13/09/2026
๐ ๐ข๐ฃ ๐ ๐ข๐ง๐ข๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ฆ๐ฃ๐ง๐ ๐๐๐ง๐จ ๐ฃ๐๐๐๐ง: ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐จ๐๐ก ๐๐ ๐๐ข๐๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐๐ก ๐
Batu Pahat, Ahad 13 September 2026 โ Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat telah melaksanakan Op Motosikal serta pemantauan di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan panas bagi aktiviti penunggang motosikal, khususnya di sepanjang Jalan Kluang hingga ke Parit Bingan.
Pemantauan turut dilaksanakan di sekitar Bandar Batu Pahat, Jalan Peserai, Minyak Beku, Jalan Tan Swee Hoe, Bukit Pasir serta Km 27 Jalan Kluang.
Operasi ini dilaksanakan bagi membendung kesalahan lalu lintas melibatkan penunggang motosikal serta memastikan mereka sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.
Hasil operasi, sebanyak 54 buah motosikal telah diperiksa dan 69 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
Selain itu, sebanyak 9 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BSPTD Batu Pahat akan terus memberi tumpuan kepada lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti, khususnya laluan yang sering menjadi tumpuan penunggang motosikal, bagi memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.
๐๏ธ Jangan tunggu sampai disita. Patuhi undang-undang sebelum dikenakan tindakan.
๐ ๐ง๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐จ ๐ฃ๐๐๐๐ง
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฎ๐๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐ด๐ฎ๐, ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐.