PUSAT MINDA EMAS UTHM

Call Directions Website Contact the organization

PUSAT MINDA EMAS UTHM Dibina pada tahun 2011 & siap sepenuhnya pada 2016.

20 - 21 Ogos 2026 | Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Sungai TongkangPusat Kepimpinan dan...
21/08/2026

20 - 21 Ogos 2026 | Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang pada 20 hingga 21 Ogos 2026 bertempat di Pusat Minda Emas (PuMAS), UTHM Tanjung Laboh.

Program ini melibatkan seramai 54 orang murid Tahun 4, 5 dan Tahun 6 yang terdiri daripada ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Persekutuan Pengakap Malaysia. Program selama dua hari ini memberi pendedahan kepada peserta melalui pelbagai aktiviti yang menekankan aspek disiplin, kepimpinan, kerjasama berpasukan, keyakinan diri serta kemahiran asas dalam kegiatan unit beruniform.

Program ini dikendalikan oleh barisan fasilitator yang terdiri daripada Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zainal, SM/PB Mohamad Razid bin Kasaok, Cik Yazilah binti Md Yazir dan Encik Mohamad Aminuddin bin Mohd Norsah yang membimbing para peserta sepanjang pelaksanaan aktiviti program.

Majlis penutup program telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Berusaha Puan Norbaiti binti Sarpin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang.

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang, barisan fasilitator, guru-guru pengiring, para peserta serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga segala pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam membentuk murid yang berdisiplin, berkeyakinan, bertanggungjawab serta mempunyai semangat kepimpinan dan kerjasama yang tinggi.






13 - 14 Ogos 2026 | Program Perkhemahan Badan Uniform Sekolah Kebangsaan Seri BunutPusat Kepimpinan dan Kompetensi, Univ...
15/08/2026

13 - 14 Ogos 2026 | Program Perkhemahan Badan Uniform Sekolah Kebangsaan Seri Bunut

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan Program Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Seri Bunut pada 13 hingga 14 Ogos 2026 bertempat di Pusat Minda Emas (PuMAS), UTHM Tanjung Laboh.

Program ini melibatkan seramai 35 orang murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang terdiri daripada ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Program ini bertujuan membentuk sahsiah dan disiplin, memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan kemahiran kepimpinan dan keyakinan diri dalam kalangan peserta menerusi pelbagai aktiviti yang mencabar, interaktif dan berorientasikan pembelajaran luar bilik darjah.

Program ini dikendalikan oleh barisan fasilitator yang terdiri daripada Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zainal, SM/PB Mohamad Razid bin Kasaok dan Encik Mohd Farid bin Abdul Shukor. Mereka turut dibantu oleh Encik Abd Shukur bin Mutalib dan Cik Najla Aliyah binti Ehwan selaku pembantu fasilitator dalam memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar sepanjang program berlangsung.

Majlis penutup program telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Berusaha Tuan Haji Shahruddin bin Subari, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bunut. Turut hadir ialah Yang Dihormati Puan Norellyia binti Saria'at, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri Bunut.

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Seri Bunut, barisan fasilitator dan pembantu fasilitator, guru-guru pengiring, para peserta serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga segala pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang program dapat dimanfaatkan dalam membentuk murid yang berdisiplin, berkeyakinan, bertanggungjawab serta mempunyai semangat kerjasama dan kepimpinan yang tinggi.






17 – 19 Julai 2026 | Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional KluangPusat Kepimpinan dan Kompeten...
20/07/2026

17 – 19 Julai 2026 | Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Kluang

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Kluang pada 17 hingga 19 Julai 2026 bertempat di Pusat Minda Emas (PuMAS), UTHM Tanjung Laboh.

Program ini melibatkan seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Kluang. Penganjuran program ini bertujuan membentuk kepimpinan yang berintegriti, berdaya saing dan berwibawa di samping memupuk semangat kerjasama, komunikasi berkesan, pemikiran kritis serta keyakinan diri melalui pelbagai aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman.

Program ini dikendalikan oleh barisan fasilitator yang terdiri daripada Encik Saifudin bin Salim, Tuan Haji Azreen bin Md Amin, Encik Muhamad Khairul Fitri bin Sarimin dan Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zainal, yang berkongsi ilmu, pengalaman serta membimbing peserta sepanjang program berlangsung.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Affandi bin Masturi, Pengarah Kolej Vokasional Kluang, yang turut menyampaikan sijil penyertaan serta menyempurnakan penutupan rasmi program.

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kolej Vokasional Kluang, barisan fasilitator, guru-guru pengiring, para peserta serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seumpama ini dapat melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwawasan, berintegriti, berkemahiran serta bersedia memimpin organisasi dengan penuh tanggungjawab pada masa hadapan.






3 - 4 Julai 2026 | Program Perkhemahan Perdana Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Convent Batu PahatPusat Kepimpinan da...
04/07/2026

3 - 4 Julai 2026 | Program Perkhemahan Perdana Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan Program Perkhemahan Perdana Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat pada 3 hingga 4 Julai 2026 bertempat di Pusat Minda Emas (PuMAS), UTHM Tanjung Laboh.

Program ini melibatkan seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada ahli Pandu Puteri Tunas, Persekutuan Pengakap Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Program ini bertujuan membentuk sahsiah, memperkukuh disiplin, memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan peserta melalui pelbagai aktiviti yang mencabar, interaktif dan berorientasikan pembelajaran luar bilik darja

Program ini dikendalikan oleh barisan fasilitator yang terdiri daripada SM/PB Mohamad Razid bin Kasaok, Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zainal dan Cik Yazilah binti Md Yazir. Mereka turut dibantu oleh Encik Abd Shukur bin Mutalib dan Encik Mohamad Aminuddin bin Mohd Norsah selaku pembantu fasilitator yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran sepanjang program berlangsung.

Majlis penutup program telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Berusaha Puan Nohiza binti Mohd Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat. Turut hadir ialah Yang Dihormati Puan Hajah Sumalia binti Mohamad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat.

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat, barisan fasilitator, pembantu fasilitator, guru-guru pengiring, para peserta serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan murid yang berdisiplin, berdaya kepimpinan, berakhlak mulia dan sentiasa bersedia menyumbang kepada sekolah serta masyarakat.






18 - 19 Jun 2026 | Kem Kepimpinan Badan Pemimpin Murid SMK Permata JayaPusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menganjurka...
19/06/2026

18 - 19 Jun 2026 | Kem Kepimpinan Badan Pemimpin Murid SMK Permata Jaya

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menganjurkan Kem Kepimpinan Badan Pemimpin Murid SMK Permata Jaya pada 18 hingga 19 Jun 2026 di Pusat Minda Emas (PuMAS), UTHM Tanjung Laboh.

Program ini telah disertai oleh 45 orang peserta yang terdiri daripada badan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber Sekolah (PSS), Student Leaders Board (SLB) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Pelbagai aktiviti berbentuk kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan pembangunan sahsiah telah dilaksanakan bagi membentuk pemimpin pelajar yang berkeyakinan, berintegriti dan mampu memimpin secara berkesan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah dibimbing oleh fasilitator berpengalaman iaitu Encik Zuraini bin Tasri, Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zainal dan Tuan Haji Zainuddin bin Mohd Noh. Turut membantu menjayakan program ini ialah pembantu fasilitator Puan Norliah binti Haji Ramli dan Cik Najla Aliyah binti Ehwan yang sentiasa memberikan sokongan dan bimbingan kepada peserta.

Majlis penutup program telah diserikan dengan kehadiran Yang Dihormati Encik Azhar bin A. Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Permata Jaya.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SMK Permata Jaya serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam membentuk barisan pemimpin muda yang cemerlang pada masa hadapan.






12 - 13 Jun 2026 | Kem Kepimpinan Pemimpin Murid SMK Mutiara Rini Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menganjurkan Kem...
13/06/2026

12 - 13 Jun 2026 | Kem Kepimpinan Pemimpin Murid SMK Mutiara Rini

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pemimpin Murid SMK Mutiara Rini pada 12 hingga 13 Jun 2026 di Pusat Minda Emas (PuMAS), UTHM Tanjung Laboh.

Seramai 80 orang peserta telah menyertai kursus ini dengan pengisian aktiviti berbentuk latihan kepimpinan, kerja berpasukan dan pembangunan sahsiah telah dilaksanakan bagi membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi serta memupuk nilai kepimpinan dalam kalangan peserta.

Pengisian program telah dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman iaitu Encik Zuraini bin Tasri, Encik Mohd Razali bin Abdullah dan Tc. Muhamad Khairul Fitri bin Sarimin. Turut membantu menjayakan program ini ialah pembantu fasilitator Puan Azean Musfirah binti Rahim dan Cik Najla Aliyah binti Ehwan yang sentiasa memberikan bimbingan dan sokongan sepanjang program berlangsung.

Pihak PuMAS UTHM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini. Diharapkan kursus ini dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan, berdisiplin serta mampu menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.






16 - 17 April 2026 | Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SK Infant Jesus ConventPusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menganjur...
20/04/2026

16 - 17 April 2026 | Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SK Infant Jesus Convent

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SK Infant Jesus Convent pada 16 hingga 17 April 2026 di Pusat Minda Emas (PuMAS), UTHM Tanjung Laboh.

Seramai 122 orang peserta telah menyertai kursus ini dengan pengisian aktiviti berbentuk latihan kepimpinan, kerja berpasukan dan pembangunan sahsiah telah dilaksanakan bagi membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi serta memupuk nilai kepimpinan dalam kalangan peserta.

Pengisian program telah dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman iaitu Tc. Muhamad Khairul Fitri bin Sarimin, Encik Muhamad Zahin bin Muhamad Sahadi dan Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zainal. Turut membantu menjayakan program ini ialah pembantu fasilitator Puan Azean Musfirah binti Rahim, Puan Norliah binti Ramli dan Cik Meesha Farhana binti Sahrolniza yang sentiasa memberikan bimbingan dan sokongan sepanjang program berlangsung.

Pihak PuMAS UTHM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini. Diharapkan kursus ini dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan, berdisiplin serta mampu menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.






11 - 12 April 2026 | Kursus Kepimpinan Pemimpin Sekolah SMK Dato' Bentara LuarPusat Kepimpinan dan Kompetensi telah meng...
13/04/2026

11 - 12 April 2026 | Kursus Kepimpinan Pemimpin Sekolah SMK Dato' Bentara Luar

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Sekolah SMK Dato' Bentara Luar pada 11 hingga 12 April 2026 di Pusat Minda Emas (PuMAS), UTHM Tanjung Laboh.

Seramai 81 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada pelajar badan kepimpinan sekolah. Pelbagai aktiviti berbentuk latihan kepimpinan, kerja berpasukan dan pembangunan sahsiah telah dilaksanakan bagi membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi serta memupuk nilai kepimpinan dalam kalangan peserta.

Pengisian program telah dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman iaitu Encik Zuraini bin Tasri, Encik Mohd Razali bin Abdullah dan Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zainal. Turut membantu menjayakan program ini ialah pembantu fasilitator Haji Zainuddin bin Mohd Noh, Puan Azean Musfirah binti Rahim dan Cik Najla Aliyah binti Ehwan yang sentiasa memberikan bimbingan dan sokongan sepanjang program berlangsung.

Majlis penutup telah disempurnakan dengan kehadiran Encik Ismail bin Basiron, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SDBL. Pihak PuMAS UTHM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini. Diharapkan kursus ini dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan, berdisiplin serta mampu menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.






9 - 10 April 2026 | Kem Kepimpinan Bersepadu: Pembangunan Sahsiah dan Kepimpinan Pelajar SMK Majidi Baru 2Pusat Kepimpin...
10/04/2026

9 - 10 April 2026 | Kem Kepimpinan Bersepadu: Pembangunan Sahsiah dan Kepimpinan Pelajar SMK Majidi Baru 2

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) telah menganjurkan Kem Kepimpinan Bersepadu: Pembangunan Sahsiah dan Kepimpinan Pelajar SMK Majidi Baru 2 pada 9 hingga 10 April 2026.

Seramai 80 orang peserta telah menyertai kem ini yang terdiri daripada pelajar badan beruniform dan badan kepimpinan sekolah. Pelbagai aktiviti berbentuk latihan kepimpinan, kerja berpasukan dan pembangunan sahsiah telah dilaksanakan bagi membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi serta memupuk nilai kepimpinan dalam kalangan peserta.

Pengisian program telah dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman iaitu Cik Yazilah binti Md Yazir, SM/PH Mohamad Razid bin Kasaok dan Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zainal. Turut membantu menjayakan program ini ialah pembantu fasilitator Encik Abd Shukur bin Mutalib, Encik Mohamad Aminuddin bin Mohd Norsah dan Encik Mohamad Badrul Hisyam bin Mohtar yang sentiasa memberikan bimbingan dan sokongan sepanjang program berlangsung.

Majlis penutup telah disempurnakan dengan kehadiran Puan Noorhayati binti Hassan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum serta Puan Harleza binti Alias, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Pihak PKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini. Diharapkan kem ini dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan, berdisiplin serta mampu menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.






2 - 3 Disember 2025 | Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SMK Tun IsmailPusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menganjurkan Kem ...
13/12/2025

2 - 3 Disember 2025 | Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SMK Tun Ismail

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Smk Tun Ismail pada 2 hingga 3 Disember 2025 bertempat di Pusat Minda Emas (PuMAS), UTHM Tanjung Laboh.

Seramai 67 orang peserta telah menyertai kem ini yang terdiri daripada Unit Pengawas Sekolah, Student Leaders Board, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Imam Muda SMK Tun Ismail. Pelbagai aktiviti berbentuk latihan kepimpinan, kerja berpasukan dan simulasi telah dijalankan bagi membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi, keupayaan membuat keputusan serta membentuk sahsiah kepimpinan dalam kalangan peserta.

Pengisian program telah dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman iaitu Tuan Haji Azreen bin Md Amin, Encik Zuraini bin Tasri, Encik Mohd Razali bin Abdullah dan Tc. Muhamad Khairul Fitri bin Sarimin. Turut membantu menjayakan program ini ialah pembantu fasilitator Puan Norliah binti Haji Ramli, Puan Nor’aini binti Asmuni dan Encik Zainuddin bin Mohd Noh yang sentiasa memberikan bimbingan dan sokongan sepanjang program berlangsung.

Majlis penutup telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Puan Hajah Noor Rasyidah binti Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Raja, bersama Yang Berusaha Encik Abd Malek bin Abd Kadir, Pengetua SMK Tun Ismail. Kehadiran kepimpinan sekolah dan wakil rakyat ini mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha pembangunan kepimpinan murid di peringkat sekolah menengah.

Pihak PKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan sokongan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan penganjuran kem ini dapat melahirkan barisan pemimpin muda yang berkeyakinan, berdisiplin serta berupaya memimpin dengan berkesan pada masa hadapan.

π‘²π’π’Šπ’Œ 𝒑𝒂𝒖𝒕𝒂𝒏 πŸ‘‰ https://linktr.ee/officialpkkuthm π’–π’π’•π’–π’Œ π’π’†π’ƒπ’Šπ’‰ π’Šπ’π’‡π’ π’Žπ’†π’π’ˆπ’†π’π’‚π’Š 𝑷𝒖𝒔𝒂𝒕 π‘²π’†π’‘π’Šπ’Žπ’‘π’Šπ’π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π‘²π’π’Žπ’‘π’†π’•π’†π’π’”π’Š.






Address

Tanjung Labuh
Batu Pahat
83200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSAT MINDA EMAS UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PUSAT MINDA EMAS UTHM:

Shortcuts

Share