Jabatan Tenaga Atom

Call Directions Website

Jabatan Tenaga Atom Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia)
dahulu dikenali sebagai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)

AELB komited dalam memastikan penggunaan tenaga atom di Malaysia adalah SELAMAT, TERJAMIN & TERKAWAL demi melindungi masyarakat, pekerja dan juga alam sekitar.

Dengkil, Selangor – Kursus Asas dan Pengesanan Sinaran Kepada Pegawai Barisan Hadapan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah...
23/10/2026

Dengkil, Selangor – Kursus Asas dan Pengesanan Sinaran Kepada Pegawai Barisan Hadapan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) pada 20 hingga 22 Oktober 2026 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Atom, Dengkil Selangor. Kursus ini melibatkan penyertaan Pegawai-pegawai dan anggota-anggota PDRM dari Negeri Selangor.

Penganjuran kursus ini adalah satu inisiatif kerjasama strategik dan proaktif antara Atom Malaysia dan PDRM bagi mengeratkan kerjasama yang telah terjalin disamping membina dan memperkukuhkan kapasiti PDRM dalam meningkatkan kesiapsiagaan nasional dalam menghadapi sebarang kemungkinan kejadian/kemalangan sekuriti nuklear di dalam negara. Kerjasama erat antara kedua-dua agensi dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang keselamatan sinaran dan sekuriti nuklear disamping memantapkan sinergi tindak balas dalam pasukan untuk membolehkan tindakan yang lebih seragam dan berkesan dalam melindungi rakyat dan negara.

Kursus antara jabatan/agensi di dalam negara ini adalah bukti komitmen Malaysia dalam memperkukuhkan kedudukan negara untuk perkara berkaitan keselamatan sinaran dan sekuriti nuklear di peringkat serantau dan antarabangsa. Pelaksanaan konsep β€œWhole of Government Approach” ini diharap menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat antara Jabatan Tenaga Atom dan Polis DiRaja Malaysia, menjadikan ia sebagai salah satu model terbaik bagi program pembangunan kapasiti jabatan/agensi penguatkuasaan di Malaysia”

Bagi memastikan pegawai teknikal sentiasa kompeten dan berkeupayaan melaksanakan tugas penyiasatan dengan berkesan, Jaba...
22/10/2026

Bagi memastikan pegawai teknikal sentiasa kompeten dan berkeupayaan melaksanakan tugas penyiasatan dengan berkesan, Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) telah menganjurkan Kursus Penyiasatan selama tiga (3) hari pada 12-14 Oktober 2026 yang lalu bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Atom.

Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh barisan penceramah dan pakar berpengalaman daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang berkongsi ilmu serta kepakaran berkaitan aspek perundangan dan prosedur penyiasatan.

Antara modul utama yang diberikan penekanan termasuklah kuasa penyiasatan, rantaian keterangan barang kes, teknik merakam percakapan serta tatacara penggeledahan dan penyitaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada PDRM atas perkongsian ilmu dan kepakaran yang amat bernilai. Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh keupayaan pegawai teknikal dalam mengendalikan penyiasatan serta memastikan tindakan perundangan dilaksanakan secara telus, profesional, cekap dan berkesan.

Atom Malaysia memeriahkan Karnival STEM dan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Agensi Nuklear Malaysia 2026 di SK C...
22/10/2026

Atom Malaysia memeriahkan Karnival STEM dan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Agensi Nuklear Malaysia 2026 di SK Chuchoh Puteri, Kuala Krai, Kelantan menerusi advokasi nuklear bagi meningkatkan pengetahuan, memupuk kesedaran dan mendekatkan sains nuklear kepada generasi muda. πŸ”¬βœ¨

# atommalaysia

🀝 Memperkukuh Kerjasama, Memantapkan Kawal SeliaAtom Malaysia mengalu-alukan sesi libat urus teknikal bersama Jabatan Mi...
21/10/2026

🀝 Memperkukuh Kerjasama, Memantapkan Kawal Selia

Atom Malaysia mengalu-alukan sesi libat urus teknikal bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) bagi membincangkan keperluan kawal selia serta pembangunan keupayaan analisis keradioaktifan bahan mineral, termasuk aspek keselamatan sinaran dan pengurusan bahan radioaktif semula jadi (NORM).

Kerjasama ini penting dalam menyokong pengurusan sumber mineral negara yang selamat dan bertanggungjawab. ☒️

21/10/2026

SAKSIKAN MAJALAH 3 DI SEBALIK SINAR

Apakah yang berlaku di sebalik usaha memastikan keselamatan orang awam daripada risiko sinaran? ☒️

Ikuti kupasan eksklusif mengenai peranan dan tanggungjawab Jabatan Tenaga Atom dalam memastikan keselamatan sinaran melalui rancangan Majalah 3.

πŸ“… 26 Oktober 2026 (Isnin)

19/10/2026

✨ MISI CIK TOM: MENJELAJAH DUNIA NUKLEAR ✨

πŸ”Ž Misteri apakah di sebalik objek berkilau itu?

Bersama Cik Tom, MOTA, Inspektor Muhammad dan Dr. Ayden, mari teruskan pengembaraan meneroka dunia nuklear melalui siri animasi pertama Atom Malaysia! ☒️

🎬 Episod 2: Misteri Objek Berkilau

πŸ’¬ Agaknya, apakah objek berkilau itu? Tonton sampai habis dan kongsikan tekaan anda di ruangan komen! πŸ‘€βœ¨

πŸŽ™οΈ Nuklear Lebih Dekat, Masyarakat Lebih Celik! ☒️Ikuti perkongsian Puan Nor Faezah binti Rabani (Atom Malaysia) menerus...
18/10/2026

πŸŽ™οΈ Nuklear Lebih Dekat, Masyarakat Lebih Celik! ☒️

Ikuti perkongsian Puan Nor Faezah binti Rabani (Atom Malaysia) menerusi Segmen Alfa Eksklusif di Nasional FM.

Bersama-sama mendekati masyarakat melalui Program Advokasi Nuklear, animasi MiSi Cik Tom serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan sinaran.

πŸ“… 19 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ 2.30 petang
πŸ“» Nasional FM

Jom dengarkan!

Bagaimana Program Advokasi Nuklear mendekatkan ilmu nuklear kepada masyarakat menerusi animasi MiSi Cik Tom?Ikuti perkon...
18/10/2026

Bagaimana Program Advokasi Nuklear mendekatkan ilmu nuklear kepada masyarakat menerusi animasi MiSi Cik Tom?

Ikuti perkongsian ini dalam Segmen Alfa Eksklusif, Nasional FM!

πŸ“… 19 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ 2.30 petang
πŸ“» Nasional FM

Jom dengarkan dan kenali dunia nuklear dengan lebih dekat!

ALFA EKSKLUSIF

Isnin | 19 Oktober 2026 | 2:30 Petang

Program Advokasi Nuklear: Dekati Masyarakat Melalui Animasi Cik Tom

Khairul Bhariah binti Darduri
Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan S11

Nor Faezah binti Rabani
Penolong Pengarah
Unit Komunikasi
Jabatan Tenaga Atom

π€π“πŽπŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€β€“π€πŠππ’ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ πƒπ€π‹π€πŒ π€π’ππ„πŠ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π π’π„πŒππ€πƒπ€πDENGKIL, 16 Oktober 2026 – Jabatan Tenag...
17/10/2026

π€π“πŽπŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€β€“π€πŠππ’ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ πƒπ€π‹π€πŒ π€π’ππ„πŠ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π π’π„πŒππ€πƒπ€π

DENGKIL, 16 Oktober 2026 – Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) telah menerima kunjungan hormat YBrs. Puan Zuraini Othman, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) kepada YBrs. Puan Hjh. Noraishah Pungut, Ketua Pengarah Atom Malaysia.

Kunjungan hormat ini menjadi platform untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Atom Malaysia dengan AKPS, khususnya dalam menyokong usaha kerajaan mempertingkat keselamatan dan kawalan di sempadan negara.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk penelitian dan penyelarasan penggunaan mesin pengimbas, pematuhan terhadap peruntukan Akta Tenaga Atom 1984 [Akta 304], serta pembangunan kepakaran dan modal insan bagi memperkukuh keupayaan teknikal kedua-dua agensi.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan Atom Malaysia dan AKPS dalam menyokong dasar kerajaan berkaitan keselamatan sempadan, di samping memperkukuh penyelarasan antara agensi bagi memastikan penggunaan teknologi pengimbasan dilaksanakan dengan mengambil kira aspek keselamatan, kawal selia dan pematuhan perundangan yang berkuat kuasa.

Address

Department Of Atomic Energy Malaysia (Atom Malaysia), Batu 24, Jalan Dengkil
Bangi
43800

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60389225888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Tenaga Atom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share