PENTAS

Directions Website Contact the organization

PENTAS Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas UTHM

 TAHNIAH KEPADA AHLI PENTAS ATAS KEJAYAAN MISI PENDAKIAN ANNAPURNA BASE CAMP (ABC) NEPAL📅 15 September 2026 | SelasaPers...
23/09/2026


TAHNIAH KEPADA AHLI PENTAS ATAS KEJAYAAN MISI PENDAKIAN ANNAPURNA BASE CAMP (ABC) NEPAL
📅 15 September 2026 | Selasa

Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS) UTHM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada dua orang ahli PENTAS atas kejayaan menyempurnakan Misi Pendakian Annapurna Base Camp (ABC), Nepal. Kejayaan ini melibatkan:

Puan Haszrinaz binti Husain @ Hashim
Pengarah, Pejabat Pengurusan Akademik
dan;
Encik Lokman Hakim bin Jamil
Pegawai Teknologi Maklumat
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat

Kejayaan menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp bukan sekadar pencapaian fizikal, malah mencerminkan ketahanan diri, disiplin, keberanian, semangat setiakawan dan kesungguhan dalam mengharungi cabaran.

Syabas dan Tahniah!
Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama PENTAS serta UTHM di persada dunia.

Ikhlas daripada,
Presiden, Jawatankuasa dan Ahli PENTAS UTHM





 KUNJUNGAN HORMAT MASTI KEPADA YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR, MENTERI PENDIDIKAN TINGGI📅 17 September ...
18/09/2026


KUNJUNGAN HORMAT MASTI KEPADA YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR, MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

📅 17 September 2026 | Khamis
📍 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya

Telah berlangsung Kunjungan Hormat Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) kepada YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, bertempat di Pejabat Menteri, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya.

Turut bersama YB Menteri ialah YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), serta pegawai-pegawai KPT. Delegasi MASTI diketuai oleh Presidennya, Tuan Haji Wan Mohd Wazir bin Wan Abdul Wahab. Hadir sama ialah Puan Hawa Omar, Presiden PENTAS, serta Presiden-presiden Persatuan Universiti Awam Malaysia selaku Ahli Jawatankuasa Eksekutif MASTI.

Dalam sesi kunjungan ini, MASTI telah mengemukakan beberapa usul, antaranya kolaborasi bersama KPT dalam program pembangunan pentadbir, keterlibatan pentadbir dalam penggubalan kerangka penggantian AUKU, KPT sebagai rakan strategik penganjuran Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia setiap tahun serta penambahbaikan berterusan terhadap laluan kerjaya pentadbir.

Perbincangan ini mencerminkan komitmen MASTI untuk terus memperkukuh peranan pentadbir sebagai rakan strategik dalam tadbir urus, pengurusan dan pembangunan Universiti Awam (UA). Semoga sesi libat urus ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat antara MASTI dan KPT, seterusnya membuka ruang kepada usaha berterusan dalam memperkasa profesionalisme, kompetensi dan laluan kerjaya pentadbir UA Malaysia.

PENTAS merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian YB Menteri menerima kunjungan MASTI yang mewakili persatuan-persatuan pentadbir UA Malaysia.





  🇲🇾SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 202616 September 2026 | RabuPersatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS) UTHM m...
16/09/2026

🇲🇾
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026
16 September 2026 | Rabu

Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS) UTHM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh warga UTHM dan rakyat Malaysia. Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada negara terus subur dalam diri kita, berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI. Marilah kita bersama-sama memperkukuh kebersamaan, menghargai kepelbagaian dan melangkah ke hadapan dengan iltizam untuk menyumbang kepada pembangunan Negara yang lebih maju, inklusif dan sejahtera.

Bersama Membina Malaysia yang Gemilang! 🇲🇾





 UTHM HR TRANSFORMATION WORKSHOP : ALIGNING TO STRATEGIC IMPERATIVES14 September 2026 | IsninTelah berlangsung UTHM HR T...
15/09/2026


UTHM HR TRANSFORMATION WORKSHOP : ALIGNING TO STRATEGIC IMPERATIVES
14 September 2026 | Isnin

Telah berlangsung UTHM HR Transformation Workshop : Aligning to Strategic Imperatives anjuran Sekretariat Lembaga Pengarah Universiti, bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, bersama penceramah jemputan YBhg. Prof. Dr. Rozhan Othman.

Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS) telah dijemput hadir bagi membincangkan mengenai hala tuju transformasi sumber manusia UTHM secara lebih strategik dan menyeluruh dan telah dihadiri oleh Presidennya, Puan Hawa Omar. Bengkel ini turut menghimpunkan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), barisan Pegawai Eksekutif Universiti, Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab, Pengerusi Majlis Profesor dan Persatuan KKP UTHM.

Semoga dapatan bengkel ini dapat dimanfaatkan untuk menjayakan serta merealisasikan hasrat transformasi sumber manusia UTHM.





 BENGKEL SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) 2026/2028 PERSATUAN PEGAWAI PENTADBIR DAN IKHTISAS (PENTAS) UTHM📅 08 September 2026...
11/09/2026



BENGKEL SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) 2026/2028 PERSATUAN PEGAWAI PENTADBIR DAN IKHTISAS (PENTAS) UTHM

📅 08 September 2026 | Selasa
📍 Blok G2, FKMP, UTHM

Telah berlangsung Bengkel Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PENTAS UTHM Sesi 2026/2028 yang bertujuan menyelaraskan perancangan dan halatuju, menetapkan sasaran kerja yang jelas serta memperincikan program dan aktiviti setiap jawatankuasa dan exco PENTAS.

Bengkel ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama, memperjelas peranan dan tanggungjawab serta memastikan pelaksanaan agenda persatuan lebih terancang, tersusun dan berimpak.

Hadir mempengerusikan bengkel ialah Puan Hawa Omar, Presiden PENTAS. Turut hadir ialah barisan Jawatankuasa dan ahli exco PENTAS. Bengkel dimulakan dengan sesi taklimat dan amanat daripada YBrs. Presiden dan diakhiri dengan rumusan oleh Encik Anuar Raze Abd Rahim, Timbalan Presiden PENTAS.

Bertemakan “Pentadbir Pencorak Strategi, Pemacu Inovasi”, diharapkan agar dapatan bengkel ini dapat menjadi panduan dalam memperkasa profesionalisme pentadbir, meningkatkan kesejahteraan ahli serta menyumbang kepada kecemerlangan UTHM melalui pelaksanaan program dan aktiviti yang, bersepadu dan memberi manfaat kepada warga PENTAS. Insyallah.





 ZIARAH KASIH PENTAS07 Ogos 2026 | IsninTelah berlangsung sesi Ziarah Kasih PENTAS bagi menyantuni SUPT/PB Muhammad Khai...
09/09/2026


ZIARAH KASIH PENTAS
07 Ogos 2026 | Isnin

Telah berlangsung sesi Ziarah Kasih PENTAS bagi menyantuni SUPT/PB Muhammad Khair bin Mahmood Dean, Pengarah Pejabat Polis Bantuan dan Keselamatan UTHM, yang telah diuji dengan masalah kesihatan. Ziarah kasih oleh Puan Daisy Zurina binti Johani, Ketua Exco Kebajikan dan Khidmat Sosial dan exco PENTAS turut menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas sebagai tanda sokongan moral daripada seluruh warga PENTAS. Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan, memberikan kesembuhan yang tidak berbekas dan mengurniakan keafiatan yang berkekalan. Aamiin ya Rabbal Alamin.

Ikhlas Daripada;
Presiden, Jawatankuasa dan Ahli-ahli PENTAS UTHM





Tahniah YBhg. Prof.
09/09/2026

Tahniah YBhg. Prof.

I PROFESOR TS. DR. ABDUL RASID DILANTIK SEMULA TNC (HEPA), UTHM

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM.

Pelantikan bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa mulai 15 September 2026 hingga 14 September 2028, merupakan kesinambungan amanah beliau dalam menerajui agenda hal ehwal pelajar dan alumni universiti.

Kepercayaan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap pengalaman, kepakaran dan kepimpinan beliau dalam memperkukuh kemenjadian mahasiswa, kebajikan dan kesejahteraan pelajar, pembangunan bakat serta jaringan alumni.

Semoga Prof. Rasid terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan ilham dalam menggalas amanah ini, seterusnya bersama-sama memperkasa ekosistem mahasiswa dan alumni serta menyumbang kepada kecemerlangan UTHM.

Berita lanjut layari👇

https://news.uthm.edu.my/ms/2026/09/profesor-ts-dr-abdul-rasid-abdul-razzaq-dilantik-semula-tnc-uthm-uthm/



 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
31/08/2026


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾





 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾 31 OGOS 2026Sempena Hari Kebangsaan 2026, ayuh kita bersama-sama menyemarakka...
30/08/2026


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾 31 OGOS 2026

Sempena Hari Kebangsaan 2026, ayuh kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghayati nilai Rukun Negara demi membina Malaysia yang maju, inklusif dan harmoni.

Seiring dengan semangat dan berteraskan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita bersama-sama memperkukuh komitmen untuk membudayakan tadbir urus yang baik, meningkatkan prestasi serta mencipta nilai dan impak bermakna, demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan Negara.

Ikhlas daripada,
Presiden, Jawatankuasa dan Ahli-ahli PENTAS UTHM





Address

Universiti Tun Hussein Onn
Batu Pahat
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PENTAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PENTAS:

Shortcuts

Share