Pusat Strategi UKM

Directions Website

Pusat Strategi UKM Penggerak perancangan strategik melalui kesepakatan dalam pendidikan, penyelidikan dan khidmat

SURABAYA, 14 Oktober 2026 โ€“ Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi melakar pencapaian membanggakan di peringka...
16/10/2026

SURABAYA, 14 Oktober 2026 โ€“ Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi melakar pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa apabila berjaya mengekalkan pengiktirafan tertinggi Five Star Plus dalam Healthy University Rating System (HURS) bagi empat tahun berturut-turut.

Pengiktirafan berprestij ini disampaikan bersempena 11th AUN-HPN International Advisory Committee (IAC) Meeting dan 5th International Health Promotion Conference yang berlangsung di Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Rektor Universitas Airlangga, Prof. Dr. Muhammad Madyan, S.E., M.Si., M.Fin.

Daripada 41 universiti yang menyertai penarafan HURS melibatkan enam negara, iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Vietnam, hanya empat universiti berjaya memperoleh pengiktirafan Five Star Plus. Lebih membanggakan, UKM merupakan satu-satunya universiti dari Malaysia yang mencapai pengiktirafan tertinggi tersebut.

Pengiktirafan bagi pihak UKM telah diterima oleh Profesor Madya Dr. Fariza Khalid, Timbalan Pengarah Eksekutif (Kecemerlangan dan Kebitaraan), Pusat Strategi UKM.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen holistik dan berterusan UKM dalam membudayakan amalan promosi kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan kampus bagi seluruh warga universiti, selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan ekosistem kampus yang sihat, selamat dan sejahtera.

Kejayaan ini turut merupakan hasil sinergi dan komitmen kolektif seluruh warga UKM, khususnya fakulti, institut, pusat, entiti perkhidmatan dan pelbagai pihak yang telah menyumbang secara berterusan dalam penyediaan data serta pembuktian merangkumi keseluruhan aspek penilaian HURS.

Pusat Strategi UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memainkan peranan dalam memastikan kecemerlangan ini terus dipertahankan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan UKM untuk memperkukuh budaya kampus sihat dan kesejahteraan warganya.

Tahniah kepada para pemenang Anugerah Bitara UKM ke-11 Tahun 2026!Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima Anuge...
15/10/2026

Tahniah kepada para pemenang Anugerah Bitara UKM ke-11 Tahun 2026!

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Bitara UKM Ke-11 atas kecemerlangan, dedikasi dan sumbangan dalam pelbagai bidang.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan, mencetus inovasi dan mengharumkan nama UKM di persada kebangsaan dan antarabangsa.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah! ๐Ÿ‘๐ŸŒŸ



15/10/2026
15/10/2026
๐”๐Š๐Œ ๐ซ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐๐ข ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐๐ข๐ญ๐š๐ซ๐š ๐ค๐ž-๐Ÿ๐ŸSeramai 49 warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diraikan pada M...
13/10/2026

๐”๐Š๐Œ ๐ซ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐๐ข ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐๐ข๐ญ๐š๐ซ๐š ๐ค๐ž-๐Ÿ๐Ÿ

Seramai 49 warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diraikan pada Majlis Anugerah Bitara UKM Ke-11 yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak hari ini.

Anugerah pada tahun ini melibatkan 16 kategori serta mengambil kira pencapaian kecemerlangan sepanjang tahun penilaian 2025.
Majlis dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim.

Naib Canselor UKM, Prof. Datoโ€™ Dr. Sufian Jusoh mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan berharap agar mereka terus mengekalkan kecemerlangan, menjadi contoh kepada warga lain serta memanfaatkan kepakaran masing-masing untuk memberikan impak yang lebih besar.

Pada edisi kali ini, UKM turut memperkenalkan Anugerah Bitara Kertas Polisi, bagi mengiktiraf sumbangan warga universiti yang menghasilkan kertas dasar berimpak tinggi dan menjadi rujukan dalam pembentukan serta penambahbaikan dasar, sama ada di peringkat universiti mahupun negara.

Hadir sama, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UKM, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan pengurusan tertinggi universiti.





Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026Kesihatan mental merupakan elemen penting dalam membina kehidupan ya...
10/10/2026

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

Kesihatan mental merupakan elemen penting dalam membina kehidupan yang seimbang, produktif dan bermakna.

Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran, menghapuskan stigma serta memupuk budaya saling memahami dan menyokong kesejahteraan mental. Setiap individu berhak untuk didengari, difahami dan mendapat sokongan tanpa prejudis.

Jaga minda, hargai diri, hulurkan empati. Kerana kesejahteraan mental adalah tanggungjawab kita bersama. ๐Ÿ’š

Ikhlas daripada Prof. Dato' Dr. Roslee Rajikan serta seluruh warga Pusat Strategi UKM.

Tahniah Puan Norini Mohamad atas pelantikan sebagai Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa pada 2 ...
09/10/2026

Tahniah Puan Norini Mohamad atas pelantikan sebagai Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa pada 2 Januari 2026.

Ikhlas daripada Prof. Dato' Dr. Roslee Rajikan serta seluruh warga Pusat Strategi UKM

Tahniah YBhg. Datuk Dr. Sabirin Jaโ€™afar atas pelantikan sebagai Penasihat Undang-Undang (PUU) Universiti Kebangsaan Mala...
09/10/2026

Tahniah YBhg. Datuk Dr. Sabirin Jaโ€™afar atas pelantikan sebagai Penasihat Undang-Undang (PUU) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Ikhlas daripada Prof Dato' Dr. Roslee Rajikan serta seluruh warga Pusat Strategi UKM

Majlis Anugerah Bitara UKM ke-11 Tahun 2026 akan diadakan seperti butiran berikut:Tarikh: 12 Oktober 2026 (Isnin)Masa: 2...
09/10/2026

Majlis Anugerah Bitara UKM ke-11 Tahun 2026 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 12 Oktober 2026 (Isnin)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM

Majlis juga boleh disaksikan melalui siaran langsung di Facebook Rasmi UKM - https://www.facebook.com/UKMOfficial

Tahniah kepada semua yang bakal dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bitara UKM bagi 16 kategori yang dipertandingkan pada tahun ini.





Tahniah kepada Ybhg. Datuk Johan Idris, Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia atas pelantikan sebag...
06/10/2026

Tahniah kepada Ybhg. Datuk Johan Idris, Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia atas pelantikan sebagai Pengerusi IJM Corporation Bhd berkuatkuasa 5 Oktober 2026.

Ikhlas daripada seluruh Warga Pusat Strategi UKM

Address

Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Strategi UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share