22/10/2026
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔
📅 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 9.30 pagi
📍 Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung, Aras 4, Bangunan FAMA Point, Bandar Baru Selayang
Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah FAMA Bil. 2/2026 telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Mesyuarat turut dihadiri oleh YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA, ahli-ahli Lembaga Pengarah FAMA serta wakil kementerian dan pegawai yang terlibat.
Mesyuarat merangkumi pembentangan kertas kerja dan perbincangan berkaitan perkara-perkara dalam agenda mesyuarat bagi menyokong pengurusan organisasi serta memperkukuh pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab FAMA.
FAMA komited untuk terus memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kecekapan organisasi dalam memajukan pemasaran agromakanan serta menyokong pembangunan sektor agromakanan negara.
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈泓缣
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan