Majlis Perbandaran Kuala Langat

Call Directions Website

Majlis Perbandaran Kuala Langat Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor

𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓Tarikh tutup penyertaan : 27 Oktober 2026 (Selasa) seb...
09/10/2026

𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓

Tarikh tutup penyertaan : 27 Oktober 2026 (Selasa) sebelum Jam 4.30 Petang.

Boleh didapati di laman sesawang MPKL https://www.mpkl.gov.my/ atau Imbas kod QR untuk iklan penuh.

Untuk keterangan lanjut, Sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKL melalui talian 03-3853 0303 sambungan 1504/1505.





09/10/2026

Ikuti secara langsung Pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Datuk S...

08/10/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔.

Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah. Keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat dan kilat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak. Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan. Hubungi talian Hotline 1300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.





08/10/2026

🌊 **PERSEDIAAN MENGHADAPI AIR PASANG BESAR** 🌊

Berikut merupakan **jadual air pasang besar dan ramalan cuaca di Stesen Pelabuhan Klang** bagi kawasan **Daerah Kuala Langat** bermula **9 hingga 14 Oktober 2026**.

⚠️ **Berdasarkan ramalan, paras air laut tertinggi dijangka mencecah sehingga 5.4 meter.**

Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan agar:

🔹 Sentiasa peka terhadap keadaan cuaca dan persekitaran semasa.
🔹 Membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan berlakunya limpahan air.
🔹 Memastikan dokumen penting, barangan berharga dan keperluan asas disimpan di tempat yang selamat.
🔹 Sentiasa mengikuti maklumat dan arahan daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

**Utamakan keselamatan diri dan keluarga. Bersedia lebih awal dan sentiasa berwaspada.**

📅 **8 Oktober 2026**
🏢 **Pusat Operasi Bencana Daerah Kuala Langat**




Lawatan Tapak ”Walkabout” projek-projek pembangunan Jabatan Landskap bersama Yang Dipertua Pertua Majlis Perbandaran Kua...
08/10/2026

Lawatan Tapak ”Walkabout” projek-projek pembangunan Jabatan Landskap bersama Yang Dipertua Pertua Majlis Perbandaran Kuala Langat.

7 Oktober 2026 | Kuala Langat – Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) meneruskan komitmen memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat menerusi sesi lawatan tapak ke beberapa projek pembangunan dan penambahbaikan di Sekitar Kuala Langat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), YBrs. Tuan Amri bin Ismail, bersama Timbalan Yang Dipertua, YBrs. Tuan Ahmad Zaki bin Yusof, serta barisan Pengarah MPKL telah mengadakan lawatan tapak ke 4 lokasi penting di sekitar Kuala Langat. Antara lokasi yang ditinjau ialah Dataran Tanjong, Pantai Cunang, Dataran Pantai Morib dan Banting Baru.

Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa tapak serta mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai perkembangan awal projek, di samping memastikan aspek perancangan, pembangunan dan penyediaan fasiliti diberi perhatian sewajarnya bagi memenuhi keperluan masyarakat. Pendekatan turun padang dan pemantauan secara berterusan ini penting bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dilaksanakan MPKL benar-benar memberikan nilai tambah kepada komuniti serta menyokong aspirasi Kuala Langat sebagai daerah yang terancang, bersih, selesa dan sejahtera.




𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐙𝐎𝐍 𝟐𝟏 𝐌𝐏𝐊𝐋BANTING, 4 Oktober 2026 — Program Goton...
06/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐙𝐎𝐍 𝟐𝟏 𝐌𝐏𝐊𝐋

BANTING, 4 Oktober 2026 — Program Gotong Royong Perdana di Jalan Biduk 2/7, Taman Seri Dagang telah berjaya dilaksanakan pada Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini merupakan inisiatif Ahli Majlis Kawasan MPP Zon 21, Puan Zairina binti Muzaini dengan penglibatan bersama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSPKP), KDEBWM, wakil penduduk serta komuniti setempat Persatuan Penduduk Taman Seri Dagang 3.

Aktiviti gotong-royong ini dilaksanakan sebagai tindakan susulan bagi menangani aduan yang diterima daripada penduduk setempat, di samping memastikan kawasan persekitaran berada dalam keadaan bersih, teratur dan selesa. Usaha ini juga mencerminkan komitmen MPKL dalam memberikan perkhidmatan yang responsif terhadap aduan serta meningkatkan kualiti persekitaran kawasan kediaman.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐙𝐎𝐍 𝟏𝟐 𝐌𝐏𝐊𝐋BUKIT CHANGGANG, 4 Oktober 2026 — Program Goton...
06/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐙𝐎𝐍 𝟏𝟐 𝐌𝐏𝐊𝐋

BUKIT CHANGGANG, 4 Oktober 2026 — Program Gotong Royong di Flat Taman Langat Murni telah berjaya dilaksanakan pada Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini merupakan inisiatif Ahli Majlis Kawasan MPP Zon 12, Puan P. Umananthini A/P Gnanapragasam dengan penglibatan bersama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSPKP), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), KDEBWM, wakil penduduk serta komuniti setempat Persatuan Penduduk Taman Langat Murni.

Aktiviti gotong-royong ini tertumpu di Blok D2 dan Blok BB sebagai tindakan bersepadu bagi menangani penularan wabak denggi di sekitar kawasan tersebut.
Kerja-kerja pembersihan melibatkan pelupusan sampah serta pembersihan kawasan semak samun yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam menjayakan program ini amat penting bagi memastikan persekitaran kediaman sentiasa bersih, selamat dan selesa, di samping meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan menjaga kebersihan serta mencegah penularan demam denggi.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐈𝐌𝐁𝐎𝐋𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐍𝐔𝐓𝐑𝐈𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 (𝐍𝐔𝐓𝐑𝐈𝐒𝐄𝐋) 𝟐𝟎𝟐𝟔TELUK PANGLIMA GARANG, 5 OKTOBER 2026 – Sekitar Majli...
05/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐈𝐌𝐁𝐎𝐋𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐍𝐔𝐓𝐑𝐈𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 (𝐍𝐔𝐓𝐑𝐈𝐒𝐄𝐋) 𝟐𝟎𝟐𝟔

TELUK PANGLIMA GARANG, 5 OKTOBER 2026 – Sekitar Majlis Simbolik Penyerahan Program Nutrisi Selangor (NutriSel) Peringkat MPKL 2026 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Panglima Garang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang.

Pelaksanaan NutriSel di kawasan pentadbiran MPKL melibatkan seramai 8,616 pelajar daripada 78 buah sekolah bagi tempoh Ogos hingga Oktober 2026. Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor ini memberi tumpuan kepada pelajar daripada keluarga B40 dalam usaha membantu meringankan beban keluarga serta memastikan keperluan nutrisi pelajar diberi perhatian bagi menyokong pembelajaran dan kesejahteraan mereka.

Turut hadir, YB Datuk Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor; YBhg. Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan); YBhg. Dato’ Amirul Azizan bin Abd. Rahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan); Tuan Haji Yusaini bin Salleh, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor; YBrs. Tuan Ahmad Zaki bin Yusof, Timbalan Yang Dipertua MPKL; Ahli-ahli Majlis, pegawai-pegawai MPKL serta para guru.

Inisiatif ini mencerminkan kerjasama berterusan antara Kerajaan Negeri Selangor, MPKL dan pihak pendidikan dalam memastikan penyampaian inisiatif kesejahteraan rakyat dilaksanakan secara bersasar, khususnya bagi menyokong keperluan pemakanan, pembelajaran dan pembangunan generasi muda.








PROGRAM KERJASAMA MENDAKI KE BUKIT JUGRA.3 Oktober 2026 - Kelab Kebajikan dan Sukan Elite BKP, Jabatan Perdana Menteri d...
03/10/2026

PROGRAM KERJASAMA MENDAKI KE BUKIT JUGRA.

3 Oktober 2026 - Kelab Kebajikan dan Sukan Elite BKP, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Langat telah menganjurkan Program Kerjasama Mendaki ke Bukit Jugra.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta melalui aktiviti riadah dan rekreasi.

Semoga program ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada semua peserta serta memperkukuh semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga kerja.





02/10/2026

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak • Kelantan (Machang dan Pasir Puteh) • Terengganu (Hulu Terengganu, Besut dan Setiu) • Pahang (Rompin, Pekan dan Jerantut) • Selangor (Petaling, Sepang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang, Kuala Langat dan Gombak) • W.P. Kuala Lumpur • W.P. Putrajaya • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin) • Melaka (Jasin dan Alor Gajah) • Johor (Mersing, Tangkak, Muar dan Batu Pahat) • Sarawak: Sarikei (Maradong dan Sarikei), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Sibu (Selangau), Kuching, Kapit (Kapit dan Belaga), Limbang • Sabah: Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Pedalaman (Tambunan, Sook, Keningau, Sipitang, Tenom dan Pensiangan), Tawau (Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Kalabakan), Sandakan (Kinabatangan, Paitan, Sandakan, Labuk & Sugut dan Telupid), Kudat (Kota Marudu dan Pitas) sehingga 7:00 Malam; Jumaat, 2 Oktober 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada 4:00 petang, 2 Oktober 2026




Address

Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

0331872825

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Kuala Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share