-Malaysia(PAS) cawangan Bandar Equine Perdana (BEP) ditubuhkan pada Jun 2019.

29/07/2026

Pengulas tak tau nak jawap ape bila kena soal

Alhamdulillah..faham sis🤩🤲
29/07/2026

Alhamdulillah..faham sis🤩🤲

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

ANTHONY LOKE TAK PERLU JADI MBAsyraf Wajdi menyindir: kalau PH menang tetapi Aminuddin kalah, siapa akan jadi Menteri Be...
29/07/2026

ANTHONY LOKE TAK PERLU JADI MB

Asyraf Wajdi menyindir: kalau PH menang tetapi Aminuddin kalah, siapa akan jadi Menteri Besar? Anthony Loke?

Ramai melenting.

Anthony sendiri menjawab bahawa beliau tidak memenuhi syarat menjadi Menteri Besar di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan.

Saya setuju.

Anthony Loke tak perlu pun jadi MB.

Kerana dalam kerajaan campuran, kuasa bukan sekadar siapa duduk di kerusi nombor satu.

Kuasa juga datang daripada angka, portfolio dan leverage — terutama apabila kerajaan memerlukan kerusi anda untuk terus bertahan.

🔴 DAP: HAMPIR 60 TAHUN

Untuk memahami DAP hari ini, kita perlu kembali kepada Deklarasi Setapak 1967.

Ini bukan sekadar tafsiran saya.

Dalam kajian 2025 bertajuk “The Democratic Action Party at Sixty: Struggles over Seniority, Structure and Strategy”, Francis E. Hutchinson menyifatkan Deklarasi Setapak sebagai dokumen dasar pertama DAP, yang mencerminkan pendekatan multiracial dan centre-left parti sejak penubuhannya.

Namun kita mesti berlaku adil.

Deklarasi Shah Alam 2012 ada memasukkan pengiktirafan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera di bawah Perkara 153, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Raja Berperlembagaan.

Tetapi Setapak?

Setakat dokumen rasmi yang saya teliti, saya tidak menemui kenyataan bahawa ia pernah dimansuhkan.

Malah Deklarasi DAP@50 pada 2016 masih menyenaraikan Setapak bersama deklarasi-deklarasi selepasnya dan menyatakan ia “reaffirm the visions, guiding policies and principles of the party.”

Jadi persoalannya bukan sama ada DAP mengiktiraf Perkara 153 atau tidak.

Mereka kata mereka mengiktirafnya.

Persoalannya ialah bagaimana pengiktirafan itu diselaraskan dengan falsafah kesamarataan yang diwarisi dan dikembangkan DAP sejak awal.

🔴 BILA DAP DAPAT KUASA

Lihat objektif rasmi DAP hari ini.

Antaranya ialah pilihan raya kerajaan tempatan, pendidikan berasaskan “merits and needs” dan equal opportunity.

Ini bukan agenda rahsia.

DAP sendiri menulisnya.

Dan pilihan raya PBT merupakan case study yang menarik tentang apa berlaku apabila idea politik bertemu kuasa.

Selepas mengambil alih Pulau Pinang, kerajaan negeri bukan sekadar bercakap mengenai pilihan raya PBT.

Mereka menggubal Local Government Elections (Penang Island and Province Wellesley) Enactment 2012 dan mengambil langkah untuk membolehkan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan.

Apabila SPR tidak melaksanakannya, pertikaian itu dibawa sehingga ke Mahkamah Persekutuan:

Government State of Penang & Anor v Government of Malaysia & Anor [2014] 6 MLJ 322; [2014] 7 CLJ 861 (FC).

Kerajaan Pulau Pinang antara lain mencabar kesahan ss.10 dan 15 Local Government Act 1976 setakat ia menghalang negeri daripada mengadakan pilihan raya PBT.

Mahkamah Persekutuan menolak petisyen tersebut. Antaranya, Mahkamah memutuskan bahawa kuasa Parlimen mengenai “local government” di bawah Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan cukup luas untuk merangkumi “local government elections”.

Perhatikan perjalanan itu:

Idea parti → mendapat kuasa → enakmen negeri → litigasi sampai Mahkamah Persekutuan.

Sebab itu saya mengambil serius dokumen politik.

Apabila parti mendapat kuasa, idea boleh bergerak menjadi dasar.

🔴 KEMBALI KE N9

Sebab itulah polemik Anthony Loke menjadi MB bagi saya tersasar.

Anthony tak perlu pun jadi MB.

DAP mempunyai blok politik yang signifikan di Negeri Sembilan. Di Putrajaya p**a, DAP mempunyai 40 Ahli Parlimen dan telah berubah daripada parti pembangkang tradisional kepada apa yang Hutchinson sifatkan sebagai sebuah “consequential player in Malaysian politics.”

Kemudian muncul p**a episod Anthony digelar “Undang Kelima”.

Tentulah beliau bukan Undang Kelima.

Tetapi yang menarik ialah bagaimana gurauan sebegitu boleh lahir daripada persepsi mengenai pengaruhnya.

Dalam kerajaan campuran, semua ini menghasilkan satu perkara:

LEVERAGE.

Sebab itu jangan terlalu sibuk bertanya:

“Bolehkah Anthony Loke menjadi MB?”

Jawapannya tidak.

Soalan lebih penting ialah:

Adakah DAP perlu menjadi KETUA untuk mempengaruhi arah kerajaan?

Tentulah tidak.

DAP tidak perlu mempunyai MB untuk memperjuangkan pilihan raya PBT.

Tidak perlu mempunyai PM untuk memperjuangkan merits and needs.

Ia memerlukan kerusi, portfolio, akses kepada kuasa dan leverage.

Dalam politik gabungan, jangan hanya tengok siapa mengetuai kerajaan.

Tengok juga—

siapa yang kerajaan tidak mampu kehilangan.

Kalaupun boleh, Anthony Loke tak perlu pun jadi Menteri Besar.

DAP tak perlu mengetuai. Mereka hanya perlu menguasai.

DR. YUSFARIZAL YUSSOFF

Gempar seketika apabila ada usul supaya PAS bertanding di DUN Seri Serdang. Masing-masing terus melawak sambil tunjuk an...
10/05/2026

Gempar seketika apabila ada usul supaya PAS bertanding di DUN Seri Serdang. Masing-masing terus melawak sambil tunjuk antara satu sama lain, tanda “calon” yang paling layak. 😄

Beginilah suasana mesyuarat cawangan — serius dalam perbincangan, tapi tetap meriah dengan gurauan dan ukhuwwah sesama ahli.

Yang penting, semangat gerak kerja tetap diteruskan. Semoga apa sahaja keputusan nanti memberi kebaikan kepada perjuangan dan masyarakat setempat.

Islam Memimpin.

Antara momen santai ahli-ahli selepas mesyuarat — sambil minum-minum, sarapan dan mengeratkan ukhuwwah.Beginilah suasana...
10/05/2026

Antara momen santai ahli-ahli selepas mesyuarat — sambil minum-minum, sarapan dan mengeratkan ukhuwwah.

Beginilah suasana cawangan, bukan sekadar mesyuarat dan gerak kerja, tapi juga ruang untuk berkenalan, bersembang dan menguatkan silaturahim.

Alhamdulillah, semoga ukhuwwah ini terus berkekalan.

Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Bandar Equine Perdana Kali ke-7 semalam.Simpan sini be...
10/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Bandar Equine Perdana Kali ke-7 semalam.

Simpan sini beberapa gambar sekitar mesyuarat. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan sama-sama menjayakan mesyuarat kali ini.

Semoga cawangan kita terus bergerak dengan lebih tersusun, kuat dan diberkati Allah SWT.

Islam Memimpin.

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Bandar Equine Perdana telah selamat dilaksanakan semalam dengan lanc...
10/05/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Bandar Equine Perdana telah selamat dilaksanakan semalam dengan lancar, selaras dengan Perlembagaan PAS Fasal 21.

Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan memberi komitmen dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga gerak kerja cawangan terus diperkukuh demi perjuangan Islam dan kebajikan masyarakat setempat.

Islam Memimpin, Perpaduan Teras Kekuatan.

Jalan Berlubang?Tak tau nak report mana?Report direct ke MBSJhttps://www.wasap.my/60196457833Ini Report jalan berlubang ...
04/02/2026

Jalan Berlubang?
Tak tau nak report mana?

Report direct ke MBSJ
https://www.wasap.my/60196457833

Ini Report jalan berlubang di LEP dan Kota Perdana



Anda ada masalah jalan berlubang?Jiran sebelah buat bising?Pembinaan yang menyalahi undang-undang?Renovate rumah tak kir...
19/01/2026

Anda ada masalah jalan berlubang?
Jiran sebelah buat bising?
Pembinaan yang menyalahi undang-undang?
Renovate rumah tak kira siang malam pagi petang?
Buang sampah merata-rata?
Longkang depan rumah tersumbat?

Hubungi sahaja nombor WhatsApp MBSJ dibawah

P/S : Jalan berlubang tak jumpa nombor WhatsApp kan? Haaa tu kena WhatsApp Jabatan Kejuruteraan😘

Address

Taman Lestari Perdana
Bandar
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Bandar Equine Perdana -PBEP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share