Klinik Kesihatan Batu Arang

Call Directions Contact the organization

Klinik Kesihatan Batu Arang FB page ini hanya untuk kongsi berkaitan KKBA dan kesihatan. Tiada direct /private messenger

Terima kasih

Sebarang pertanyaan sila berhubung melalui talian 03-60352287 (waktu pejabat sahaja), temujanji melalui myVas/MySejahtera atau ke klinik.

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 69 telah diadakan pada Jumaat 28/8/2026 jam 3 petang di perkarangan klinik. Anjuran Panel P...
01/09/2026

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 69 telah diadakan pada Jumaat 28/8/2026 jam 3 petang di perkarangan klinik. Anjuran Panel Penasihat KK Batu Arang bersama Kelab Warga Emas KKBA

Tema: “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

"Satu hati, satu jiwa, satu Malaysia.
Selamat Hari Merdeka!
Bangga menjadi anak Malaysia."

"Perpaduan adalah kekuatan kita sebagai rakyat dan sebuah negara."

PROGRAM REMAJA pada tahun 2026 telah berjalan dengan lancar pada hari Sabtu, 27/6/2026 bermula 7.30pagi sehingga 1petang...
27/06/2026

PROGRAM REMAJA pada tahun 2026 telah berjalan dengan lancar pada hari Sabtu, 27/6/2026 bermula 7.30pagi sehingga 1petang

Tema:
'Fahami Perubahan, Bina Keyakinan'

Tempat: SMK Tunku Abdul Rahman, Batu Arang

Anjuran : Panel Penasihat KK Batu Arang, kerjasama SMK Tunku Abdul Rahman dan unit-unit daripada PKD Gombak (Unit Promosi, Unit Pemakanan, Unit Terapi Cara Kerja, Unit Fisioterapi, Unit Pasukan Sekolah, Unit Farmasi) dan Unit ADDK.

Peserta yang terlibat ialah seramai 57 para pelajar tingkatan 1&2 bersama ibu bapa masing-masing.

Terima kasih kepada perasmi iaitu Dr Kathikeyanathan (Pakar Kesihatan Awam dan Ketua Unit BPKK PKD Gombak), penceramah jemputan iaitu Dr Siti Umi Fairuz (Pakar Kesihatan Keluarga, Subkepakaran Adolescents), Tuan Anmuniandy (Ahli Majlis Zon 16 MPS), barisan tetamu kehormat, warga pendidik SMK TAR, ibu bapa, para pelajar dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Semoga program yang telah dilaksanakan ini dapat memberi banyak manfaat kepada para pelajar dan ibu bapa serta semua guru yang terlibat.

"KENALI DIRI, YAKINI MASA DEPAN,
JADILAH VERSI TERBAIK DIRI MU"

27/06/2026

Program Remaja
'Fahami Perubahan, Bina Keyakinan'
Anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Batu Arang kerjasama bersama SMK Tunku Abdul Rahman

26/06/2026
20/06/2026

Anak mula demam, ada ruam atau ulser? Lakukan isolasi di rumah dengan segera!

Jika anak anda menunjukkan gejala awal penyakit tangan, kaki dan mulut, tindakan pantas anda di rumah sangat penting untuk menghentikan rantaian jangkitan daripada merebak kepada ahli keluarga yang lain atau rakan-rakan sebayanya.

Jika gejala anak semakin membimbangkan, jangan tunggu lagi. Bawa anak anda ke klinik untuk rawatan dengan segera! 🩺🏥




Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

20/06/2026
11/06/2026
11/06/2026

📢 Akan Datang di Aplikasi MySejahtera: Modul MyLapor!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal memperkenalkan modul MyLapor, sebuah modul aduan merokok berpusatkan rakyat secara masa nyata (real-time) menerusi aplikasi MySejahtera.

Selepas ini, lebih mudah untuk kita bersama-sama memainkan peranan melaporkan sebarang perlanggaran berkaitan produk merokok atau v**e demi kesihatan komuniti. Sama-sama kita jaga komuniti kita! 🚭✨






Sumber : MySejahtera

Majlis Penyerahan Sumbangan Water Purifier dan Air Humidifier yang disampaikan oleh YB Chua Wei Kiat dan Tuan Anmuniandy...
08/05/2026

Majlis Penyerahan Sumbangan Water Purifier dan Air Humidifier yang disampaikan oleh YB Chua Wei Kiat dan Tuan Anmuniandy a/l Vellymalai kepada Dr Arputajulie (Ketua Klinik) dan Tuan Haji Azman (Pengerusi Panel Penasihat) Klinik Kesihatan Batu Arang.

Terima kasih diatas sumbangan.
Semoga memberi manfaat kepada semua.
Kita sama-sama doakan semoga lebih banyak penambahbaikan dapat dilaksanakan 😃



Address

JKR G/1325 Batu Arang
Batu Arang
48100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60360352287

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Batu Arang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Klinik Kesihatan Batu Arang:

Shortcuts

Share