Pusat Sumber Dandan Bakty Raja, SK Bandar

Call Directions Contact the organization

Pusat Sumber Dandan Bakty Raja, SK Bandar SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI PUSAT SUMBER SK BANDAR, JALAN ISTANA LAMA BANTING

02/10/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
🎉 TAHNIAH & SELAMAT DATANG 🎉
Warga SK Bandar mengucapkan selamat datang kepada tiga orang guru baharu yang telah melapor diri untuk bersama-sama mencurahkan bakti dan mendidik anak-anak SKEDAR.

👩🏻‍🏫 CIKGU NUR AYUNI BINTI MOHD KHALID
📅 Lapor diri: 28/09/2026
📚 Opsyen: Bahasa Inggeris

👩🏻‍🏫 CIKGU NUR ARIFAH BINTI MUHAMMAD SAAD
📅 Lapor diri: 28/09/2026
📚 Opsyen: Bahasa Melayu

👩🏻‍🏫 CIKGU NUR ASMIDA BINTI AHMAD
📅 Lapor diri: 06/07/2026
📚 Opsyen: Bahasa Melayu

Semoga kehadiran cikgu bertiga menambahkan lagi keceriaan, semangat dan kekuatan dalam keluarga besar SK Bandar.
🌷 Selamat datang ke SK Bandar dan selamat menjalankan tugas!
Semoga terus maju, dipermudahkan segala urusan dan mencipta banyak kenangan indah bersama warga SKEDAR.
TAHNIAH & SELAMAT DATANG! 🎉
Ikhlas daripada:
❤️ Warga SKEDAR

02/10/2026
27/09/2026

📚✨ BADGE PSS SKeDAR : IMBAS, BACA, BERJAYA! ✨📚

Kini PSS SKeDAR tampil dengan Badge PSS SKeDAR, satu inovasi yang menghubungkan identiti murid dengan budaya membaca dan penggunaan sumber digital. 📖💻

Melalui badge ini, murid diperkenalkan kepada Pusat Sumber Dandan Bakti serta RAK MAYA Dandan Bakti sebagai ruang pembelajaran digital yang mudah diakses, menarik dan interaktif.

🌟 Satu badge, satu identiti, satu langkah ke arah budaya membaca!

Jom kenali inovasi PSS SKeDAR dan bersama-sama semarakkan budaya membaca, meneroka dan mencari ilmu. ❤️📚






Tahniah SKeDAR ROYALS atas kejayaannya. Tempat ketiga bersama🦾
26/09/2026

Tahniah SKeDAR ROYALS atas kejayaannya. Tempat ketiga bersama🦾

🎨✨ FESTIVAL SENIAGA SKJ 2026 MELABUHKAN TIRAI ✨🎨Alhamdulillah, Festival Seniaga SKJ 2026 telah melabuhkan tirainya denga...
26/09/2026

🎨✨ FESTIVAL SENIAGA SKJ 2026 MELABUHKAN TIRAI ✨🎨

Alhamdulillah, Festival Seniaga SKJ 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kenangan dan kejayaan. 🌷

🏆 Tahniah SK Bandar kerana berjaya merangkul Johan Pertandingan Kolaj! 🎉👏

Kejayaan ini pastinya tidak akan tercapai tanpa kerjasama, komitmen dan sokongan semua guru yang sanggup meluangkan masa serta tenaga sepanjang persiapan dan pelaksanaan festival.

Terima kasih, cikgu-cikgu, atas segala kerjasama dan pengorbanan masa yang diberikan. Setiap usaha, sekecil mana pun, amat bermakna dalam menjayakan kejayaan kita bersama. 🤍

Tahniah dan syabas buat seluruh warga SK Bandar! 🌟

🌷 Majlis Perpisahan 🌷Ada pertemuan yang singkat, namun meninggalkan kenangan yang panjang.Selamat jalan buat Ustazah Nur...
26/09/2026

🌷 Majlis Perpisahan 🌷

Ada pertemuan yang singkat, namun meninggalkan kenangan yang panjang.

Selamat jalan buat Ustazah Nurul Hidayah yang akan meneruskan khidmat di SK Kanchong Tengah, serta Teacher Azlin Syafinaz yang akan melangkah ke SK Sri Changkak Perak.

Terima kasih atas segala jasa, senyuman, bantuan dan kenangan yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kita di SK Bandar. Semoga langkah baharu ini membawa lebih banyak pengalaman, rezeki dan kebahagiaan. 🤍

Pergi ke taman memetik selasih,
Harumnya mekar di tepi halaman;
Walau berpisah membawa kasih,
Jasa dan kenangan kekal di ingatan. 🌹

Selamat melangkah ke tempat baharu, Ustazah Nurul Hidayah & Teacher Azlin Syafinaz.
Pergilah dengan doa kami, dan pulanglah sesekali membawa cerita. 🤍

Tahniah diucapkan untuk kelas 3C dan 4C
24/09/2026

Tahniah diucapkan untuk kelas 3C dan 4C

22/09/2026

☕🔥 JOM SAKSIKAN INOVASI SKeDAR! 🔥☕

Tahukah anda? Hampas kopi bukan sekadar sisa! 🌱♻️
Melalui kreativiti dan inovasi, sisa kopi boleh ditransformasikan kepada sesuatu yang lebih bermanfaat.

📚✨ Saksikan video inovasi “ARANG DARIPADA HAMPAS KOPI – Coffee Briq” hasil kreativiti warga SKeDAR Royals.

🌿 Kecilkan sisa, besarkan manfaat!
♻️ Reuse • Transform • Value • Education

🎥 Jom kita tonton video ini bersama-sama dan lihat bagaimana idea kecil mampu menghasilkan manfaat yang besar!

👍 Jangan lupa LIKE ❤️, KOMEN 💬 & KONGSI 🔄 supaya lebih ramai dapat melihat dan menyokong usaha inovasi anak-anak SKeDAR!




21/09/2026

Address

SK Bandar, Jalan Istana Lama, Kampung Bandar
Banting
42700

Telephone

+60331202645

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber Dandan Bakty Raja, SK Bandar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Sumber Dandan Bakty Raja, SK Bandar:

Shortcuts

Share

Category