14/10/2026
Majlis Penyerahan Projek Wakaf Masjid Hijau (WMH) | Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) | 7 Oktober 2026
Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) terus memperkasa inisiatif Wakaf Masjid Hijau menerusi penyertaan dalam International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) tahun ini. Bersempena program tersebut, telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Wakaf Masjid Hijau kepada empat buah masjid yang telah menerima projek yang berteraskan teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar di bawah inisiatif Wakaf Masjid Hijau, iaitu:
๐ Masjid Nurul Iman, Nibong Tebal, Pulau Pinang - Projek Solar
๐ Masjid Jamek Datoโ Klana Petra Sendeng, Seremban, Negeri Sembilan - Projek Solar
๐ Masjid Tan Sri Ainnudin Wahid, Skudai, Johor - Projek Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) dan Pili Cekap Air
๐ Masjid Zaid bin Haritsah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Projek Kebun Bandar
Simbolik penyampaian projek telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM kepada semua wakil masjid sambil disaksikan oleh YBrs. Puan Norhasliza Mokhtar, Acting COO Senior Director, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC). Turut hadir bersama, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen YWM dalam memperluas manfaat wakaf melalui penerapan teknologi hijau di masjid, sekali gus menyokong usaha mewujudkan persekitaran masjid yang lebih lestari, cekap dan mesra alam. Terima kasih diucapkan kepada pewakaf Wakaf Masjid Hijau, semoga ganjaran pahala terus mengalir buat anda semua!
'Wakaf Membangun Malaysia MADANI'