Majlis Perbandaran Selayang

Directions Website Contact the organization

Majlis Perbandaran Selayang Selayangku Sayang

Repost from Hijrah Selangor
21/10/2026

Repost from Hijrah Selangor

🚨 Usahawan Selangor, this is your sign! 👀

DANA Pantas & DANA Niaga Tani: available untuk tempoh terhad sahaja! ⏳

Pembiayaan sehingga RM10,000, 0% kadar keuntungan & kelulusan sepantas 48 jam*. 🧡

Kalau dah lama plan nak tambah modal, upgrade bisnes atau grow your business, this might be the time to do it! 🚀

📲 Apply melalui DANA PLUS
🌐 More info: hijrahselangor.com

Limited offer, so jangan tunggu lama! 👀

*Tertakluk kepada terma & syarat.

KitaSelangor

Repost from Gombak-Hulu Langat Geopark
20/10/2026

Repost from Gombak-Hulu Langat Geopark

🌎⚡️6 hari lagi menjelang Sesi Penilaian Semula Geopark Kebangsaan Gombak-Hulu Langat Geopark ⚡️🌎

Penilaian ini amat penting bagi mengekalkan status Geopark Kebangsaan Pertama Negeri Selangor 💪

Teruskan ikuti perkembangan kami atau layari laman sesawang rasmi www.ghlgeopark.com.my

Gombak-Hulu Langat Geopark,
Where Natural Wonders Define Culture & History




Repost from Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS
20/10/2026

Repost from Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS

NOTIS PEMAKLUMAN PEWARTAAN RANCANGAN KAWASAN KHAS BANDAR BATU ARANG 2030Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ingin memaklum...
19/10/2026

NOTIS PEMAKLUMAN PEWARTAAN RANCANGAN KAWASAN KHAS BANDAR BATU ARANG 2030

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ingin memaklumkan bahawa Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Batu Arang 2030 telah mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Negeri Selangor pada 10 Januari 2024, selaras dengan subseksyen 15(4), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Rancangan ini telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor, Pemberitahuan No. 4511 bertarikh 27 November 2025. Pewartaan ini merupakan rujukan perancangan bagi pembangunan dan pengurusan kawasan Bandar Batu Arang.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Perancang Bandar dan Desa MPS di talian 03-6126 5868.



18/10/2026

SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT (SIBS)2026
&
SELANGOR INTERNATIONAL CARE EXPO (SICE) 2026







SESI PENUTUPAN SELANGOR TECHSPHERE SUMMIT 202617 Oktober 2026 | Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)Majlis Perbandaran S...
18/10/2026

SESI PENUTUPAN SELANGOR TECHSPHERE SUMMIT 2026

17 Oktober 2026 | Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menghadiri sesi penutupan Selangor Techsphere Summit (STS) 2026 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026. MPS diwakili oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS.

Sepanjang empat hari penganjuran SIBS 2026, bermula 14 hingga 17 Oktober 2026, MPS turut membuka reruai pameran menerusi Selangor Investment & Industrial Park Expo (SPARK) dan Selangor AI & Semiconductor Summit (AiSEM@Selangor) bagi mengetengahkan inisiatif serta perkhidmatan Majlis kepada pengunjung.

Penyertaan ini menjadi platform untuk memperkenalkan inisiatif MPS kepada pemain industri dan pengunjung, di samping membuka ruang kepada perkongsian maklumat serta penerokaan peluang kerjasama dalam pembangunan perbandaran dan pendigitalan perkhidmatan.



Kitaselangormajubersama

MAJLIS PENUTUPAN SICE 2026: MPS KETENGAHKAN PERKHIDMATAN PAWE17 Oktober 2026 | Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)Majli...
18/10/2026

MAJLIS PENUTUPAN SICE 2026: MPS KETENGAHKAN PERKHIDMATAN PAWE

17 Oktober 2026 | Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Majlis Penutupan Selangor International Care Expo (SICE) 2026 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir ialah YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor serta YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Sepanjang 15 hingga 17 Oktober 2026, MPS melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah membuka reruai pameran Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) sempena SICE 2026 yang berlangsung di KLCC. Reruai ini menjadi platform untuk memperkenalkan peranan, perkhidmatan dan aktiviti PAWE dalam menyokong kesejahteraan warga emas serta menggalakkan penglibatan mereka dalam komuniti.

Penyertaan ini turut membuka ruang untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan warga emas dan memperluas hebahan berkaitan kemudahan serta aktiviti yang disediakan untuk golongan tersebut.






OPERASI BERSEPADU MPS DI KAMPUNG LAKSAMANA DAN KAMPUNG NAKHODA16 Oktober 2026 | SelayangMajlis Perbandaran Selayang (MPS...
17/10/2026

OPERASI BERSEPADU MPS DI KAMPUNG LAKSAMANA DAN KAMPUNG NAKHODA

16 Oktober 2026 | Selayang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyertai operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kampung Laksamana dan Kampung Nakhoda bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Dalam operasi tersebut, MPS telah mengeluarkan lima notis kesalahan bangunan di bawah Seksyen 70(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, atas kesalahan pembinaan tanpa kebenaran MPS. Selain itu, satu kompaun telah dikeluarkan kepada premis kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan, Perniagaan dan Perindustrian (MPS) 2007.

Tindakan sitaan turut dilakukan terhadap peralatan pemprosesan makanan di sebuah rumah di Kampung Nakhoda yang menjalankan aktiviti pemprosesan makanan tanpa kebenaran. Antara barangan yang disita termasuk tong gas, dapur, kuali, periuk, besen dan kelengkapan berkaitan. Tindakan tersebut diambil di bawah Seksyen 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPS) 2007.

MPS akan terus mempergiat tindakan penguatkuasaan bagi memastikan undang-undang dan peraturan dipatuhi demi kesejahteraan masyarakat serta persekitaran yang lebih teratur.



Address

Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Selayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Selayang:

Shortcuts

Share