EZ Qurban

Call Directions Website Contact the organization

EZ Qurban EZ Qurban Sdn Bhd
200701010007 (768010-D)

Satu-satunya Perkhidmatan Korban dan Akikah yang Diiktiraf Patuh Syariah MS1900:2014 ๐Ÿ˜Ž
(735)

Lokasi Kaunter EZ Qurban:

HQ: Batu Caves Centerpoint, Selangor. Johor: Tingkat 5, Plaza Angsana Johor Bahru. Terengganu: Wisma KOGURU, Kuala Terengganu.

Pernah dengar perkataan "nonchalant"?Secara istilahnya, "nonchalant" bermaksud sikap tenang, santai, dan tidak mudah mel...
02/10/2026

Pernah dengar perkataan "nonchalant"?

Secara istilahnya, "nonchalant" bermaksud sikap tenang, santai, dan tidak mudah melenting apabila berdepan sesuatu situasi. Namun dalam "trend" bahasa hari ini, ia kerap diguna pakai untuk menggambarkan gaya seseorang yang acuh tak acuh, 'dingin', buat tak tahu, atau berpura-pura tidak peduli.

Dalam mendidik anak terutamanya, sikap tenang memang berguna untuk mengawal emosi. Namun, jangan sampai gaya 'dingin' atau acuh tak acuh ini membuatkan kita terlepas pandang emosi dan keselamatan anak. Kebelakangan ini, banyak p**a kes penderaan anak kecil di sekolah mahupun pusat penjagaan berlaku tanpa disedari lebih awal, hanya kerana ibu bapa kurang peka terhadap perubahan gerak-geri si kecil.

Rasulullah SAW sendiri mengajar kita bahawa kasih sayang kepada anak tidak perlu disembunyikan. Daripada Sayyidatina โ€˜Aisyah r.a., apabila Fatimah r.a. datang menemui Rasulullah SAW, Baginda akan menyambutnya, berdiri untuknya, menciumnya, memegang tangannya dan mendudukkannya di tempat duduk Baginda.

Perhatian dan sentuhan kasih sayang sebeginilah yang paling utama. Apabila kita kerap memeluk, mencium, dan mendengar cerita mereka setiap hari, anak-anak akan berasa selamat untuk mengadu dan kita juga dapat mengesan sebarang tanda kecederaan fizikal atau perubahan emosi dengan lebih awal.

Anak-anak adalah amanah dan harta paling berharga yang Allah pinjamkan. Moga di hari Sayyidul Ayyam ini, Allah kurniakan kita kesabaran yang lapang dan hati yang sentiasa peka membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDukacita dimaklumkan bahawa Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri kepada Tu...
28/09/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dukacita dimaklumkan bahawa Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah kembali ke rahmatullah.

EZ Qurban merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan waris Allahyarhamah. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan beliau, melimpahkan rahmat serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง

Al-Fatihah.

17/09/2026

Sempat lagi nak bawa anak ke Aquaria KLCC PERCUMA bila daftar Akikah bulan ini? ๐Ÿ‘€๐Ÿ˜

Sempena kempen Bangsaku Merdeka yang sedang berlangsung, EZ Qurban nak bagi 10 Set Tiket Aquaria KLCC (1 Dewasa + 1 Kanak-kanak) khas buat ibu ayah! ๐Ÿ โœจ

โšก Bonus: Diskaun RM10 untuk 100 pendaftaran terawal!
๐Ÿ“… Tempoh Kempen: 17 Ogos โ€“ 30 September 2026

Raih ganjaran keberkatan Akikah anak tersayang sambil berpeluang mencipta kenangan berharga bersama keluargaโค๏ธ

๐Ÿ‘‰ Klik pautan di Bio atau ruangan komen untuk pendaftaran sekarang!
(Tertakluk T&C)

Selamat Menyambut Hari Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจIngatlah, tibanya hari ini hasil daripada terbinanya sebuah negara daripada masyarak...
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Ingatlah, tibanya hari ini hasil daripada terbinanya sebuah negara daripada masyarakat yang berbeza latar, budaya dan cara hidup, namun tetap berkongsi tanah air yang sama.

Dalam kepelbagaian itu, ada satu perkara yang perlu sentiasa kita pelihara, iaitu rasa saling menghormati dan semangat untuk hidup bersama sebagai sebuah keluarga besar.

Allah SWT berfirman:

โ€œWahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali.โ€
- Surah al-Hujurat: 13

Ayat ini mengingatkan kita bahawa perbezaan bukan alasan untuk menjauhkan diri. Sebaliknya, kepelbagaian yang ada membuka ruang untuk kita saling mengenali, memahami dan menghargai antara satu sama lain.

Hari Malaysia juga menjadi ruang untuk kita mengenang bahawa tanah air ini bukan hanya tentang tempat kita dilahirkan, tetapi tentang โ€œrumahโ€ yang kita kongsi bersama. Di sinilah anak-anak membesar, keluarga membina kehidupan dan masyarakat mencipta pelbagai kenangan bersama.

Maka, marilah kita terus memelihara keharmonian yang ada, menghargai perbezaan dan menanam nilai kebersamaan kepada generasi seterusnya.

Daripada kami di EZ Qurban, Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga tanah air tercinta ini terus menjadi tempat yang baik untuk kita dan generasi yang akan datang. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

14/09/2026

Tiada istilah terlambat untuk menyempurnakan tuntutan ini buat anak tersayang.

Selagi Allah masih memberi kesempatan, segeralah tunaikan.

Zahirkan syukur atas kelahiran anak dengan Akikah.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69! โœจSemangat Merdeka mengingatkan kita tentang nikmat hidup dalam sebuah negara ya...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69! โœจ

Semangat Merdeka mengingatkan kita tentang nikmat hidup dalam sebuah negara yang aman, masyarakat yang saling menghormati, dan peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik bersama-sama.

Keamanan tanah air yang kita nikmati hari ini merupakan satu nikmat besar yang sering kita terlepas pandang. Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita melalui sabda baginda:

"Dua nikmat yang sering kali manusia rugi dengannya (lalai dan terpedaya) ialah kesihatan dan waktu lapang." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Para ulama menukilkan bahawa kesenangan dan waktu lapang yang sebenar hanya hadir apabila sesebuah masyarakat itu hidup dalam suasana aman dan terhindar daripada ancaman perang dan sebagainya.

Jadi, ucapkanlah Alhamdulillah dan marilah kita terus menyemai rasa syukur, memperkukuh perpaduan, dan menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan tanah air tercinta ini.

Daripada kami di EZ Qurban, Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia! โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

"ูˆูŽุงุนู’ุชูŽุตูู…ููˆุง ุจูุญูŽุจู’ู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฌูŽู…ููŠุนู‹ุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽููŽุฑูŽู‘ู‚ููˆุง.."

โ€œDan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah...โ€ (Surah Ali โ€˜Imran: 103)

Ibu ayah! Cuti sekolah panjang ni, apa perancangan aktiviti dengan anak-anak? ๐Ÿ˜Inilah masa yang kita tunggu untuk berhen...
28/08/2026

Ibu ayah! Cuti sekolah panjang ni, apa perancangan aktiviti dengan anak-anak? ๐Ÿ˜

Inilah masa yang kita tunggu untuk berhenti sekejap daripada kesibukan pekerjaan harian dan luangkan lebih banyak masa bersama anak-anak.

Rasulullah SAW sendiri menunjukkan bagaimana doa dan perhatian kepada anak kecil boleh menjadi sebahagian daripada kasih sayang. Dalam doa Baginda kepada Abdullah bin Jaโ€˜far RA, Baginda memohon agar Allah SWT memberkati urusan dan rezekinya.

Begitu juga kita sebagai ibu ayah. Selain meluangkan masa bersama anak-anak, jangan lupa titipkan doa yang baik buat mereka. Doakan keberkatan rezeki, kebaikan akhlak, kejayaan dan masa depan mereka.

Perlukan cadangan aktiviti bersama anak-anak? Tak perlu yang besar atau memerlukan kos yang tinggi. Duduk berbual, masak bersama, keluar berjalan, dengar cerita mereka atau sekadar bermain dan bergurau pun sudah cukup untuk mencipta kenangan yang mereka akan ingat.

Dalam membesarkan anak, ada perkara yang takkan boleh diganti dengan hadiah atau wang ringgit. Itulah masa, perhatian dan kasih sayang daripada ibu ayah.

Kalau ada masa terluang sepanjang cuti ini, gunakanlah sebaiknya untuk lebih mengenali dunia kecil mereka. Luangkan masa untuk tahu apa yang mereka s**a, apa yang mereka fikirkan dan apa yang mereka impikan.

Semoga setiap detik yang kita luangkan bersama anak-anak menjadi kenangan indah yang mereka bawa hingga dewasa. โค๏ธ

Salam Maulidur Rasul ๐ŸŒ™Marilah kita menghayati nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan kepada umat ini, iaitu diutuskan ...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul ๐ŸŒ™

Marilah kita menghayati nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan kepada umat ini, iaitu diutuskan Nabi Muhammad ๏ทบ sebagai pembawa risalah Islam.

Perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah ๏ทบ, sebagai tanda cinta dan penghormatan kepada baginda.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Semoga selawat yang kita lafazkan hari ini menjadi peringatan untuk kita terus memperbaiki akhlak, mempererat kasih sayang sesama keluarga dan menjaga hubungan sesama manusia.

Mudah-mudahan kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ terus mekar dalam diri kita, menjadi kekuatan untuk kita menerapkan sunnah dan ajaran baginda dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada seluruh warga EZ Qurban.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita syafaat Rasulullah ๏ทบ dan menghimpunkan kita bersama Baginda di dalam syurga-Nya, insyaAllah.

Kedatangan Nabi Muhammad SAW adalah detik pemisah antara zaman kegelapan jahiliyyah dengan cahaya kebenaran Islam.Persoa...
24/08/2026

Kedatangan Nabi Muhammad SAW adalah detik pemisah antara zaman kegelapan jahiliyyah dengan cahaya kebenaran Islam.

Persoalannya, kenapa kita kena selalu mengingatkan diri kita tentang baginda?

Sebab utamanya adalah kerana Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat buat seluruh alam. Allah SWT sendiri berfirman dalam Surah Al Anbiyaโ€™ ayat 107:

โ€œDan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.โ€

Cuba kita tengok diri kita balik.
Macam mana cara kita melayan pasangan dan anak-anak dalam rumah tangga?
Atau apakah adab kita bersama jiran tetangga mahupun di tempat kerja?

Begitulah baginda dipanggil sebagai ikutan terbaik. Daripada sekecil-kecil adab dalam kehidupan seharian, sampailah cara baginda memimpin masyarakat dan negara, kesemuanya baginda tunjukkan contoh yang boleh kita teladani.

Lagipun, bukankah kita sangat mengharapkan syafaat baginda di akhirat kelak?

Dalam hadis riwayat At Tirmizi, Nabi Muhammad SAW menyebut bahawa orang yang paling dekat dengan baginda pada hari kiamat nanti ialah orang yang paling banyak berselawat ke atas baginda.

Jadi, jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja. Jadikan peluang yang ada ini untuk kita teladani semula kisah hidup dan perjuangan baginda, mengenali akhlaknya dan menghidupkan sunnahnya bersama keluarga.

Mudah mudahan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW tidak hanya disebut di bibir, tetapi turut terlihat melalui akhlak dan cara kita menjalani kehidupan.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

โ€œKalau daftar Akikah dengan EZ Qurban, betul ke boleh dapat tiket Aquaria?โ€ ๐Ÿ‘€Ya, betul! ๐Ÿ˜ Sempena Bulan Kebangsaan ini, ...
17/08/2026

โ€œKalau daftar Akikah dengan EZ Qurban, betul ke boleh dapat tiket Aquaria?โ€ ๐Ÿ‘€
Ya, betul! ๐Ÿ˜

Sempena Bulan Kebangsaan ini, EZ Qurban bawakan sesuatu yang istimewa untuk ibu ayah yang ingin tunaikan Akikah buat anak tersayang.

Setiap pendaftaran Akikah yang sah berpeluang memenangi 1 daripada 10 set tiket Aquaria KLCC ๐Ÿ โœจ

Setiap set p**a ada 1 tiket dewasa + 1 tiket kanak-kanak. Jadi, bolehlah bawa si kecil tengok dunia bawah laut bersama-sama nantikan?

โ€œKalau tak menang tiket, ada apa-apa tawaran lain ke?โ€
Mestilah ada! ๐Ÿ˜Ž

Untuk 100 transaksi terawal, anda boleh mendapat diskaun RM10 dalam 1 transaksi bagi mana-mana pakej Akikah yang tersediaโœจ

๐Ÿ“… Kempen sah bermula 17 Ogos hingga 30 September 2026.

Kalau dah ada niat nak tunaikan Akikah, inilah masanya untuk segera sempurnakannya bersama EZ Qurban dan rebut peluang istimewa untuk seisi keluarga.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Address

NO 79, Jalan 3, BATU CAVES CENTREPOINT
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:30

Telephone

+60361861911

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EZ Qurban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to EZ Qurban:

Shortcuts

Share

Category