22/10/2026
Program Usrah Gabungan PAS Kawasan Gombak dan Penerangan Isu Semasa berlangsung meriah dengan kehadiran ahli-ahli PAS dari seluruh Kawasan Gombak di Pusat Tarbiyah DUN Hulu Kelang (PTDHK), Taman Permata, malam tadi.
Program menampilkan YB Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai pengisi utama bagi menyampaikan penerangan berkaitan perkembangan dan isu-isu semasa.
Kehadiran yang amat menggalakkan menyaksikan ruang dewan dipenuhi peserta, termasuk kiri dan kanan dewan.
Sambutan tersebut menggambarkan komitmen ahli-ahli PAS Gombak untuk terus mengikuti perkembangan semasa di samping memperkukuh kefahaman melalui program tarbiyah dan penerangan.