UPPM N.06 Bandau

Directions Website Contact the organization

UPPM N.06 Bandau Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat
N.06 Bandau
P.168 Kota Marudu
JABATAN KETUA MENTERI
SMJ

GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN TANAH PERKUBURAN KG. MANGARIS LAUT16 September 2026 | Kg. Mangaris Laut, Kota MaruduProgram go...
17/09/2026

GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN TANAH PERKUBURAN KG. MANGARIS LAUT

16 September 2026 | Kg. Mangaris Laut, Kota Marudu

Program gotong-royong pembersihan tanah perkuburan Kg. Mangaris Laut telah dilaksanakan pada 16 September 2026 dengan penglibatan JKKK serta penduduk kampung.

Aktiviti ini melibatkan kerja-kerja pembersihan dan menceriakan kawasan tanah perkuburan bagi memastikan persekitarannya sentiasa bersih, teratur dan terpelihara.

Pejabat UPPM N.6 Bandau menyokong penuh penganjuran program gotong-royong di setiap kampung sebagai salah satu usaha menggalakkan semangat kerjasama, perpaduan dan sikap prihatin dalam kalangan masyarakat.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.

Salam Malaysia MADANI 🇲🇾
Salam Sabah Maju Jaya.

Fun Run Hari Malaysia Kampung LamaTarikh:16 September 2026 (Rabu)Masa:6.00 pagi hingga selesaiKampung / Tempat:Kampung L...
16/09/2026

Fun Run Hari Malaysia Kampung Lama

Tarikh:
16 September 2026 (Rabu)

Masa:
6.00 pagi hingga selesai

Kampung / Tempat:
Kampung Lama

Anjuran:
JKKK dan KRT Kampung Lama / Kampung Kionsom Baru

Keterangan Program:
Program Fun Run Hari Malaysia telah diadakan di Kampung Lama sempena sambutan Hari Malaysia 2026.

Para peserta menyertai larian sejauh 7 kilometer sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda semangat patriotik dan kecintaan kepada negara. Program ini turut disertai oleh peserta daripada pelbagai peringkat umur, sekali gus menggalakkan amalan hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung.

Sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan sokongan yang diberikan, pihak penganjur telah menyediakan sedikit hadiah kepada semua peserta.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PJKK Kampung Lama, PJKK Kampung Kionsom Baru serta Pengerusi KRT Kampung Lama/Kampung Kionsom Baru.

Pejabat UPPM N.6 Bandau menyokong penuh penganjuran aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh JKKK dan KRT di setiap kampung dalam usaha memperkukuh perpaduan, semangat patriotik dan kesejahteraan komuniti.

Brisk Walk Bersama Keluarga Warga Kampung Ranau, Kota Marudu Sempena Sambutan Hari MalaysiaProgram / Aktiviti:Riadah san...
16/09/2026

Brisk Walk Bersama Keluarga Warga Kampung Ranau, Kota Marudu Sempena Sambutan Hari Malaysia

Program / Aktiviti:
Riadah santai berjalan kaki secara beramai-ramai mengelilingi Kampung Ranau, yang disertai oleh warga kampung bersama ahli keluarga.

Tarikh:
16 September 2026 (Rabu)

Masa:
6.00 pagi hingga 10.30 pagi

Tempat / Kampung:
Bermula dari Dewan Komuniti Kg. Ranau dan kembali semula ke Dewan Komuniti Kg. Ranau.

Anjuran:
Kelab Badminton Wanita Kg. Ranau dan KRT Kg. Ranau

Dengan Kerjasama:
JKKK Kg. Ranau dan Masjid Nawarah Kg. Ranau

Tetamu Kehormat:

* Pengerusi KRT Kg. Ranau
* Pengerusi JKKK Kg. Ranau
* Ketua Kg. Ranau
* Pengerusi Masjid Nawarah Kg. Ranau

Objektif Program:

1. Menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah bersama keluarga.
2. Menyemarakkan semangat patriotisme dan penghayatan sempena Sambutan Hari Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Kampung Ranau.
4. Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kemasyarakatan yang sihat dan berfaedah.

Pejabat UPPM N.6 Bandau menyokong penuh penganjuran program kemasyarakatan dan aktiviti riadah yang dilaksanakan oleh JKKK di setiap kampung dalam usaha memperkukuh perpaduan, kesejahteraan serta hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Kesyukuran dan Pembentukan Semula Ahli Jawatankuasa (AJK) Tagal Kg. Pinatau Sesi 2026–2029Program / Aktiviti:Majlis kesy...
16/09/2026

Kesyukuran dan Pembentukan Semula Ahli Jawatankuasa (AJK) Tagal Kg. Pinatau Sesi 2026–2029

Program / Aktiviti:
Majlis kesyukuran sempena kejayaan pelaksanaan Buka Tagal serta pembentukan semula Ahli Jawatankuasa (AJK) Sungai Tagal Kg. Pinatau bagi sesi 2026–2029.

Tarikh:
16 September 2026 (Rabu)

Masa:
8.00 pagi hingga selesai

Tempat / Kampung:
Sungai Tagal, Kg. Pinatau

Anjuran:
AJK Sungai Tagal Kg. Pinatau

Kerjasama:
WKAN, Ketua Kampung (KK), Pengerusi JKKK serta semua penduduk Kg. Pinatau.

Keterangan Program:

1. Majlis kesyukuran diadakan sempena kejayaan pelaksanaan Buka Tagal pada 2 September 2026.
2. Pembentukan semula Ahli Jawatankuasa (AJK) Sungai Tagal Kg. Pinatau bagi sesi 2026–2029.
3. Program turut menjadi platform untuk memperkukuhkan kerjasama antara AJK Tagal, pihak JKKK, WKAN, Ketua Kampung serta penduduk dalam memastikan pengurusan dan pemeliharaan kawasan Tagal dapat dilaksanakan secara berterusan.
4. Pejabat UPPM N.6 Bandau menyokong penuh penganjuran program gotong-royong dan aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh JKKK di setiap kampung demi memperkukuhkan semangat kerjasama serta kesejahteraan komuniti setempat.

Gotong-Royong Penyemburan Racun di Kawasan Tanah Perkuburan Kampung TorintidonTarikh:16 September 2026 (Rabu)Masa:8.00 p...
16/09/2026

Gotong-Royong Penyemburan Racun di Kawasan Tanah Perkuburan Kampung Torintidon

Tarikh:
16 September 2026 (Rabu)

Masa:
8.00 pagi hingga selesai

Tempat:
Kawasan Tanah Perkuburan Kampung Torintidon, Kota Marudu, Sabah

Anjuran:
JKKK Kampung Torintidon

Kerjasama:
Pengerusi Tanah Perkuburan Kampung Torintidon bersama penduduk kampung

Program / Aktiviti:
Gotong-royong melibatkan kerja-kerja penyemburan racun bagi membersihkan dan menjaga kawasan tanah perkuburan Kampung Torintidon agar sentiasa berada dalam keadaan bersih, terurus dan selamat.

MESYUARAT JKKK BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG

Tarikh:
16 September 2026 (Rabu)

Masa:
11.00 pagi

Tempat:
Balai Raya Kampung Torintidon

Pengisian:
Mesyuarat JKKK bersama penduduk Kampung Torintidon bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan dan kebajikan kampung serta isu-isu semasa yang memerlukan perhatian dan tindakan bersama.

Sokongan UPPM:
Pejabat UPPM N.6 Bandau menyokong penuh penganjuran program gotong-royong di setiap kampung sebagai usaha memupuk semangat kerjasama, menjaga kebersihan persekitaran serta memperkukuhkan hubungan antara JKKK dan penduduk setempat.

Gotong-Royong Menggantikan Gerbang Kampung Korongkom LautProgram / Aktiviti1. Menurunkan dan membuka gerbang kampung lam...
16/09/2026

Gotong-Royong Menggantikan Gerbang Kampung Korongkom Laut

Program / Aktiviti

1. Menurunkan dan membuka gerbang kampung lama yang telah uzur dan mengalami kerosakan.
2. Menggantikan gerbang kampung lama dengan gerbang baharu yang lebih kukuh, selamat dan kemas.
3. Membersihkan serta menceriakan kawasan sekitar pintu masuk kampung.

Tarikh

12 – 13 September 2026

Masa

7.00 pagi – 5.00 petang

Tempat / Kampung

Kampung Korongkom Laut, DUN N.6 Bandau

Anjuran

JKKK Kampung Korongkom Laut

Kerjasama

JKKK dan penduduk Kampung Korongkom Laut

Keterangan Program

Program gotong-royong ini dilaksanakan bagi menggantikan gerbang pintu masuk Kampung Korongkom Laut yang telah uzur dan mengalami kerosakan akibat faktor usia. Gerbang kampung merupakan salah satu mercu tanda serta identiti sesebuah kampung yang turut mencerminkan keceriaan dan imej kawasan setempat.

Sehubungan itu, JKKK Kampung Korongkom Laut mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti gotong-royong bersama penduduk bagi menurunkan gerbang lama dan menggantikannya dengan struktur gerbang yang baharu, lebih kukuh, selamat serta mempunyai penampilan yang lebih kemas.

Program ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan aspek keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya, malah turut memperkasakan keceriaan serta landskap di kawasan pintu masuk kampung.

Selain itu, pelaksanaan aktiviti secara bergotong-royong dapat memupuk semangat muafakat, kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan penduduk tanpa mengira peringkat umur. Penglibatan aktif masyarakat dalam program seperti ini juga mencerminkan semangat tanggungjawab bersama dalam menjaga kemudahan serta imej kampung.

Aktiviti ini secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko keselamatan yang berpunca daripada struktur gerbang lama yang telah reput dan uzur, di samping mewujudkan persekitaran kampung yang lebih selamat, teratur dan ceria.

Pejabat UPPM N.6 Bandau menyokong penuh penganjuran program gotong-royong di setiap kampung sebagai usaha memperkukuh semangat kerjasama masyarakat serta memastikan persekitaran kampung sentiasa bersih, selamat dan terpelihara.

Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Kampung Bintasan DaratPROGRAM / AKTIVITIGotong-royong membersihkan kawasan kampung, s...
16/09/2026

Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Kampung Bintasan Darat

PROGRAM / AKTIVITI

Gotong-royong membersihkan kawasan kampung, sepanjang jalan kampung serta kawasan sekitar Kg. Bintasan Darat.

TARIKH

16 September 2026 (Rabu)

MASA

6.00 pagi hingga selesai

TEMPAT

Kampung Bintasan Darat, Kota Marudu, Sabah

ANJURAN

JKKK Kg. Bintasan Darat

KERJASAMA

JKKK dan penduduk Kg. Bintasan Darat

VIP / TETAMU KEHORMAT

* Ketua Kampung Kg. Bintasan Darat
* Ketua Kampung Kg. Bintasan Tengah

KETERANGAN PROGRAM

Program gotong-royong telah dilaksanakan pada 16 September 2026 dengan penglibatan aktif JKKK dan penduduk Kg. Bintasan Darat.

Aktiviti melibatkan kerja-kerja membersihkan kawasan kampung, sepanjang jalan kampung serta kawasan sekitarnya bagi memastikan persekitaran kampung sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas, selamat dan selesa.

Program mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat setempat dengan penyertaan seramai 58 orang peserta, termasuk kanak-kanak yang turut bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong.

Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif Pengerusi JKKK Kg. Bintasan Darat dalam menggalakkan semangat kerjasama, budaya gotong-royong serta memperkukuhkan perpaduan dan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung.

Pejabat UPPM N.06 Bandau menyokong penuh penganjuran program gotong-royong di setiap kampung sebagai salah satu usaha bersama dalam mewujudkan persekitaran kampung yang bersih, selamat dan kondusif.

Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan selesai dengan baik hasil daripada kerjasama serta komitmen semua peserta yang hadir.

SUNGAI KIRANGAWAN KERING AKIBAT MUSIM KEMARAUKg Kirangawan, Kota Marudu | 16 September 2026Musim kemarau yang melanda ke...
16/09/2026

SUNGAI KIRANGAWAN KERING AKIBAT MUSIM KEMARAU

Kg Kirangawan, Kota Marudu | 16 September 2026

Musim kemarau yang melanda ketika ini telah menyebabkan Sungai Kirangawan mengalami kekeringan, sekali gus menjejaskan sumber air graviti bagi penduduk Kampung Kirangawan Darat, Kirangawan Tengah dan Kirangawan Laut.

Menurut Pengerusi JKKK Kampung Kirangawan Tengah, keadaan sungai yang kering seperti ini merupakan sesuatu yang jarang berlaku. Namun, pada tahun 2026, keadaan kemarau yang berpanjangan telah menyebabkan paras air sungai semakin surut sehingga menyukarkan kehidupan seharian penduduk, khususnya dalam mendapatkan bekalan air.

Susulan laporan yang disampaikan kepada Pejabat UPPM N.6 Bandau, perkara tersebut telah diambil tindakan untuk disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Marudu bagi mendapatkan bantuan sewajarnya.

Syukur, sehingga kini penduduk yang terjejas telah menerima beberapa kali penghantaran bekalan air bersih oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sebagai langkah bantuan sementara bagi memenuhi keperluan asas penduduk.

Pejabat UPPM N.6 Bandau akan terus memberi perhatian terhadap isu bekalan air yang dihadapi penduduk serta membantu menyalurkan perkara berbangkit kepada agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Semoga keadaan ini dapat dipulihkan dan bekalan air kepada penduduk di kawasan terjejas kembali seperti sediakala.

Prihatin Terhadap Rakyat, Responsif Dalam Tindakan.

16/09/2026

Gotong Royong Pembersihan Tangki Kg Gontoi Kota Marudu.
16 Sep 2026

16/09/2026

Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾

16 September bukan sekadar tarikh dalam sejarah tetapi hari yang mengingatkan kita kepada pembentukan Malaysia melalui penyatuan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu pada tahun 1963.

Sabah dan Sarawak mempunyai tempat yang penting dalam pembentukan Malaysia. Semangat, pandangan dan aspirasi generasi terdahulu menjadi sebahagian daripada asas kepada negara yang kita bina bersama hari ini.

Sebagai rakyat Sabah, marilah kita terus menghargai kedudukan Sabah dalam Malaysia, memelihara keharmonian dan perpaduan serta memastikan pembangunan negeri terus bergerak maju demi generasi akan datang.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan kita sebagai sebuah keluarga besar Malaysia dengan Sabah dan Sarawak terus memainkan peranan penting dalam membina masa depan negara.


Address

PEJABAT UPPM N. 6 BANDAU, LOT 31-1, 3 STOREY SHOP/OFFICE, M-SQUARE
Bandau Kota Marudu
89108

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N.06 Bandau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UPPM N.06 Bandau:

Shortcuts

Share