21/10/2026
MAJLIS PERASMIAN DEWAN TERBUKA BALAI POLIS GOMBAK OLEH PENGARAH PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR (ICU JPM)
Gombak, 21 Oktober 2026 (Rabu) β YDH ACP Ibrahim bin Husin, Ketua Polis Daerah Gombak, telah menyambut ketibaan YBhg. Datoβ Haji Mohd Khidir bin Majid, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), sempena lawatan kerja beliau ke Balai Polis Gombak bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Dewan Terbuka serta penambahbaikan kemudahan Balai Polis Gombak.
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan dalam usaha mempertingkatkan kemudahan infrastruktur dan keselesaan persekitaran kerja bagi menyokong kelancaran urusan pentadbiran serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat.
Semoga segala usaha penambahbaikan ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga Balai Polis Gombak, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan selesa demi memastikan tugas serta tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan dan berkualiti.
Turut hadir, Puan Khairul Hasniza binti Ahmad Amin Noordin, Ketua Penolong Pengarah PPNS, Encik Ahmad Tarmizi bin Othman, Ketua Penolong Pengarah PPNS, Encik Nadzrul Haq bin Abdul Razak, Penolong Pengarah PPNS, Encik Md. Sallehuddin bin Che Aziz, Jurutera, Encik SR Shaharul bin Sairi, Jurukur Bahan, Encik Mohd Nazmi bin Mohd, Penolong Jurutera, Encik Mohd Tajudin, Wakil Syarikat Hilleaf Resources, ketua-ketua bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis serta Pegawai Rendah Polis.