28/09/2026
๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ก๐๐ฉ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ก๐ โ ๐ฃ๐ฃ๐ ๐๐ข๐ ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐Terminal Bersepadu Gombak (TBG) Mall
๐26 September 2026 | Sabtu
Sabtu petang, telah berlangsung Karnival Pendidikan Madani 2026 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gombak bertempat di Terminal Bersepadu Gombak (TBG) Mall, yang menghimpunkan warga pendidikan, ibu bapa, pelajar serta komuniti setempat dalam sebuah karnival yang sarat dengan pelbagai aktiviti dan pengisian bermanfaat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ahmad Azri bin Zainal Nor, Ketua Yayasan MBI Selangor, yang mewakili YAB Datoโ Seri Amirudin Shari, Datoโ Menteri Besar Selangor merangkap Ahli Parlimen Gombak.
Berlangsung selama dua hari, Sabtu dan Ahad, karnival ini menyediakan pelbagai pengisian berkaitan pendidikan merangkumi peringkat rendah hingga menengah, di samping jualan serta reruai pameran yang membuka ruang kepada para pengunjung untuk mendapatkan pelbagai maklumat, perkhidmatan dan peluang berkaitan pendidikan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, YBrs. Tuan Shahman Jalaludin, serta Pengurus Pejabat Parlimen Gombak, Tuan Faizal Ismail.
Dalam ucapan akhir perasmian, Tuan Ahmad Azri turut berbesar hati menyumbangkan RM30,000 melalui Yayasan MBI Selangor kepada PPD Gombak bagi menyokong pelaksanaan pelbagai program pendidikan di daerah Gombak.
Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan pendidikan serta membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada para pelajar untuk mencapai potensi terbaik mereka.
Semoga Karnival Pendidikan Madani PPD Gombak 2026 terus menjadi platform yang memperkasa pendidikan, menyemarakkan budaya ilmu serta mengeratkan kerjasama antara institusi pendidikan, agensi kerajaan dan komuniti setempat.