27/06/2026
📢 NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PERPUSTAKAAN AWAM BATU GAJAH
Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Awam Batu Gajah akan ditutup sementara mulai 1 Julai 2026 (Rabu) hingga 30 September 2026 (Rabu) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemeriksaan dan pengubahsuaian bangunan.
Sepanjang tempoh tersebut, semua perkhidmatan perpustakaan tidak dapat beroperasi buat sementara waktu.
📅 Tempoh Penutupan
🗓️ 1 Julai 2026 (Rabu) – 30 September 2026 (Rabu)
📖 Perpustakaan dijangka akan beroperasi semula pada 1 Oktober 2026 (Khamis), tertakluk kepada kelancaran kerja-kerja yang dijalankan.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama semua pengguna sepanjang tempoh penutupan ini.
Terima kasih atas sokongan anda. Kami berharap dapat menyambut kehadiran anda semula dalam suasana perpustakaan yang lebih selesa, selamat dan kondusif.