BSPTD BATU GAJAH

Call Directions

BSPTD BATU GAJAH Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BSPTD BATU GAJAH, Government Organization, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Batu Gajah.

๐Ÿšจ PERHATIAN IBU BAPA / PENJAGA ๐ŸšจLALUAN BELAKANG SMK SULTAN YUSSUF (SMK SYS), BATU GAJAHDimohon kerjasama semua ibu bapa ...
02/10/2026

๐Ÿšจ PERHATIAN IBU BAPA / PENJAGA ๐Ÿšจ

LALUAN BELAKANG SMK SULTAN YUSSUF (SMK SYS), BATU GAJAH

Dimohon kerjasama semua ibu bapa dan penjaga yang menghantar atau mengambil anak-anak supaya mematuhi arahan papan tanda โ€œSEHALA BERMASAโ€ yang telah ditetapkan di laluan belakang SMK SYS.

๐Ÿ•ก 6.30 pagi โ€“ 7.30 pagi
๐Ÿ•ง 12.30 tengah hari โ€“ 1.30 petang
๐Ÿ• 2.30 petang โ€“ 3.30 petang
(Kecuali Sabtu, Ahad & Cuti Am)

โš ๏ธ Mohon jangan memasuki atau menggunakan laluan tersebut secara bertentangan dengan arahan papan tanda.

Perkara ini adalah susulan aduan orang ramai berkaitan ketidakpatuhan terhadap arahan lalu lintas. Pihak BSPTD Batu Gajah akan menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sewajarnya terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan.

๐Ÿ™ Kerjasama ibu bapa dan penjaga amat dihargai.
Utamakan keselamatan anak-anak, patuhi papan tanda dan elakkan tindakan penguatkuasaan.

โ€œPATUHI PAPAN TANDA โ€“ LANCARKAN PERGERAKAN โ€“ UTAMAKAN KESELAMATAN.โ€


keselamatan jalan raya.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) KAWAD ISYARAT TANGAN SEMPENA PENUGASAN KAWALAN LALU LINTAS LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2...
28/09/2026

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) KAWAD ISYARAT TANGAN SEMPENA PENUGASAN KAWALAN LALU LINTAS LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2026

BATU GAJAH, 28 September 2026 โ€“ Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Batu Gajah telah melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kawad Isyarat Tangan bertempat di Dewan Dinamik dan perkarangan IPD Batu Gajah.

Latihan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan anggota dalam penggunaan isyarat tangan serta memastikan tatacara dan disiplin kawalan lalu lintas dapat dilaksanakan dengan betul dan berkesan sempena penugasan LTDL 2026.

Latihan telah dikendalikan oleh Insp Rissi A/L Ganasan, bersama jurulatih Kpl 164309 Saiful dan Lkpl 217105 Syahmi, dengan penyertaan anggota daripada BSPTD serta bahagian dan balai di bawah IPD Batu Gajah.

Latihan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

โ€œKawalan Lalu Lintas Yang Cekap, Keselamatan Pengguna Jalan Raya Terjamin.โ€

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diterjemahkan melalui pelaksanaan tugas yang lebih profesional, berdisiplin dan berkesan demi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang penugasan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2026.

Bersedia, Berdisiplin dan Berintegriti โ€“ Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya.

๐Ÿšด HEBAHAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA LE TOUR DE LANGKAWI (LTdL) 2026๐Ÿ“… 30 September 2026 (Rabu)โฐ 10.00 pagi โ€“ 12.00 tengah h...
28/09/2026

๐Ÿšด HEBAHAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA LE TOUR DE LANGKAWI (LTdL) 2026

๐Ÿ“… 30 September 2026 (Rabu)
โฐ 10.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Beberapa laluan di Daerah Batu Gajah akan ditutup sementara/berkala bagi memberi laluan kepada perlumbaan LTdL 2026.

Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan dan mematuhi arahan pihak berkuasa demi kelancaran serta keselamatan semua.

๐Ÿ“ž Bilik Gerakan IPD Batu Gajah: 05-3629222

PROGRAM INSANIAH (BACAAN YASIN) BULANAN BSPTD BATU GAJAH, PERAKBATU GAJAH, 23 September 2026 โ€“ Bertempat di Pejabat Baha...
24/09/2026

PROGRAM INSANIAH (BACAAN YASIN) BULANAN BSPTD BATU GAJAH, PERAK

BATU GAJAH, 23 September 2026 โ€“ Bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Gajah, Perak, telah diadakan Program Bacaan Yasin Bulanan BSPTD Batu Gajah yang melibatkan warga BSPTD Batu Gajah.

Program ini merupakan salah satu aktiviti kerohanian yang dilaksanakan secara rutin bulanan bagi memupuk nilai-nilai keagamaan, meningkatkan keimanan dan ketakwaan serta membentuk sahsiah diri yang mulia dalam kalangan warga BSPTD Batu Gajah.

Amalan bacaan Yasin dan doa bersama ini turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekeluargaan serta memperkukuhkan ukhuwah sesama warga kerja.

Selain itu, program ini diadakan bagi memohon keberkatan, kesejahteraan, keselamatan dan kelancaran urusan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab, khususnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Semoga program yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT, serta menjadi amalan yang berterusan dalam membentuk warga BSPTD Batu Gajah yang berintegriti, berdisiplin dan berakhlak mulia.

Amin Ya Rabbal Alamin. ๐Ÿคฒ





Majlis Peluncuran Taman Angkat AMANITA Tahun 2026 & Program Diskusi Town Hall Ketua Polis Perak Bilangan 2 Tahun 2026.๐Ÿ“… ...
15/09/2026

Majlis Peluncuran Taman Angkat AMANITA Tahun 2026 & Program Diskusi Town Hall Ketua Polis Perak Bilangan 2 Tahun 2026.

๐Ÿ“… 19 September 2026 (Sabtu)
โฐ 8.00 pagi
๐Ÿ“ Dewan Bandaran Kinta, Batu Gajah

Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan PDRM disediakan untuk komuniti. Jom hadir bersama-sama bagi memeriahkan program ini.

โ€œKomuniti Selamat, Perak Sejahteraโ€
โ€œBersama Komuniti Membina Persekitaran Lebih Selamatโ€

Op Motosikal BSPTD Batu Gajah ๐Ÿš”๐Ÿ๏ธBatu Gajah 12/09/26 . Operasi di KM22 Jalan Ipohโ€“Lumut berjalan lancar dengan 31 kesala...
12/09/2026

Op Motosikal BSPTD Batu Gajah ๐Ÿš”๐Ÿ๏ธ

Batu Gajah 12/09/26 . Operasi di KM22 Jalan Ipohโ€“Lumut berjalan lancar dengan 31 kesalahan dikesan, 31 saman dikeluarkan, 83 orang dan 70 kenderaan diperiksa.

๐Ÿ“Œ Keselamatan di jalan raya tanggungjawab bersama.
Patuhi undang-undang, utamakan keselamatan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PENUGASAN KAWALAN LALU LINTAS โ€“ LARIAN PATRIOTIK 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พBatu Gajah 12/09/2026 :- BSPTD dan Balai Pusing telah melaksa...
12/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PENUGASAN KAWALAN LALU LINTAS โ€“ LARIAN PATRIOTIK 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Batu Gajah 12/09/2026 :- BSPTD dan Balai Pusing telah melaksanakan penugasan kawalan lalu lintas sempena Larian Patriotik 2026 di Dewan Orang Ramai Papan, Pusing.

Alhamdulillah, penugasan berjalan lancar, selamat dan terkawal dengan kehadiran lebih kurang 350 peserta.

๐Ÿš” Polis dan Masyarakat Bersepadu Demi Keselamatan.

๐Ÿš” PENUGASAN KAWALAN LALU LINTAS SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH & MAULIDUR RASUL ๐Ÿš”Batu Gajah | 12 September 2026BSPTD Batu ...
12/09/2026

๐Ÿš” PENUGASAN KAWALAN LALU LINTAS SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH & MAULIDUR RASUL ๐Ÿš”

Batu Gajah | 12 September 2026

BSPTD Batu Gajah telah melaksanakan penugasan kawalan lalu lintas sempena Sambutan Maal Hijrah dan Maulidur Rasul yang berlangsung di Masjid Toh Puan Besar, Batu Gajah.

๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Kekuatan: BSPTD & Balai Batu Gajah
๐Ÿ‘ฅ Kehadiran: Lebih kurang 500 orang
๐ŸŽ–๏ธ VIP: Datoโ€™ OBJ Kinta
โฐ Masa penugasan: 0800hrs hingga selesai

Penugasan melibatkan kawalan aliran trafik di sekitar Jalan Sungai, Jalan Kelab, Jalan Pandak Akhat, Jalan Pejabat Pos, Jalan Lebih Dewangsa dan Jalan Pusing.

Alhamdulillah, keseluruhan penugasan berjalan lancar dan terkawal. Tiada kesesakan lalu lintas yang serius serta tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan sepanjang penugasan.

Komitmen dan kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan keselamatan serta kelancaran pergerakan orang awam sepanjang program berlangsung.

Polis dan Masyarakat Bersepadu Demi Keselamatan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ









๐Ÿš” OP MOTOSIKAL | BSPTD BATU GAJAH ๐Ÿ๏ธPatuhi undang-undang. Utamakan keselamatan. Jadilah pengguna jalan raya yang berhema...
08/09/2026

๐Ÿš” OP MOTOSIKAL | BSPTD BATU GAJAH ๐Ÿ๏ธ

Patuhi undang-undang. Utamakan keselamatan. Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah.

Address

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik
Batu Gajah

Telephone

+6053629222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSPTD BATU GAJAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share