Pd Kg Sg Kelambu, Banting, Selangor

Directions

Pd Kg Sg Kelambu, Banting, Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pd Kg Sg Kelambu, Banting, Selangor, Government Organization, Jalan Semarak 3 Kampung Sungai Kelambu, Banting.

21/10/2026

Waze dilarang: Bukan sekadar soal mencari jalan

Sebelum keluar rumah, ramai antara kita akan buka Waze. Bukan sebab tak tahu jalan, tetapi nak tahu jalan mana yang kurang sesak, ada kemalangan atau sekatan lalu lintas.

Namun, pernah terfikir bahawa setiap kali kita menggunakan aplikasi navigasi, kita juga berkongsi maklumat tentang lokasi dan pergerakan kita?

Waze merupakan aplikasi navigasi yang berasal dari Israel sebelum diambil alih oleh Google pada tahun 2013. Aplikasi ini menggunakan data lokasi dan maklumat daripada komuniti pengguna untuk memberikan panduan trafik secara masa nyata.

Pada 20 Oktober 2026, Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah memutuskan larangan penggunaan Waze dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Arahan yang dimaklumkan melalui surat Ketua Setiausaha Negara itu berkuat kuasa serta-merta.

Mengapa larangan ini penting?

Data lokasi bukan sekadar menunjukkan di mana seseorang berada.

Apabila dikumpulkan dari semasa ke semasa, data pergerakan berpotensi mendedahkan rutin harian, tempat yang kerap dikunjungi, corak perjalanan dan lokasi tertentu yang mempunyai kepentingan strategik.

Bagi penjawat awam, khususnya mereka yang terlibat dengan urusan keselamatan, pentadbiran dan fasiliti penting kerajaan, pengurusan risiko seperti ini perlu diberikan perhatian.

Ini bukan bermaksud terdapat bukti bahawa semua data pengguna Waze telah disalahgunakan.

Sebaliknya, keputusan tersebut boleh dilihat sebagai langkah pencegahan berdasarkan pertimbangan keselamatan siber dan kepentingan negara.

Kita menyokong langkah kerajaan untuk memperkukuh keselamatan data, termasuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi yang menimbulkan kebimbangan keselamatan.

Sudah tentu, perubahan ini memerlukan penyesuaian. Pengguna memerlukan alternatif navigasi yang praktikal, tepat dan mudah digunakan. Keselamatan serta perlindungan data alternatif tersebut juga perlu dinilai.

Larangan ini khusus kepada anggota perkhidmatan awam, bukannya larangan menyeluruh terhadap semua rakyat Malaysia.

Dalam dunia digital hari ini, keselamatan negara bukan hanya berkaitan sempadan fizikal, bangunan atau aset pertahanan.

Ia juga berkaitan dengan data yang kita hasilkan setiap hari.

Kadang-kadang, perkara yang nampak sekecil satu titik bergerak di atas peta sebenarnya membawa maklumat yang jauh lebih besar.

Keselesaan itu penting. Tetapi apabila melibatkan keselamatan negara, langkah pencegahan juga wajar diberi keutamaan.

Public Health Malaysia

21/10/2026

BUKAN SEMUA TIUB YANG MASUK MELALUI HIDUNG AKAN SAMPAI KE PERUT.

Satu perkongsian di Threads menceritakan bagaimana seorang pesakit dibawa ke klinik selepas tiub Ryles yang dipasang di rumah dipercayai tersalah kedudukan.

Menurut perkongsian tersebut, tiub berkenaan ditemui di kawasan sinus. Butiran kes ini belum dapat disahkan secara bebas.

Namun, ada satu perkara penting yang semua penjaga pesakit perlu tahu.

Memasukkan tiub Ryles (nasogastric tube) bukan sekadar memasukkan tiub melalui hidung.

Tiub ini sepatutnya melalui saluran makanan dan berakhir di dalam perut.

Jika tersalah kedudukan, tiub boleh terlipat dalam rongga hidung atau tekak, malah memasuki saluran pernafasan.

Jika makanan, air atau ubat diberikan melalui tiub yang tersalah kedudukan, komplikasinya boleh menjadi sangat serius, termasuk pneumonia aspirasi dan kematian.

BOLEHKAH PENJAGA DI RUMAH MEMASANG TIUB RYLES?

Boleh dalam keadaan tertentu, tetapi bukan sewenang-wenangnya.

Penjaga perlu mendapat latihan, dinilai kompeten dan mengikuti pelan penjagaan yang ditetapkan oleh pasukan kesihatan.

Paling penting, kedudukan tiub mesti disahkan dengan kaedah yang betul sebelum digunakan. Antaranya pemeriksaan pH cecair aspirat atau X-ray apabila diperlukan.

Jangan bergantung kepada bunyi udara yang dimasukkan melalui tiub sebagai bukti kedudukannya betul.

Jika tiub sukar dimasukkan, tersumbat atau kedudukannya diragui, jangan paksa, jangan masukkan makanan atau ubat. Dapatkan bantuan petugas kesihatan.

Menjaga orang sakit memerlukan kasih sayang. Tetapi kasih sayang sahaja tidak mencukupi tanpa pengetahuan dan kemahiran yang betul.

Niat kita mahu membantu. Jangan sampai tindakan yang tidak selamat membahayakan nyawa orang tersayang.

PUBLIC HEALTH MALAYSIA

🌻Mutiara Kata🌻
21/10/2026

🌻Mutiara Kata🌻

21/10/2026

πŸ“Ί ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆ ππ„π‘πˆπ“π€ ππˆπ‰π€πŠ πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π“

πŸŽ™οΈ Ada gaya penyampai berita? Ada suara yang yakin? Berani tampil di hadapan kamera?

Inilah peluang anda untuk menyerlah!

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menjemput murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 untuk menyertai Pertandingan Penyampai Berita Bijak Maklumat sempena Minggu Literasi Media dan Maklumat 2026.

Dan jangan risau kalau terfikir, β€œNak baca berita apa?”

πŸ“„ Kami sediakan skrip, ANDA baca sahaja!

Tak perlu pening fikir kandungan berita. Datang, baca skrip yang disediakan dan tunjukkan kebolehan anda melalui sebutan yang jelas, intonasi yang menarik, penyampaian yang lancar dan penuh keyakinan.

πŸ”₯ Jangan sekadar tengok berita β€” kali ini, ANDA p**a yang sampaikan berita!
πŸ† Tampilkan keyakinan, serlahkan bakat dan rebut hadiah menarik!

πŸ“… 24 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ•™ 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Pawagam Mini, Aras 4, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia
βœ… Penyertaan adalah PERCUMA
πŸŽ“ Terbuka kepada murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5
πŸ“„ Skrip berita disediakan

πŸ”— Daftar sekarang dan semak syarat penyertaan:
https://forms.gle/QwX9otVgJvAAhu8o7

Pertandingan ini merupakan antara pengisian Minggu Literasi Media dan Maklumat 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 25 Oktober 2026 di Perpustakaan Negara Malaysia.

πŸ”— Lihat keseluruhan program dan aktiviti MLMM 2026:
https://drive.google.com/drive/folders/1zqOl56Ujx4Uw--Ozkw8wyh3LgAZ4JLkt?usp=sharing

Selaras dengan tema β€œKita Semua Ada Peranan – Literasi Media dan Maklumat untuk Rakyat”, MLMM 2026 menghimpunkan pelbagai program dan aktiviti yang memberi peluang kepada masyarakat untuk belajar, meneroka, mencipta dan membina kemahiran dalam persekitaran maklumat yang semakin berkembang.

✨ Skrip kami sediakan. Suara dan gaya daripada anda. Pentas menanti!

🌻Kuiz Kepimpinan Dan Pembangunan Sahsiah 1🌻
21/10/2026

🌻Kuiz Kepimpinan Dan Pembangunan Sahsiah 1🌻

20/10/2026
18/10/2026
16/10/2026

Jemput datang esok!!!!
Program Sentuhan Komuniti Bestari, Negeri Selangor PNM KG Bukit Kerayong 1...πŸ€—πŸ€—πŸ€—

PerpustakaanDesa SgKelambu

Jemput datang esok!!!!Program Sentuhan Komuniti Bestari, Negeri Selangor  PNM KG Bukit Kerayong 1...πŸ€—πŸ€—πŸ€—
16/10/2026

Jemput datang esok!!!!
Program Sentuhan Komuniti Bestari, Negeri Selangor PNM KG Bukit Kerayong 1...πŸ€—πŸ€—πŸ€—

Address

Jalan Semarak 3 Kampung Sungai Kelambu
Banting
42700

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 05:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pd Kg Sg Kelambu, Banting, Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share