Agensi Nuklear Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Agensi Nuklear Malaysia " TEKNOLOGI NUKLEAR PEMACU WAWASAN NEGARA"

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 πˆπ€π„π€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‹π€π“πˆπ‡π€π π‘π€π’πŸ“πŸπŸŽπŸPUTRAJAYA, 5 Oktober 2026 – Agensi Nuklear ...
05/10/2026

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 πˆπ€π„π€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‹π€π“πˆπ‡π€π π‘π€π’πŸ“πŸπŸŽπŸ

PUTRAJAYA, 5 Oktober 2026 – Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran IAEA Regional Training Course on Advanced Mutagenesis and Related Biotechnology for Climate-Resilient Crop Improvement di bawah Technical Cooperation Project: Promoting Resilient and Sustainable Agrifood Systems Through Innovative Nuclear and Related Techniques (RAS5102) yang berlangsung pada 5 hingga 9 Oktober 2026 di The Everly Hotel, Putrajaya.

Program kerjasama serantau bersama International Atomic Energy Agency (IAEA) ini bertujuan meningkatkan keupayaan negara-negara serantau dalam memanfaatkan teknik nuklear dan teknologi berkaitan bagi menyokong produktiviti pertanian, keselamatan makanan serta pembangunan sistem agromakanan yang lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim.

Kursus ini menghimpunkan 29 pakar dan penyelidik dari 14 negara iaitu China, Bangladesh, Indonesia, Jordan, Kuwait, Lao P.D.R., Mongolia, Myanmar, Pakistan, Qatar, Sri Lanka, Thailand, Vietnam dan Yemen.

Penganjuran kursus menyediakan platform strategik kepada peserta untuk memperkukuh pengetahuan dan kepakaran dalam bidang mutagenesis termaju serta bioteknologi berkaitan di samping berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pembangunan varieti tanaman yang lebih berdaya tahan terhadap cabaran perubahan iklim.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Zaiton Ahmad, Pengarah Bahagian Agroteknologi dan Biosains, Agensi Nuklear Malaysia yang mewakili Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia. Turut hadir Ms. Lin Yang, Programme Management Officer (PMO) IAEA dan YBrs. Dr. Sobri Hussein, Course Director RAS5102.

Penganjuran kursus ini memperlihatkan komitmen Agensi Nuklear Malaysia dalam memperkukuh kerjasama dengan IAEA serta memperluas jaringan kepakaran antarabangsa dalam bidang teknologi nuklear untuk pertanian.

Melalui kerjasama strategik ini, kepakaran dan teknologi berkaitan dapat terus dimanfaatkan bagi menyokong pembangunan pertanian mampan, keselamatan makanan dan tanaman yang lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim di samping memperkukuh sumbangan teknologi nuklear secara aman kepada pembangunan sosioekonomi serantau.







05/10/2026

Di Udomlya, penduduk memancing, berenang dan membesarkan keluarga hanya beberapa kilometer dari salah sebuah loji kuasa nuklear terbesar di Rusia.

05/10/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π π’πŠ π‰π€πŒππ” 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐑 ππ„π‘πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπ„ππ€πƒπ€ πŒπ”π‘πˆπƒ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 π€ππ‹πˆπŠπ€π’πˆ π’π“π„πŒBANGI, 1 Oktober 2026 – Agensi Nukl...
01/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π π’πŠ π‰π€πŒππ” 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐑 ππ„π‘πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπ„ππ€πƒπ€ πŒπ”π‘πˆπƒ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 π€ππ‹πˆπŠπ€π’πˆ π’π“π„πŒ

BANGI, 1 Oktober 2026 – Agensi Nuklear Malaysia telah menerima lawatan daripada Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Machang, Kelantan yang melibatkan kira-kira 30 orang murid Tahun 4 dan 5 serta tujuh orang guru.

Lawatan ini memberikan pendedahan terhadap aplikasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi memperluas pengetahuan dan kefahaman murid terhadap bidang STEM menerusi pendekatan pembelajaran secara interaktif serta pengalaman sebenar dalam persekitaran penyelidikan dan teknologi.

Sepanjang lawatan, para peserta telah mengikuti sesi taklimat dan lawatan ke Galeri Kecemerlangan Nuklear selain menyertai pelbagai aktiviti interaktif bersama Unit Jangkau Luar, Bahagian Pengurusan Maklumat.

Aktiviti yang dilaksanakan memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali dengan lebih dekat bidang sains dan teknologi nuklear serta aplikasinya dalam kehidupan.

Program seumpama ini merupakan antara usaha berterusan Agensi Nuklear Malaysia dalam memperkukuh pendekatan pendidikan STEM serta menyemai minat generasi muda terhadap bidang sains, teknologi dan inovasi.

Melalui pendedahan di peringkat awal berkenaan teknologi nuklear, para peserta berpeluang mengenali asas serta manfaat teknologi nuklear, sekali gus meningkatkan kefahaman dan minat terhadap bidang sains dan teknologi.







30/09/2026

πŠπ„π“π”π€ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŒπŽπ’π“πˆ π“πˆππ‰π€π” πŠπ„πŒπ€π‰π”π€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π€π†π„ππ’πˆ ππ”πŠπ‹π„π€π‘ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

BANGI, 30 September 2026 – Usaha memperkukuh keupayaan teknikal dan infrastruktur Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) terus mendapat perhatian menerusi lawatan turun padang YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini.

Lawatan ini memberi ruang kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Ketua Setiausaha untuk melihat secara langsung perkembangan kemudahan serta keupayaan teknikal yang sedang dibangunkan bagi menyokong peranan Nuklear Malaysia dalam penyelidikan, pengujian dan penyediaan perkhidmatan teknologi kepada industri.

Antara fokus utama lawatan ialah Projek Perolehan Peralatan bagi Kemudahan Akreditasi dan Pengujian Non-Destructive Testing (NDT) Termaju ke atas Struktur Kejuruteraan Awam. Taklimat mengenai projek berkenaan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Noorul Ikhsan bin Mohamed@Ahmad. Projek ini bertujuan memperkukuh keupayaan Nuklear Malaysia dalam bidang pengujian dan latihan NDT melalui penyediaan peralatan serta kemudahan pengujian termaju.

Pembangunan keupayaan ini akan menyokong aktiviti pemeriksaan dan penilaian integriti struktur kejuruteraan awam, di samping meningkatkan kompetensi tenaga kerja tempatan serta memperkukuh keupayaan Nuklear Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan teknikal yang memenuhi keperluan dan piawaian berkaitan. YBhg. Dato’ Ts. Dr. Ketua Setiausaha kemudiannya dibawa meninjau lokasi projek bagi melihat secara langsung kemajuan pelaksanaan serta kemudahan yang sedang dibangunkan.

Lawatan turut merangkumi tinjauan terhadap Projek Baik Pulih Sistem Kawalan Penghawa Dingin Berpusat di Loji Blok 27. Projek tersebut penting bagi memastikan kemudahan beroperasi dengan lebih cekap dan kondusif serta menyokong kesinambungan aktiviti teknikal di Nuklear Malaysia.

Lawatan ini turut membuka ruang perbincangan antara MOSTI, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Nuklear Malaysia berhubung perkembangan pelaksanaan projek serta tindakan yang diperlukan bagi memastikan kemudahan yang dibangunkan dapat dimanfaatkan secara optimum.

Pembangunan kemudahan dan infrastruktur yang strategik merupakan antara elemen penting dalam memastikan Nuklear Malaysia terus mempunyai keupayaan teknikal yang relevan bagi menyokong penyelidikan, pembangunan kepakaran serta aplikasi teknologi nuklear untuk manfaat industri dan negara.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Muhammad Rawi bin Mohamed Zin, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, YBrs. Puan Maznah binti Musa, Pengarah Bahagian Pemantauan Pembangunan, ICU JPM, YBrs. Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan MOSTI, barisan pengurusan Nuklear Malaysia serta pegawai MOSTI, ICU JPM dan Nuklear Malaysia.







28/09/2026

SALAM TAKZIAH 🀍

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga MOSTI merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali yang telah meninggal dunia pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada :
Warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

25/09/2026
ππ”πŠπ‹π„π€π‘ πŸπŸŽπŸ‘πŸŽ: πŒπ„π‘π€πŠπ˜π€π“πŠπ€π π’π€πˆππ’, πŒπ„ππ‰π€πŒπˆπ πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π π‘π€πŠπ˜π€π“KUALA LUMPUR, 25 September 2026 – Ketua Pengarah Agensi Nu...
25/09/2026

ππ”πŠπ‹π„π€π‘ πŸπŸŽπŸ‘πŸŽ: πŒπ„π‘π€πŠπ˜π€π“πŠπ€π π’π€πˆππ’, πŒπ„ππ‰π€πŒπˆπ πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π π‘π€πŠπ˜π€π“

KUALA LUMPUR, 25 September 2026 – Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Muhammad Rawi bin Mohamed Zin telah tampil dalam temu bual secara langsung program Selamat Pagi Malaysia (SPM) bagi mengupas hala tuju serta peranan teknologi nuklear dalam menyokong landskap pembangunan negara.

Sesi temu bual yang membincangkan topik β€œNuklear 2030: Merakyatkan Sains, Menjamin Kesejahteraan” turut membincangkan potensi dan aplikasi teknologi nuklear dalam pelbagai sektor termasuk kesihatan, makanan dan pertanian, industri serta alam sekitar.

Menurut YBrs. Dr. Muhammad Rawi, teknologi nuklear bukan sahaja berkait dengan tenaga atau penyelidikan malah mempunyai pelbagai aplikasi yang memberi manfaat secara langsung kepada kehidupan seharian serta menyokong pembangunan sosioekonomi negara.

Dalam pada itu, Agensi Nuklear Malaysia terus memperkukuh usaha merakyatkan sains dan menginsankan teknologi melalui pelbagai program advokasi, pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan inovasi bagi memastikan manfaat teknologi nuklear dapat difahami serta dimanfaatkan oleh masyarakat.

Usaha ini turut selaras dengan aspirasi Nuklear Untuk Rakyat (N.U.R) yang memberi penekanan terhadap penerapan teknologi nuklear secara selamat, bertanggungjawab dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.

Melalui pendekatan komunikasi yang berterusan, Agensi Nuklear Malaysia komited untuk memastikan teknologi nuklear terus difahami dan dimanfaatkan secara optimum sebagai salah satu pemangkin pembangunan negara yang mampan dan berdaya saing.







Address

Kompleks Utama Agensi Nuklear Malaysia Bangi
Bangi
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+60389250644

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Nuklear Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Agensi Nuklear Malaysia:

Shortcuts

Share