IKSN

Call Directions

IKSN Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IKSN, Government Official, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Banting.

Institut Kemahiran Sukan Negara (sebelum ini dikenali sebagai IKBN Kuala Langat) merupakan institut kemahiran ke-20 yang dikendalikan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

IKSN DAN JERAM GOLF ACADEMY METERAI NOTA HASRAT PERKASA TENAGA KERJA PROFESIONAL INDUSTRI GOLF NEGARAJASIN, 15 Oktober 2...
17/10/2026

IKSN DAN JERAM GOLF ACADEMY METERAI NOTA HASRAT PERKASA TENAGA KERJA PROFESIONAL INDUSTRI GOLF NEGARA

JASIN, 15 Oktober 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama industri menerusi pemeteraian Nota Hasrat dengan Jeram Golf Academy (JGA) bagi memperkasa pembangunan kemahiran, pengiktirafan kompetensi serta meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja dalam industri golf negara.

Majlis pemeteraian tersebut berlangsung di Jasin Heritage Golf Club, Melaka, melibatkan Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah dan Pengarah Urusan Jeram Golf Management Sdn. Bhd., Encik Faizal Razak. Kerjasama strategik ini akan berkuat kuasa selama lima tahun bermula dari tarikh pemeteraian.

Majlis turut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKSN, Puan Zuraidah binti Yusoff serta dihadiri barisan pengurusan dan wakil industri.

Dalam ucapannya, Ts. Mohd Azmi menegaskan bahawa industri golf kini bukan sahaja berperanan sebagai sektor sukan dan rekreasi, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta membuka peluang kerjaya profesional kepada tenaga kerja tempatan.

Sehubungan itu, kerjasama ini memberi tumpuan kepada bidang Perkhidmatan Kedi Golf serta Operasi Golf dan Sukan, khususnya dalam memperkukuh kompetensi dan pengiktirafan kemahiran golongan belia, pelajar, graduan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) serta tenaga kerja industri sedia ada.

Menerusi kerjasama ini, IKSN dengan sokongan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) akan menyediakan kepakaran teknikal dan sokongan institusi, manakala JGA berperanan sebagai Pusat Penilaian Amali – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPA-PPT) yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Inisiatif ini membolehkan tenaga kerja industri golf mendapatkan pengiktirafan kompetensi secara rasmi melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), sekali gus meningkatkan profesionalisme dan prospek kerjaya mereka.

Selain itu, kerjasama ini turut membuka ruang kepada penempatan pekerjaan, pembangunan laluan kerjaya yang lebih sistematik serta penerapan teknologi dan digitalisasi dalam pengurusan tenaga kerja industri golf.

Majlis diakhiri dengan pertukaran folder kerjasama, penyerahan cenderahati dan sesi bergambar sebagai simbol komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuh ekosistem pembangunan tenaga kerja sukan negara.

Pemeteraian Nota Hasrat ini mencerminkan komitmen berterusan IKSN dalam memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui kerjasama industri yang berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi melahirkan tenaga kerja berkemahiran, kompeten dan berdaya saing.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

IKSN PERKUKUH PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MENERUSI BENGKEL PEMBANGUNAN DOKUMEN KKPKUALA LANGAT, 15 Ok...
17/10/2026

IKSN PERKUKUH PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MENERUSI BENGKEL PEMBANGUNAN DOKUMEN KKP

KUALA LANGAT, 15 Oktober 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menganjurkan Bengkel Semakan dan Pembangunan Dokumen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) pada 14 hingga 15 Oktober 2026 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Daerah Kuala Langat.

Bengkel ini melibatkan seramai 25 orang pegawai IKSN yang dilantik sebagai jawatankuasa penggubal bagi membangunkan manual rasmi KKP sebagai panduan kepada seluruh warga IKSN dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah melaksanakan semakan dan penambahbaikan dokumen merangkumi dasar keselamatan, prosedur kerja selamat, penilaian risiko serta pelan tindakan kecemasan dengan bimbingan dan input teknikal daripada penceramah jemputan.

Penganjuran bengkel ini merupakan antara usaha berterusan IKSN dalam memperkukuh pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, di samping menyediakan asas pelaksanaan audit dalaman, latihan berkala serta penambahbaikan pengurusan KKP secara sistematik.

Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen IKSN dalam membudayakan amalan kerja selamat serta meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab seluruh warga institut terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

IKSN RANGKUL PINGAT EMAS PEREKA 2026 DI BORNEO FESTIVAL OF IDEASKOTA KINABALU, 14 Oktober 2026 – Institut Kemahiran Suka...
17/10/2026

IKSN RANGKUL PINGAT EMAS PEREKA 2026 DI BORNEO FESTIVAL OF IDEAS

KOTA KINABALU, 14 Oktober 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) terus melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya merangkul Pingat Emas menerusi projek inovasi BIM Auto-Checking e-Profiling System™ (BIMCheck Pro™) dalam Pertandingan Rekacipta (PEREKA) 2026 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pertandingan yang berlangsung pada 13 hingga 14 Oktober 2026 ini merupakan sebahagian daripada penganjuran Borneo Festival of Ideas (BFOI) 2026 bertemakan “Transforming Ideas Into Impact”, yang menghimpunkan penyelidik, inovator, ahli akademik serta pemain industri bagi mengetengahkan hasil penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi.

Projek BIMCheck Pro™ yang dipertandingkan dalam kategori Engineering & Technology (EAT) telah diterajui dan dibentangkan oleh Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi bin Mohd Fuzi dari Jabatan Teknologi Awam IKSN.

Penganjuran PEREKA 2026 turut menjadi platform perkongsian ilmu, jaringan profesional dan peluang kolaborasi dalam memperkasakan pembangunan inovasi serta teknologi merentasi pelbagai bidang.

Kejayaan ini membuktikan keupayaan tenaga pengajar IKSN dalam menghasilkan inovasi berasaskan teknologi dan penyelidikan gunaan, sekali gus memperkukuh kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat kebangsaan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi bin Mohd Fuzi atas pencapaian cemerlang ini yang bukan sahaja mengharumkan nama IKSN, malah membuktikan komitmen institusi dalam melahirkan warga TVET yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

IKSN PERKUKUH HALA TUJU JABATAN TEKNOLOGI SUKAN GOLF MENERUSI LAWATAN DAN PERBINCANGAN STRATEGIKBUKIT KIARA, 14 Oktober ...
15/10/2026

IKSN PERKUKUH HALA TUJU JABATAN TEKNOLOGI SUKAN GOLF MENERUSI LAWATAN DAN PERBINCANGAN STRATEGIK

BUKIT KIARA, 14 Oktober 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah mengadakan lawatan dan sesi perbincangan strategik bagi memperkukuh hala tuju pengurusan serta pelaksanaan latihan Jabatan Teknologi Sukan Golf bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Lawatan ini diketuai oleh Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah, bersama Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Ketua Cawangan Hubungan Industri, Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti, pegawai Bahagian Pentadbiran serta pegawai-pegawai Jabatan Teknologi Sukan Golf.

Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada aspek pengurusan dan pentadbiran jabatan, penyelarasan operasi serta keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Perbincangan turut membuka ruang kepada pegawai terlibat untuk berkongsi pandangan, mengenal pasti cabaran serta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh kualiti latihan.

Melalui inisiatif ini, IKSN komited untuk memastikan pengurusan Jabatan Teknologi Sukan Golf terus diperkasakan secara sistematik dan berkesan, selaras dengan keperluan semasa industri sukan serta perkembangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Lawatan ini juga menjadi langkah proaktif IKSN dalam memperkukuh kecemerlangan latihan kemahiran sukan, sekali gus melahirkan tenaga mahir yang kompeten, profesional dan berdaya saing dalam industri golf negara.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

PROGRAM KITA BINCANG PODCAST :INISIATIF PROGRAM BELIA MEMBANTERAS JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN 20...
15/10/2026

PROGRAM KITA BINCANG PODCAST :
INISIATIF PROGRAM BELIA MEMBANTERAS JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN 2026

BANTING, 14 Oktober 2026 - Seramai 200 orang pelajar IKSN telah menyertai PROGRAM KITA BINCANG PODCAST (EDISI PENTAS) “INISIATIF PROGRAM BELIA MEMBANTERAS JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN 2026” anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Program telah dilaksanakan di Dewan Ibnu Sina, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN).

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran golongan belia, khususnya pelajar ILKBS, mengenai jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, termasuk taktik sindiket serta risiko eksploitasi manusia.

Program menampilkan Zack Merican Show sebagai moderator dan Abg Lawyer (Hafiz Baharuddin) sebagai panel jemputan. Turut hadir Puan Norazreen binti Sulaiman, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, JBSN, KBS.

Penganjuran program ini diharapkan dapat melahirkan belia yang lebih berwaspada, prihatin dan bertanggungjawab serta berperanan menyebarkan kesedaran kepada masyarakat dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

IKSN PROMOSI KEPAKARAN TERAPI SUKAN DI EKSPO INDUSTRI SUKAN 2026BUKIT JALIL, 9 Oktober 2026 – Jabatan Perkhidmatan Sukan...
13/10/2026

IKSN PROMOSI KEPAKARAN TERAPI SUKAN DI EKSPO INDUSTRI SUKAN 2026

BUKIT JALIL, 9 Oktober 2026 – Jabatan Perkhidmatan Sukan, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah menyertai Ekspo Industri Sukan 2026 sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Penyertaan ini adalah hasil jemputan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sebagai usaha mempromosikan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta memperkenalkan kepakaran IKSN dalam bidang Terapi Sukan kepada masyarakat.

Menerusi reruai pameran, Jabatan Perkhidmatan Sukan IKSN turut menawarkan perkhidmatan Corporate Massage kepada pengunjung sebagai pendedahan mengenai teknik penjagaan tubuh badan, pemulihan otot dan kepentingan terapi sukan dalam menyokong gaya hidup aktif dan sihat.

Ekspo yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober 2026 itu bagaimanapun hanya sempat dilaksanakan pada hari pertama sebelum pihak penganjur mengumumkan penangguhan program susulan keadaan jerebu. Tarikh baharu penganjuran masih menunggu pengumuman rasmi.

IKSN merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta pihak penganjur atas peluang penyertaan ini. Penglibatan tersebut mencerminkan komitmen berterusan IKSN dalam memperkasakan TVET, mengetengahkan kemahiran pelajar serta menyokong pembangunan industri sukan negara.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

KEMPEN MINYAK MASAK TERPAKAI ANJURAN JAWATANKUASA EKSA INSTITUT KEMAHIRAN SUKAN NEGARA BIL. 2 TAHUN 2026BANTING, 9 Oktob...
13/10/2026

KEMPEN MINYAK MASAK TERPAKAI ANJURAN JAWATANKUASA EKSA INSTITUT KEMAHIRAN SUKAN NEGARA BIL. 2 TAHUN 2026

BANTING, 9 Oktober 2026 - Program Jualan Minyak Masak Terpakai telah diadakan di IKSN hari ini, melibatkan penyertaan warga IKSN serta kontraktor pembekal dewan makan.

Hasil daripada program ini, sebanyak 117.15 kg minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan untuk tujuan jualan dan kitar semula. Pencapaian ini merupakan satu usaha positif dalam menggalakkan pengurusan sisa minyak masak secara terancang serta mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar.

Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengitar semula minyak masak terpakai dan memupuk amalan mesra alam dalam kalangan warga IKSN serta pihak kontraktor yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga IKSN serta kontraktor pembekal dewan makan atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga inisiatif ini dapat diteruskan secara berterusan demi menyokong usaha kelestarian alam sekitar.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

JOM MASUK INSTITUT KEMAHIRAN SUKAN NEGARA‼️PERMOHONAN KE IKSN BAGI SESI 1/2027KURSUS YANG DITAWARKAN1️⃣ SKI 03 - SIJIL L...
06/10/2026

JOM MASUK INSTITUT KEMAHIRAN SUKAN NEGARA‼️

PERMOHONAN KE IKSN BAGI SESI 1/2027

KURSUS YANG DITAWARKAN

1️⃣ SKI 03 - SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA - MULTIMEDIA INTERAKTIF (SKM 3)

2️⃣ SJM 03 - SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI TERAPI SUKAN (SKM 3)

3️⃣ SFF 03 - SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI FOTOGRAFI (SKM 3)

4️⃣SJT 23 - SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI SUKAN (SUKAN BERMOTOR 4 RODA) (SKM 3 SAMBUNG TAHAP )

5️⃣MSC 01 - SIJIL TEKNOLOGI SUKAN (OPERASI PERKHIDMATAN KEDI GOLF)

KEMUDAHAN :

🏬 Asrama DISEDIAKAN
♨ Makan DISEDIAKAN
💵 Elaun setiap bulan DISEDIAKAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN JURUSAN :

✅ SIJIL
📌 TAMAT TINGKATAN 5
📌 BAGI JURUSAN TEKNOLOGI SUKAN PERMOTORAN CALON PERLU MEMPUNYAI SEKURANG-KURANGNYA SKM TAHAP 2 BAGI MANA-MANA BIDANG
PERKHIDMATAN PEMBAIKAN – KENDERAAN RINGAN
KENDERAAN PERDAGANGAN – SERVIS PEMBAIKAN

PEMOHON ADALAH WAJIB :
✅ BERUMUR 18-30 TAHUN
✅ TAMAT TINGKATAN 5
✅ SIHAT TUBUH BADAN

Untuk pemohon yang berminat sila isi permohonan online yang disediakan dibawah :

https://mohon.tvet.gov.my/

TARIKH AKHIR PERMOHONAN 16 NOVEMBER 2026

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai seperti no di bawah :
Puan Jihan - 01139505094
En Aizard - 0148558248

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP PEROLEHAN PERALATAN DAN NAIK TARAF FASILITI BAGI KEPERLUAN LATIHAN TERAPI SUKAN (LELAKI & ...
06/10/2026

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP PEROLEHAN PERALATAN DAN NAIK TARAF FASILITI BAGI KEPERLUAN LATIHAN TERAPI SUKAN (LELAKI & WANITA)

KUALA LANGAT, 6 Oktober 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) hari ini menerima secara rasmi projek siap Perolehan Peralatan dan Naik Taraf Fasiliti bagi Keperluan Latihan Terapi Sukan (Lelaki & Wanita) menerusi satu majlis penyerahan yang berlangsung di perkarangan bangunan baharu Terapi Sukan, IKSN.

Penyerahan ini melibatkan projek fizikal yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Langat sebagai penguasa projek.

Acara dimulakan dengan ucapan oleh Ir. Hanif bin Latif, Jurutera Daerah Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa, diikuti ucapan oleh Ts. Mohd Azmi bin Pelah, Pengarah Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN).

Seterusnya, sesi menandatangani Perakuan Kerja Siap oleh pihak JKR dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui IKSN diadakan, sekali gus menandakan penyempurnaan dan penyerahan rasmi projek tersebut.

Sebagai simbolik penyerahan, kunci bangunan baharu Terapi Sukan telah diserahkan oleh Ir. Hanif bin Latif mewakili JKR kepada Ts. Mohd Azmi bin Pelah mewakili IKSN.

Pelaksanaan projek ini melibatkan kerja-kerja naik taraf fasiliti bagi menyiapkan ruang pejabat, gimnasium dan studio untuk memenuhi keperluan latihan Terapi Sukan lelaki dan wanita. Kemudahan yang disediakan bakal memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi ruang latihan yang lebih kondusif kepada pelajar dalam meningkatkan kompetensi dan kemahiran praktikal bidang Terapi Sukan.

Turut hadir ialah wakil Kementerian Belia dan Sukan, JKR Selangor, JKR Kuala Langat, pasukan perunding dan kontraktor, serta pegawai dan warga IKSN.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

9 PELAJAR MOTORSPORTS IKSN TIMBA PENGALAMAN SEBAGAI SUKARELAWAN FORMULA 1SEPANG, 4 Oktober 2026 – Seramai sembilan orang...
06/10/2026

9 PELAJAR MOTORSPORTS IKSN TIMBA PENGALAMAN SEBAGAI SUKARELAWAN FORMULA 1

SEPANG, 4 Oktober 2026 – Seramai sembilan orang pelajar Jabatan Teknologi Sukan Permotoran (JTSP), Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah terpilih menyertai program sukarelawan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada 1-4 Oktober 2026 yqng lalu.

Penyertaan pelajar JTSP IKSN diketuai oleh Encik Mohd Norhisam bin Kamarudzaman selaku pegawai pengiring. Penglibatan ini memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar terhadap pengurusan dan operasi acara sukan permotoran bertaraf antarabangsa.

Sepanjang program, para pelajar berpeluang menimba pengalaman dalam persekitaran sebenar industri motorsport, sekali gus memperkukuh aspek kemahiran teknikal, disiplin, komunikasi, kerja berpasukan serta profesionalisme yang menjadi elemen penting dalam pembangunan graduan TVET berkualiti.

Penyertaan tersebut juga menjadi platform pembelajaran berasaskan pengalaman yang amat bernilai kepada pelajar JTSP apabila mereka dapat melihat sendiri standard kerja, koordinasi serta keperluan operasi dalam penganjuran acara sukan permotoran berskala besar.

Penganjuran kali ini turut mencatatkan kehadiran seramai 264,000 penonton, sekali gus memberikan pengalaman unik kepada para pelajar untuk terlibat dalam suasana acara yang menerima sambutan luar biasa daripada peminat sukan permotoran.

IKSN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, urus setia, sukarelawan serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam memberi ruang serta peluang kepada pelajar IKSN memperoleh pengalaman industri yang bermakna.

Penglibatan ini selaras dengan komitmen IKSN dalam melahirkan graduan TVET yang berkemahiran, berdisiplin, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri, khususnya dalam sektor sukan permotoran.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

Address

Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN)
Banting
47200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60331802128

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKSN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share