Pemuda PAS Batu Kawan

Directions

Pemuda PAS Batu Kawan Page Rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Kawan

04/10/2026

𝗔𝗥-𝗥𝗜𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘-59
𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔

Umat Islam adalah umat pilihan Allah apabila memenuhi syaratnya. Firman Allah taala:

{ كُنتُمۡ خَیۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ .. }
[Surah Āli-ʿImrān: 110]

Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu p**a beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

Untuk menjadi umat terbaik, perlu ada tiga syarat:
1- Mengajak kepada perkara yang makruf
2- Mencegah perkara yang mungkar
3- Beriman kepada Allah

Apabila tiga syarat ini dipenuhi, maka dari mana bangsa sekalipun, maka ianya adalah umat terbaik di sisi Allah.

𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮

Umat Islam adalah umat bersaudara. Perkara ini jelas dari firman Allah:

{ إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةࣱ فَأَصۡلِحُوا۟ بَیۡنَ أَخَوَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ }
[Surah Al-Ḥujurāt: 10]

Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Ini adalah satu prinsip bagi agama Islam iaitu persaudaraan atas nama akidah. Umat Islam juga dituntut untuk merasai apa yang sedang ditanggung oleh saudaranya yang lain. Sabda Nabi saw:
مثلُ المؤمنين في تَوادِّهم ، وتَرَاحُمِهِم ، وتعاطُفِهِمْ . مثلُ الجسَدِ إذا اشتكَى منْهُ عضوٌ تدَاعَى لَهُ سائِرُ الجسَدِ بالسَّهَرِ والْحُمَّى
Ertinya: “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling mengasihi adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh mengadu sakit, seluruh tubuh turut merasainya dengan tidak tidur dan demam.”

Umat Islam seakan satu tubuh badan. Saling merasai antara satu dengan yang lain.

Pada zaman kita ini, banyak terjadi perselisihan yang membawa kepada perpecahan yang tercela. Maka amat patutlah kita kembali menghayati bahawa kita umat yang telah diikat dengan ikatan akidah.

Cukuplah sejarah mengajar kita bahawa musuh cukup tidak s**a kesatuan umat Islam. Zaman dahulu, Abdullah bin Saba sanggup berpura menganut Islam demi menjadi batu api. Sejarah terus berulang dan hendaklah kita terus kembali kepada Al Quran, terus menjadi umat Muhammad saw.

Kita sudahi dengan doa:

اللهم ألف بين قلوبنا، وأصلح ذات بيننا، واهدنا سبل السلام، ونجنا من الظلمات إلى النور، وجنبنا الفواحش ما ظهر منها وما بطن
Ertinya: Ya Allah, satukanlah hati-hati kami, perbaikilah hubungan antara kami, tunjukilah kami jalan-jalan keselamatan, keluarkanlah kami daripada kegelapan menuju cahaya, dan jauhkanlah kami daripada segala perbuatan keji, sama ada yang zahir mahupun yang tersembunyi.

Sekian

MEMIMPIN PENYATUAN
PENYELESAIAN ISLAM MENGISI KEMENANGAN

𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗕𝗶𝗻 𝗔𝗻𝗶
𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮
𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴



02/10/2026

KENYATAAN MEDIA

ISU NEW AGE MOVEMENT: AKIDAH BUKAN RUANG EKSPERIMEN, PEMEGANG PORTFOLIO AGAMA PERLU LEBIH TELITI, PELETAKAN JAWATAN WAJAR DIPERTIMBANGKAN

Akidah bukan perkara yang boleh dipadankan dengan sebarang teori, istilah atau pendekatan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam. Penyampaian berkaitan al-Quran, tauhid dan qada’ serta qadar mesti berpandukan disiplin ilmu Islam yang muktabar.

Dalam isu New Age Movement (NAM), penggunaan istilah seperti quantum, vibration, energy, gelombang dan law of attraction perlu diteliti dengan serius, khususnya apabila dikaitkan dengan al-Quran, dosa, pahala, syurga, neraka dan qada’ serta qadar.

Kita menghargai penjelasan YB Timbalan Menteri bahawa sebahagian istilah tersebut pernah digunakan dan kini tidak lagi digunakan selepas mendapat pandangan serta teguran pihak berautoriti. Namun, masyarakat berhak mengetahui dengan jelas apakah kekeliruan yang timbul daripada penggunaan istilah tersebut supaya perkara sama tidak berulang.

Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang turut merakamkan penghargaan kepada JAKIM, Panel Pakar Akidah dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang telah menjalankan proses tabayyun serta memberikan teguran, nasihat dan panduan berkaitan kandungan serta pendekatan program yang mempunyai implikasi terhadap agama dan akidah.

Kami berpandangan, pemegang portfolio Hal Ehwal Agama mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk memastikan setiap istilah, sumber dan pendekatan yang dibawa kepada masyarakat benar-benar diteliti. Kedudukan tersebut menuntut ketelitian dan kewaspadaan yang lebih tinggi, khususnya dalam perkara berkaitan akidah.

Demi menjaga kewibawaan institusi agama dan keyakinan masyarakat, adalah dinasihatkan agar YB Timbalan Menteri mempertimbangkan untuk meletakkan jawatan dengan penuh tanggungjawab dan berlapang dada.

Isu ini bukan sekadar soal individu, tetapi soal memelihara kemurnian akidah dan memastikan urusan agama negara sentiasa dipandu oleh disiplin ilmu serta pihak yang berautoriti.

LAJNAH DAKWAH & PEMBELAAN ISLAM
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG


Seluruh AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Kawan ingin merakamkan ucapan takziah dan dukacita yang mendalam kepada YABhg ...
28/09/2026

Seluruh AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Kawan ingin merakamkan ucapan takziah dan dukacita yang mendalam kepada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia. Allahyarhamah merupakan seorang tokoh wanita yang berilmu, seorang doktor yang berjasa, dan seorang isteri, ibu serta nenek yang penuh kasih sayang. Jasa dan sumbangan beliau dalam bidang kesihatan, pendidikan dan kebajikan masyarakat amat besar dan akan sentiasa dikenang.

Kepada Tun Dr Mahathir, kami mendoakan agar diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi musibah ini. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, merahmati rohnya, melapangkan kuburnya, dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Kami di PAS Kawasan Batu Kawan turut mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala atas kesabaran keluarga.

Al-Fatihah.

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

24/09/2026

12 Rabiulakhir 1448 H bersamaan 24 September 2026 M

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

𝐏𝐀𝐒 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐋 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈,
𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇.

PAS Pulau Pinang menzahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Exco Kerajaan Negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Datuk Rashidi Zinol, pada 22 September lalu. Beliau menggesa
agar kerjasama PH-BN di Pulau Pinang terus diperkukuh. Kenyataan ini dibuat ketika penyatuan ummah sepatutnya menjadi agenda paling besar dan mendesak bagi orang Melayu-Islam, di peringkat
negeri mahupun nasional.

Lebih mendukacitakan, kenyataan itu dibuat ketika kedudukan UMNO sendiri dalam kerajaan negeri sedang dipersoalkan oleh rakan gabungannya. Penasihat DAP, Lim Guan Eng, secara terbuka dan mendesak agar UMNO disingkirkan daripada kerajaan Pulau Pinang. Ketua Menteri p**a menyerahkan nasib wakil BN kepada keputusan Majlis Presiden PH. Hakikatnya, UMNO Pulau Pinang
hanya memegang satu kerusi Exco, dan kedudukan itu pun bergantung sepenuhnya kepada budi bicara PH-DAP

Pada masa yang sama, di Negeri Sembilan, BN telah membuka ruang kerjasama dengan Perikatan Nasional. Ini membuktikan penyatuan bukanlah perkara mustahil apabila ada kemahuan politik. Justeru, PAS Pulau Pinang mempersoalkan mengapa pimpinan UMNO negeri masih memilih untuk menjadi pelengkap kepada pentadbiran PH-DAP. Mereka sepatutnya bersama-sama membinakekuatan ummah demi masa depan Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, PAS Pulau Pinang menghormati pilihan politik UMNO negeri. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada pimpinan UMNO Pulau Pinang yang tidak meletakkan
penyatuan ummah sebagai agenda besar pada ketika ini. Pintu dialog PAS sentiasa terbuka. Namun rakyat akan menilai sendiri siapa yang benar-benar berjuang menyelamatkan Pulau Pinang dan
Malaysia, dan siapa yang sekadar selesa dengan jawatan.

“𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍”

𝗬𝗕. 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗙𝗔𝗪𝗪𝗔𝗭 𝗕𝗜𝗡 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗔𝗗 𝗝𝗔𝗡.
KETUA PENERANGAN,
PARTI ISLAM SE – MALAYSIA (PAS) NEGERI PULAU PINANG.
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH

18/09/2026
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Bunga raya berkembang merah,Mekar indah di bumi pertiwi,Berbeza bangsa bukan p...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Bunga raya berkembang merah,
Mekar indah di bumi pertiwi,
Berbeza bangsa bukan pemisah,
Bersatu hati teguh berdiri.

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa tanah air ini dibina atas kebersamaan. Walaupun berbeza kaum, budaya dan latar belakang, kita tetap berkongsi sebuah negara yang sama iaitu Malaysia yang kita cintai.

Allah SWT berfirman:

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.
— Surah al-Hujurat, 49:13

Sebagai generasi muda, marilah kita terus menyuburkan kecintaan kepada agama, bangsa dan tanah air, mempertahankan keamanan serta memelihara perpaduan antara kaum. Perbezaan tidak seharusnya menjadi tembok pemisah, sebaliknya menjadi ruang untuk kita saling mengenali, menghormati dan hidup bersama dengan penuh keharmonian.

Semangat persaudaraan dan kesatuan juga harus terus diperkukuhkan sebagaimana firman Allah SWT:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Surah Ali ‘Imran, 3:103

Tanah air ini milik kita bersama.
Keamanan dan keharmoniannya tanggungjawab kita bersama.

Semoga Malaysia terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan keberkatan, serta rakyatnya sentiasa hidup dalam semangat saling menghormati dan bersatu hati.

Selamat Hari Malaysia 2026 🇲🇾

Ikhlas daripada,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu




16/09/2026

Address

Batu Kawan
14100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Batu Kawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share