Sekolah Kebangsaan Taman Selasih

Call Directions Website

Sekolah Kebangsaan Taman Selasih SK Taman Selasih, Batu Caves Selangor. BBA7221 | TS25 Kohort 6
Merealisasikan Impian & Harapan

Selamat bertugas di tempat baharu, Ustaz Zawawi! 💚💛Terima kasih atas segala ilmu, bimbingan dan kenangan sepanjang bersa...
25/09/2026

Selamat bertugas di tempat baharu, Ustaz Zawawi! 💚💛

Terima kasih atas segala ilmu, bimbingan dan kenangan sepanjang bersama warga SEKASEH. Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan di tempat baharu.

*MAKLUMAN CUTI*Sambutan Maulidur Rasul- 25 Ogos 2026 (Selasa)- Sesi persekolahan akan bersambung semula pada 26 Jun 2026...
21/08/2026

*MAKLUMAN CUTI*
Sambutan Maulidur Rasul

- 25 Ogos 2026 (Selasa)
- Sesi persekolahan akan bersambung semula pada 26 Jun 2026 (Rabu)

💥PRA - PELUNCURAN PROGRAM KERANGKA ANTI BULI SEKOLAH ( SAFE )💥
30/07/2026

💥PRA - PELUNCURAN PROGRAM KERANGKA ANTI BULI SEKOLAH ( SAFE )💥











🌟 Tahniah & Syabas! 🌟Warga SK Taman Selasih mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang telah mewakili s...
06/07/2026

🌟 Tahniah & Syabas! 🌟

Warga SK Taman Selasih mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang telah mewakili sekolah dalam Karnival Koakademik Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Daerah Gombak 2026.

🥉 Tempat Ketiga – Poetry Recitation
• Muhammad Syahabullah bin Muhammad Javed Butt
• Theshanaa Pathmanaban

🥉 Tempat Ketiga – Scrabble
• Muhammad Adam Rizqin bin Mohd Rahaizat
• Umar Zharif bin Zainal Azmir

👏 Penyertaan – Public Speaking
• Muhammad Alif Irfan bin Mohamad Nor

👏 Penyertaan – Storytelling
• Fayyadh Azziz bin Mohd Faizal

👏 Penyertaan – Dare to Spell
• Noufal Syafiq bin Noh

👏 Penyertaan – Debate
• Arjuna Ammar Darwis bin Tajul Naim
• Nur Aisyah Nabila binti Mohammed Riyaz
• Muhammad Ilyas bin Mohamed Zamir

🏆 Pencapaian Sekolah
SK Taman Selasih berjaya meraih Tempat Kelima Keseluruhan.

Syabas kepada semua murid atas usaha, semangat dan keberanian membawa nama sekolah ke peringkat daerah. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada guru-guru pembimbing, ibu bapa serta seluruh warga sekolah atas sokongan yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah kepada Adik Arif Arsyad Bin Abdul Rahman atas kejayaan cemerlang meraih Anugerah Pemanah Terbaik Keseluruhan Kej...
18/06/2026

Tahniah kepada Adik Arif Arsyad Bin Abdul Rahman atas kejayaan cemerlang meraih Anugerah Pemanah Terbaik Keseluruhan Kejohanan Memanah MSSM 2026.

Pencapaian Arif di MSSM 2026:
🥇 5 Emas
🥈 2 Perak
🥉 2 Gangsa
Jumlah: 9 Pingat

Kejayaan beliau turut membantu Negeri Selangor muncul sebagai Juara Keseluruhan MSSM 2026.

Selain cemerlang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, Adik Arif juga pernah mengharumkan nama negara dengan memenangi Pingat Gangsa Bentong Open International Championship 2025 (Kategori B-12).

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SEKASEH untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Majlis penyampaian hadiah bagi acara akhir lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru telah berlangsung dengan lancar ...
01/05/2026

Majlis penyampaian hadiah bagi acara akhir lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru telah berlangsung dengan lancar dan penuh meriah. Para pemenang diraikan atas pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas usaha dan dedikasi yang tinggi. Tidak dilupakan juga kepada semua peserta yang telah memberikan saingan sengit serta mempamerkan semangat kesukanan yang terpuji.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus aktif dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.

Acara tarik tali sempena Kejohanan Olahraga Tahunan telah berlangsung dengan jayanya, diiringi sorakan gemuruh daripada ...
01/05/2026

Acara tarik tali sempena Kejohanan Olahraga Tahunan telah berlangsung dengan jayanya, diiringi sorakan gemuruh daripada para murid dan guru. Semua peserta mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi serta kerjasama berpasukan yang amat membanggakan.

Berdasarkan keputusan peringkat separuh akhir, perlawanan akhir bagi kategori lelaki akan menyaksikan persaingan antara Rumah Bendahara dan Rumah Bentara. Manakala bagi kategori perempuan, Rumah Bendahara akan bertemu Rumah Laksamana pada hari kejohanan nanti.

Semoga semua pasukan terus bersemangat dan memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan akhir kelak.

Tahniah Pasukan Tenis SK Taman Selasih! 🎾Pasukan tenis sekolah telah menyertai Kejohanan Tenis MSSD Gombak 2026 yang ber...
27/04/2026

Tahniah Pasukan Tenis SK Taman Selasih! 🎾

Pasukan tenis sekolah telah menyertai Kejohanan Tenis MSSD Gombak 2026 yang berlangsung pada 13–16 April 2026 di INTAN Bukit Kiara dan berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan.

Penerima & pencapaian:
• Adam Wafiq bin Musa Al Karim – Lelaki Bawah 8 Tahun (Emas) 🥇
• Muhammad Iman Syamil bin Izuan Hon – Lelaki Bawah 12 Tahun (Gangsa) 🥉
• Aisyah Humaira binti Musa Al Karim – Perempuan Bawah 12 Tahun (Emas) 🥇

Syabas dan tahniah kepada semua pemain atas kejayaan ini!

Tahniah Team Sekaseh Archery! 🎯Pada 20–24 April, pasukan memanah SK Taman Selasih telah menyertai MSSD Gombak di SMK Gom...
27/04/2026

Tahniah Team Sekaseh Archery! 🎯

Pada 20–24 April, pasukan memanah SK Taman Selasih telah menyertai MSSD Gombak di SMK Gombak Setia dengan pencapaian yang membanggakan.

🌟 Johan Keseluruhan Individu Lelaki:
Arif Arsyad (6 Ikhlas) – layak ke MSSS

Penerima & pencapaian:
• Arif Arsyad Bin Abdul Rahman (6 Ikhlas)
Emas (Individu Keseluruhan), Emas (25m), Perak (40m), Gangsa (Berpasukan), Gangsa (Olimpik Individu), Gangsa (Olimpik Berpasukan), Gangsa (Mixed Team)

• Aydid Muezz Bin Ahmad Zuhril (4 Harmoni)
Gangsa (Berpasukan), Gangsa (Olimpik Berpasukan)

• Aydin Faheem Bin Fakrulradhi (4 Harmoni)
Gangsa (Berpasukan), Gangsa (Olimpik Berpasukan)

• Muhammad Aliff Ziyad Bin Mohd Azhar (4 Sabar)
Gangsa (Berpasukan), Gangsa (Olimpik Berpasukan)

• Hana Nurjanah Binti Herman (5 Harmoni)
Gangsa (Mixed Team)

Syabas dan tahniah kepada semua pemanah. Semoga terus cemerlang! 💪

Address

Taman Selasih Fasa 2
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

0361880307

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Taman Selasih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share