15/10/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐂𝐏𝐀𝐁 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀 (𝐒𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍) 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐔𝐊𝐌
✨ 𝑴𝒆𝒎𝒂𝒔𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒖𝒂𝒍𝒊𝒕𝒊, 𝑲𝒆𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒄𝒆𝒌𝒂𝒑𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒌𝒔𝒂𝒏𝒂𝒂𝒏
📍 Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
📅 14 Oktober 2026 (Rabu)
𝐁𝐀𝐍𝐆𝐈, 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Ir. Maria binti Marcus, telah mengadakan lawatan turun padang ke tapak projek Menaik Taraf Bangunan dan Fasiliti Berkulat, Usang serta Berisiko Kesihatan di Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Lawatan tersebut turut disertai oleh Wakil Pegawai Penguasa (WPP) Projek, Ir. Ts. Mohd Zamri bin Mohamud, bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek serta memastikan kerja-kerja di tapak berjalan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Sepanjang lawatan, TKPKR (Sektor Bangunan) telah meneliti status kemajuan fizikal projek serta mendapatkan maklum balas berhubung pelaksanaan kerja di tapak. Penekanan turut diberikan terhadap pematuhan spesifikasi teknikal, standard kualiti, aspek keselamatan dan kehendak kontrak bagi memastikan setiap kerja dilaksanakan dengan teratur serta memenuhi keperluan yang ditetapkan.
Pihak kontraktor dan Kontraktor Pakej Kerja Khusus (Nominated Sub-Contractor – NSC) turut diingatkan agar sentiasa memberikan komitmen penuh serta mengambil tindakan proaktif dalam menangani isu pelaksanaan, memastikan kelancaran kerja dan mencapai sasaran kemajuan projek mengikut perancangan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam memperkukuh pemantauan pelaksanaan projek secara berkesan, di samping memastikan aspek kualiti, integriti, keselamatan dan pematuhan kontrak sentiasa diberikan keutamaan.
Usaha ini penting bagi memastikan projek dapat disiapkan dengan sempurna serta menyokong penyediaan persekitaran kampus yang lebih selamat, selesa dan kondusif untuk manfaat seluruh warga universiti.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Delivery Is Our Priority.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Shukri Ishak