15/08/2026
15 Ogos 2026
Alhamdulillah, selesai sudah Program Raikan Kemerdekaan Bersama Jalinan Rakyat anjuran Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat yang berlangsung dalam suasana penuh meriah, ceria dan semangat kekeluargaan.Tahniah kepada Puan Hjh Haliza Abdullah dan Naib Ketua Wanita Bhg Batu Pahat dan ajk wanita Bhg yang telah bertungkus lumus menguruskan segala kelengkapan prrogram pada hari ini.
Majlis telah disempurnakan oleh YB. Tuan Haji Mohd Yusla Ismail, ADUN Senggarang yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian hadir serta menyempurnakan program ini. πΉ
Terima kasih juga kepada YBhg Dato Dr Shahrulnizam Yunos yang menaja tempat bagi program ini di Wisma Dato Dr Shahrulnizam Yunos, Pt. Tariman, Senggarang.π
Pelbagai aktiviti menarik seperti Chair Robic, Team Building, Fun Games dan Karaoke Santai telah diadakan, sekali gus mengeratkan silaturahim dan menceriakan para peserta.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan, malah menjadi wadah untuk memperkukuh ukhuwah, mendekati masyarakat serta mengeratkan hubungan bersama Jalinan Rakyat.
Terima kasih kepada semua 420 wanita-wanita hebat yang hadir terdiri daripada jentera Jalinan Rakyat serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. β€οΈ
π²πΎ Semangat Merdeka, Ukhuwah Terpelihara!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! π²πΎ