Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan

Call Directions Website Contact the organization

Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan We do research and consultancy on health behaviour areas. Also health promotion capacity building.

Satu perbincangan lanjutan bersama pihak Centre for Inclusive Research on Community and Disability (CIRCLE), Universiti ...
16/10/2026

Satu perbincangan lanjutan bersama pihak Centre for Inclusive Research on Community and Disability (CIRCLE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dipengerusikan oleh Dr. Hasrul bin Hosshan, Pengarah CIRCLE telah diadakan pada 15 Oktober 2026 (Khamis) untuk membincangkan berkenaan kerjasama di antara IPTK dan CIRCLE dalam pelaksanaan program ‘community outreach’ tidak lama lagi.

IPTK telah diketuai oleh Pengarah, Pn. Zaikiah bt. Mohd. Zin diiringi Ketua Unit Jaringan dan Kolaborasi Strategik, Pn. Khairulnissa bt. Abdul Kadir.

Kerjasama erat IPTK dan UNICEF Malaysia dalam sains tingkah laku terus diperkukuhkan menerusi sesi perbincangan bagi men...
15/10/2026

Kerjasama erat IPTK dan UNICEF Malaysia dalam sains tingkah laku terus diperkukuhkan menerusi sesi perbincangan bagi meneroka potensi dalam bidang penyelidikan, tadbir urus, bina upaya dan sistem pemantauan dan penilaian yang lebih sistematik dan fleksibel.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Elizabeth Wong dan En. Teck Harng Saw dari UNICEF Malaysia yang telah hadir ke sesi ini.

*JOHAN ANUGERAH INOVASI KKM 2026 (KATEGORI PERKHIDMATAN)*📅 12 Oktober 2026 (Isnin)📍 Kompleks Institut Kesihatan Negara (...
12/10/2026

*JOHAN ANUGERAH INOVASI KKM 2026 (KATEGORI PERKHIDMATAN)*

📅 12 Oktober 2026 (Isnin)
📍 Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH), Setia Alam, Selangor

Syabas dan tahniah kepada pasukan Enhanced Diabetes Program (EDP) dari Klinik Kesihatan Rawang, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor atas kejayaan meraih Johan Kategori Perkhidmatan dalam Anugerah Inovasi KKM 2026.

Kejayaan ini turut melibatkan kerjasama strategik dengan Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK) melalui penggunaan Diabetes Behavioural Diagnosis Instrument (DBDI) sebagai instrumen untuk mengenal pasti profil tingkah laku pesakit diabetes berdasarkan skor penilaian dan maklumat klinikal. Pendekatan ini membantu merancang intervensi perubahan tingkah laku yang lebih bersasar dan bersesuaian dengan keperluan pesakit bagi menyokong pengurusan diabetes yang lebih berkesan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi berimpak tinggi dan berupaya merevolusi penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat.

SESI PERBINCANGAN KUMPULAN BERFOKUS (FGD) MALAYSIA SIHATPada 8 Oktober 2026, Pejabat Transformasi Kesihatan (HTO) bersam...
12/10/2026

SESI PERBINCANGAN KUMPULAN BERFOKUS (FGD) MALAYSIA SIHAT

Pada 8 Oktober 2026, Pejabat Transformasi Kesihatan (HTO) bersama Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), dengan sokongan Jabatan Kesihatan Negeri Perak, telah mengadakan sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) di Klinik Kesihatan Gunung Rapat, Perak.

Sesi ini bertujuan meneroka pandangan dan pengalaman masyarakat terhadap penggunaan aplikasi kesihatan digital, termasuk faktor yang mendorong dan menghalang penggunaannya.

Dapatan daripada sesi ini akan menjadi input penting kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pembangunan platform MalaysiaSihat yang lebih mesra pengguna, relevan dan responsif terhadap keperluan masyarakat.

Pada 3 Oktober 2026 (Sabtu) yang lepas, IPTK telah menganjurkan satu program TOT (Training of Trainers) bersama Jabatan ...
05/10/2026

Pada 3 Oktober 2026 (Sabtu) yang lepas, IPTK telah menganjurkan satu program TOT (Training of Trainers) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan menghimpunkan pasukan multidisiplin dari 26 Pasukan Kecemerlangan Diabetes (DCOE) seluruh Selangor bagi memperkasakan DCOE melalui penggunaan aplikasi Diabetes Behavioral Diagnosis Instrument (DBDI). Inisiatif ini bakal merevolusikan pengurusan penjagaan diabetes di Selangor dengan mengintegrasikan analisis tingkah laku pesakit ke dalam sistem sokongan klinikal sedia ada secara digital.

Program ini turut mendapat sokongan padu dengan kehadiran:

🔹 Pn. Zaikiah bt. Mohd Zin (Pengarah IPTK)
🔹 Dr. Siti Diyana bt. Ibrahim (NCD, JKN Selangor)
🔹 Dr. Muhammad Syazni bin Azmi, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Bahagian Kawalan Penyakit, KKM)
🔹 Dr. Chang Li Cheng dan Dr. Low Tiong Lim (Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Rawang)

Semoga inisiatif ini terus memacu kualiti rawatan yang lebih holistik dan menyeluruh untuk meningkatkan taraf kesihatan terutamanya dikalangan pesakit diabetes.

Terima kasih kami ucapkan atas perkongsian yang sangat menarik ini.
30/09/2026

Terima kasih kami ucapkan atas perkongsian yang sangat menarik ini.

Bagi mengukuhkan lagi kemahiran menggunakan pendekatan behavioural insights, pada 28-29 September 2026 Unit Behavioural ...
29/09/2026

Bagi mengukuhkan lagi kemahiran menggunakan pendekatan behavioural insights, pada 28-29 September 2026 Unit Behavioural Insights IPTK telah mengadakan Latihan Scenario-Based BI kepada kakitangan IPTK di Bilik Latihan Prochaska Aras 8.

Tujuan utama adalah untuk mengasah kemahiran dalam mengenal pasti isu tingkah laku, mendalami bias kognitif, diagnosa, pembentukan strategi dan penilaian projek. Pengarah IPTK, Pn. Zaikiah bt. Mohd. Zin turut serta sepanjang latihan diadakan menunjukkan komitmen dan sokongan padu beliau terhadap usaha ini.

Satu sesi perbincangan bagi pelaksanaan Bengkel Training of Trainers (TOT), Hala Tuju dan Penggunaan Aplikasi Diabetes B...
28/09/2026

Satu sesi perbincangan bagi pelaksanaan Bengkel Training of Trainers (TOT), Hala Tuju dan Penggunaan Aplikasi Diabetes Behavioural Diagnosis Instrument (DBDI) telah diadakan baru-baru ini di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.

IPTK menerusi Pusat Penyelidikan Penentuan Tingkahlaku Kesihatan bersama-sama
Sektor Kawalan Kardiorenal Metabolik, Bahagian Kawalan Penyakit dan Sektor Penjagaan Perubatan Primer, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga telah memperhalusi kandungan bengkel dan menetapkan objektif yang ingin dicapai menerusi usaha ini. DBDI akan dijadikan sebagai dokumen rujukan utama dalam Bengkel ini yang dijangka diadakan pada awal tahun 2027 merupakan satu usaha untuk memperkukuhkan perkhidmatan rawatan kepada pesakit T2DM melalui intervensi perubahan tingkah laku bersama rawatan klinikal sedia ada dengan menggunakan instrumen DBDI sebagai alat pengukur profil tingkah laku kesihatan pesakit sebelum intervensi.

Mesyuarat Pembangunan Kandungan Skop Pemakanan Sihat Bagi Indeks Cara Hidup Sihat Malaysia (Malaysian Healthy Lifestyle ...
22/09/2026

Mesyuarat Pembangunan Kandungan Skop Pemakanan Sihat Bagi Indeks Cara Hidup Sihat Malaysia (Malaysian Healthy Lifestyle Index - MHLI) 2028 telah diadakan pada 21 September 2026.

Objektif mesyuarat adalah untuk

i) Meneliti dapatan dan komponen MHLI 2024 sebagai input penambahbaikan MHLI 2028.
ii) Mengenal pasti komponen dan indikator tingkah laku pemakanan sihat yang sesuai untuk instrumen MHLI 2028.
iii) Menyelaras skop pemakanan MHLI berdasarkan kepentingan pemegang taruh khususnya Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Bahagian Pemakanan, KKM.

Terima kasih IPTK ucapkan kepada ahli mesyuarat khususnya pemegang taruh yang hadir dan memberi input yang jelas bagi memastikan pengukuran tahap tingkah laku pemakanan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dinilai dengan tepat.

Prose pengumpulan data Indeks Keselamatan Makanan Malaysia telah berlangsung di negeri Perlis pada 11-12 September 2026....
17/09/2026

Prose pengumpulan data Indeks Keselamatan Makanan Malaysia telah berlangsung di negeri Perlis pada 11-12 September 2026. Dengan kerjasama yang telah diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, proses ini berjalan dengan sangat lancar dan telah mencapai objektif yang disasarkan.

Address

Bangsar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60333627600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan:

Shortcuts

Share