Anfaal Saari

Call Directions Website Contact the organization

Anfaal Saari Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Selangor | ADN N15 Taman Templer

Bayangkan, setahun lagi surat daripada diri kita hari ini sampai ke rumah! πŸ’Œ Menarik sungguh idea di The Pillars Festiva...
10/10/2026

Bayangkan, setahun lagi surat daripada diri kita hari ini sampai ke rumah! πŸ’Œ Menarik sungguh idea di The Pillars Festival 4.0: Pause, Reflect & Reconnect.

Kita menulis surat untuk diri sendiri hari ini, kemudian membacanya semula setahun akan datang. Apa agaknya reaksi kita bila dapat surat cinta daripada diri sendiri nanti?

Selain itu, saya juga berpeluang mengenali pelbagai perniagaan tempatan yang kreatif dan unik. Terima kasih kerana terus mewarnai pasaran Malaysia!

Dengan populasi sekitar hampir 37 juta penduduk, Malaysia mempunyai potensi pasaran yang besar. Sokongan dan kuasa beli rakyat mampu membantu perniagaan tempatan berkembang, termasuk menembusi pasaran eksport antarabangsa. Jangan la memperkecilkan mana-mana negara, tak molek begitu.

Jom terus sokong produk tempatan. Setiap pembelian kita membawa makna kepada usaha dan impian usahawan Malaysia.

Dalam menyantuni Ayah yang sakit, kami juga perlu mengambil kira kemaslahatan Mama sebagai caregiver. Dua tahun lepas Ay...
09/10/2026

Dalam menyantuni Ayah yang sakit, kami juga perlu mengambil kira kemaslahatan Mama sebagai caregiver. Dua tahun lepas Ayah demam teruk, saya insist admit Ayah ke hospital. Tujuan? Supaya Mama boleh rehat.

Tahukah anda caregiver informal yang kebanyakannya ahli keluarga hampir tiada satu perlindungan sosial. Social safety net.

Apabila PERKESO melancarkan inisiatif Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) atau dikenali sebagai LINDUNG KASIH di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 untuk melindungi wanita yang menguruskan rumah tangga, saya kira ini permulaan yang baik untuk penjaga di kalangan wanita.

Tetapi ia masih tidak memadai. Caregiver menghadap pesakit/warga emas/OKU hampir 24/7. Ada yang mengalami anxiety. Nak tinggalkan pesakit, rasa gelisah. Jaga sepenuh masa sehingga tahap burn out.

Kerajaan negeri Selangor dalam rangka menyediakan Respite Care atau pusat untuk berehat sebentar bagi penjaga. Kita mulakan di beberapa daerah dahulu.

Anda sebagai caregiver, apa wishlist anda untuk kami bantu?

Ayuh, temui saya di kaca TV dan skrin anda pagi ini! Saya akan membincangkan topik β€œNegara Menua dan Persediaan Menghada...
09/10/2026

Ayuh, temui saya di kaca TV dan skrin anda pagi ini!

Saya akan membincangkan topik β€œNegara Menua dan Persediaan Menghadapi Perubahan Demografi” dalam slot Selamat Pagi Malaysia di RTM.

Jom kita fahami bersama cabaran negara menua, persediaan yang perlu dilakukan serta bagaimana kita dapat membina ekosistem penjagaan yang lebih bersedia, inklusif dan mampan untuk semua generasi.

πŸ—“οΈ Jumaat, 9 Oktober 2026
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
πŸ“Ίhttps://www.facebook.com/share/v/1FnaxfK5Ss/?mibextid=wwXIfr

Minggu lepas, kami adik-beradik berbincang tentang pengurusan kebajikan Ayah. Dengan kesan degeneratif Parkinson, ada ma...
08/10/2026

Minggu lepas, kami adik-beradik berbincang tentang pengurusan kebajikan Ayah. Dengan kesan degeneratif Parkinson, ada masanya Ayah mula keliru dan tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Saya cuba minta Ayah eja perkataan Adventure. Perlahan-lahan, Ayah eja satu persatu. A.D.V.E.N.T.U.R.E.

Saat itu mengingatkan saya bahawa perjalanan menjaga warga emas bukan sesuatu yang mudah. Ia menuntut masa, tenaga, kekuatan fizikal, mental dan sokongan mahupun wang ringgit.

Sebab itu apabila saya dipertanggungjawabkan membangun kerangka kerja dan polisi Care Economy (Ekonomi Penjagaan) di Selangor, saya sangat boleh relate cabaran yang dilalui para keluarga. Apa lagi keluarga yang tiada kemampuan kewangan. Ditambah dengan keluarga tidak sepakat atau mengabaikan warga emas. Kita perlu perkukuh ekosistem penjagaan.

Jom sama-sama kenali lebih dekat dunia Ekonomi Penjagaan, inovasi dan solusi penjagaan di Selangor International Care Expo (SICE) 2026 pada 15–17 Oktober 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Ayah, my new adventure is establishing the whole care ecosystem for you and other elderly citizens.

Doakan usaha ini dipermudahkan.

Ada tempat yang mungkin sederhana pada pandangan mata tapi besar maknanya untuk masa depan anak-anak kita.Kunjungan ke M...
07/10/2026

Ada tempat yang mungkin sederhana pada pandangan mata tapi besar maknanya untuk masa depan anak-anak kita.

Kunjungan ke Madrasah Tahfiz Al-Quran Ibnu Talib di Merlimau, Melaka, menemukan saya dengan Tuan Mohd Ali Abu Bakar, Pengerusi Pembangunan Masjid Selayang Mutiara, yang gigih mengusahakan pusat ini.

Madrasah ini telah melahirkan beberapa orang syahadah dalam bidang pengajian al-Quran dan agama. Kini, ada satu lagi impian yang sedang diusahakan membina sebuah bangunan yang lebih selesa untuk anak-anak dan para pejuang al-Quran meneruskan perjalanan menuntut ilmu.

Mungkin inilah masanya untuk kita bertanya kepada diri sendiri, apa yang boleh kita sumbangkan untuk agama?

Mungkin rezeki yang kita cari selama ini, ada bahagiannya untuk agama.

Hampir tiga tahun berada dalam pentadbiran negeri, dan sebagai EXCO yang menjaga hal ehwal kebajikan, saya berpeluang be...
06/10/2026

Hampir tiga tahun berada dalam pentadbiran negeri, dan sebagai EXCO yang menjaga hal ehwal kebajikan, saya berpeluang berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk individu dengan Cerebral Palsy (CP) dan keluarga mereka.

Syukur, apabila kita turun padang dan melihat sendiri kehidupan serta cabaran yang mereka lalui, saya belajar untuk lebih memahami. Ada perkara yang mungkin tidak kita sedari, sehinggalah kita melihat dan mendengarnya sendiri daripada mereka.

Sempena Hari Cerebral Palsy Sedunia ini, saya berharap kita dapat terus membina masyarakat yang lebih memahami, menerima dan memberi ruang kepada individu dengan CP untuk berkembang, menyumbang dan menjalani kehidupan dengan bermaruah.

Inklusiviti bukan sekadar tentang kesedaran. Ia bermula apabila kita membuka ruang, menghapuskan halangan dan memastikan tiada siapa yang tercicir.

🧑 PENYERAHAN BAUCAR SKIM MESRA 2026 – FASA 4Alhamdulillah, telah berlangsung Penyerahan Baucar Skim MESRA 2026 (SMUE & S...
05/10/2026

🧑 PENYERAHAN BAUCAR SKIM MESRA 2026 – FASA 4

Alhamdulillah, telah berlangsung Penyerahan Baucar Skim MESRA 2026 (SMUE & SMIS) Fasa 4 bagi ahli yang lahir pada bulan Oktober hingga Disember di Pasaraya Sri Ternak Selayang.

Dalam kesempatan ini, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer turut meraikan ahli-ahli yang lahir pada bulan Oktober dengan acara memotong kek hari lahir. πŸŽ‚πŸ₯³

Sambutan sederhana ini menjadi tanda penghargaan dan kemesraan buat para penerima yang hadir. Semoga semua yang diraikan dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur serta sentiasa berada dalam kebahagiaan bersama keluarga tercinta. 🧑

Terima kasih kepada semua penerima yang hadir serta seluruh urus setia yang telah memastikan proses penyerahan baucar berjalan dengan lancar.

Kepada ahli yang tidak berkesempatan hadir pada pagi ini di Pasaraya Sri Ternak, jangan risau. Penyerahan boleh dibuat dengan hadir terus ke
🏠 PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TAMAN TEMPLER – YB ANFAAL SAARI
No. 13, Jalan 42,
Selayang Baru,
68100 Batu Caves, Selangor.

πŸ—ΊοΈ Lokasi:
https://maps.app.goo.gl/xYKtcZ64gKmiPcYc6?g_st=ic

πŸ“ž Hubungi:
Pejabat: +603-6127 6080
WhatsApp: +6010-352 5080
Email: [email protected]

πŸŽ‚ Selamat Hari Lahir kepada semua ahli yang lahir pada bulan Oktober! Semoga terus diberikan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

Kita jaga Kita. 🧑
Kita Templer.

MAJLIS PENYERAHAN NOTIS 5A DUN TAMAN TEMPLERAlhamdulillah, semalam telah berlangsung Majlis Penyerahan Notis 5A DUN Tama...
05/10/2026

MAJLIS PENYERAHAN NOTIS 5A DUN TAMAN TEMPLER

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Majlis Penyerahan Notis 5A DUN Taman Templer yang disempurnakan oleh YB Anfaal Saari, ADN Taman Templer.

Majlis ini menjadi satu lagi langkah penting dalam usaha menyelesaikan isu persempadanan plot-plot kediaman di Kampung Melayu Batu 16 (Kampung Sepakat), Seksyen 19, Bandar Rawang, Daerah Gombak.

Seramai 30 penerima telah menerima Notis Borang 5A sebagai sebahagian daripada proses penyelesaian dan pemberimilikan tanah untuk tujuan pembangunan kediaman.

Usaha ini merupakan hasil daripada proses penyelesaian yang melibatkan 147 plot kediaman, dilaksanakan secara berperingkat melalui beberapa fasa. Bagi Fasa 1, ia melibatkan penyelesaian isu hakmilik dan perbezaan keluasan tanah kepada pemilik-pemilik yang terlibat.

Semoga penyerahan Notis 5A ini menjadi satu langkah bermakna ke arah memberikan kepastian hak dan pemilikan tanah kepada para penerima serta manfaat yang lebih baik untuk keluarga dan generasi akan datang.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima!






Kerja yang baik bukan sekadar tentang gaji dan jawatan. Majikan sewajarnya melihat, apa ruang yang diberikan kepada peke...
05/10/2026

Kerja yang baik bukan sekadar tentang gaji dan jawatan.

Majikan sewajarnya melihat, apa ruang yang diberikan kepada pekerja untuk terus bekerja tanpa mengorbankan keluarga.

Hari ini, saya membawa dapatan Kajian Amalan Pekerjaan Mesra Keluarga di Selangor ke meja kepimpinan tertinggi menerusi sesi CEO Roundtable: Shaping Family-Friendly Workplaces in Selangor bersama YAB Menteri Besar Selangor serta syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri.

Saya percaya, apabila tempat kerja lebih mesra keluarga, pekerja bukan sahaja lebih sejahtera, malah organisasi juga mendapat tenaga kerja yang lebih produktif, setia dan berdaya tahan.

Keluarga tidak seharusnya menjadi halangan untuk seseorang membina kerjaya. Sebaliknya, tempat kerja yang baik ialah tempat yang membantu kedua-duanya berkembang.

07/09/2026

Ada satu kisah hari ini yang buat saya tersenyum. ❀️

Alysha Aryana, baru 12 tahun, turun buat kali pertama di Para SUKMA dengan hanya seminggu latihan. Namun berjaya membawa pulang emas 100m gaya bebas S14, malah memecahkan rekod kebangsaan milik sendiri.

Yang paling menyentuh saya, Alysha tidak berenang untuk menang. Dia cuma menikmati setiap renangan.

Tahniah Alysha. Terus percaya pada diri sendiri. Selangor bangga denganmu.

Address

No. 3, Jalan Besar, Taman Selayang Segar
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anfaal Saari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Anfaal Saari:

Shortcuts

Share