P149 - Sri Gading

Call Directions

P149 - Sri Gading Fanpage ini adalah salah satu Media Pakatan Harapan Sri Gading

28/08/2026

CERAMAH RCI TABUNG HAJI PARLIMEN POKOK SENA

Bersama :

Ustaz Ridzwan Abu Bakar, PSU Amanah Nasional.
Ustaz Shahir, Setiausaha Pemuda AMANAH Nasional.
Dato' Dr. Ismail Salleh, JK Pimpinan AMANAH Nasional.

23/06/2026

UNITY PODCAST LIVE!

PRN JOHOR 2026 : KESTABILAN, PEREBUTAN KUASA ATAU MASA DEPAN BANGSA JOHOR

Bersama panel khas:
🎙 Dato’ Wira Hj Mahfuz Omar
Naib Presiden AMANAH
🎙 Dato’ Dr. Ismail Salleh
JK Pimpinan AMANAH Nasional

10/06/2026

UNITY PODCAST LIVE!

PAS & BERSATU BERCERAI | UMNO TAK MAHU WUJUDKAN MUAFAKAT NASIONAL | APA NAK JADI?

Bersama panel khas:
🎙 Dato’ Wira Hj Mahfuz Omar
Naib Presiden AMANAH
🎙 Dato’ Dr. Ismail Salleh
JK Pimpinan AMANAH Nasional

07/06/2026

UNITY PODCAST LIVE!

PRN JOHOR & NEGERI SEMBILAN AWAL, STRATEGI ATAU TRAGEDI?

Bersama panel khas:
🎙 Dato’ Wira Hj Mahfuz Omar
Naib Presiden AMANAH
🎙 Prof Dr. Azizuddin
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
🎙 Dato’ Dr. Ismail Salleh
JK Pimpinan AMANAH Nasional

06/06/2026

live! live! PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA PAKATAN HARAPAN NEGERI JOHOR 2026

Wakil rasmi YB, Saudara Md Ezam Taslim, dan team Pusat Khidmat Parlimen Sri Gading berkesempatan menziarahi Saudara Roza...
07/05/2026

Wakil rasmi YB, Saudara Md Ezam Taslim, dan team Pusat Khidmat Parlimen Sri Gading berkesempatan menziarahi Saudara Rozazam Kamat yang baru sahaja keluar dari hospital akibat masalah jantung.

Kami turut bertanya khabar serta mengikuti perkembangan kesihatan beliau. Semoga Saudara Rozazam diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Ziarah Kasih ke kediaman Saudara Zamzam bagi menyampaikan bantuan lampin dewasa yang dipohon, melalui wakil rasmi YB, Sa...
07/05/2026

Ziarah Kasih ke kediaman Saudara Zamzam bagi menyampaikan bantuan lampin dewasa yang dipohon, melalui wakil rasmi YB, Saudara Md Ezam Taslim.

Semoga bantuan kecil ini dapat memberi manfaat serta meringankan sedikit beban yang ditanggung. Semoga urusan Saudara Zamzam dan keluarga dipermudahkan sentiasa.

Kejohanan Bola Jaring B15 & B18 MSSD Batu Pahat 2026 @ SJK (C) Buloh ⛹️‍♀️✨Berakhir sudah dengan jayanya Kejohanan Bola ...
07/05/2026

Kejohanan Bola Jaring B15 & B18 MSSD Batu Pahat 2026 @ SJK (C) Buloh ⛹️‍♀️✨

Berakhir sudah dengan jayanya Kejohanan Bola Jaring MSSD Batu Pahat bagi kategori B15 dan B18 yang berlangsung di SJK (C) Buloh.

Wakil Rasmi YB Aminolhuda, Saudara Md Ezam Taslim, telah hadir bagi merasmikan kejohanan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi pihak YB yang tidak dapat hadir atas urusan kerja di Kuala Lumpur.

Sekalung tahniah diucapkan kepada:
🥇 SMK Tun Aminah — Johan Kategori B15
🥇 SMK Sri Gading — Johan Kategori B18

Semoga para pemain yang terpilih untuk mewakili daerah Batu Pahat ke peringkat negeri terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama daerah.

Terima kasih juga kepada semua guru, urus setia, pengadil, peserta serta semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini. Semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang dipamerkan amat membanggakan. 💪✨

Tahniah & Syabas 🤝

Alhamdulillah, bantuan kecemasan segera telah berjaya disampaikan kepada lebih kurang 7 keluarga yang terkesan akibat ba...
22/04/2026

Alhamdulillah, bantuan kecemasan segera telah berjaya disampaikan kepada lebih kurang 7 keluarga yang terkesan akibat banjir kilat yang melanda malam tadi susulan hujan ribut yang berpanjangan.

Sumbangan ini telah disalurkan dengan kadar segera oleh Pegawai dan Petugas Pusat Khidmat Parlimen Sri Gading di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sengkuang bagi membantu meringankan beban mangsa yang terlibat.

Berdasarkan laporan terkini, keadaan banjir kini semakin surut dan dijangkakan semua mangsa akan dapat pulang ke kediaman masing-masing pada hari ini.

Perasmian Mesyuarat Agung PIBG, Melawat Tapak Pembinaan Baharu Dewan @ SK Seri Idaman 📚🧡Alhamdulillah, mesyuarat agung P...
15/04/2026

Perasmian Mesyuarat Agung PIBG, Melawat Tapak Pembinaan Baharu Dewan @ SK Seri Idaman 📚🧡

Alhamdulillah, mesyuarat agung PIBG kali ke-39 SK Seri Idaman telah selamat dirasmikan oleh wakil rasmi YB, Saudara Md Ezam Taslim, sekaligus melihat tapak pembinaan dewan baharu sekolah yang sedang giat dijalankan.

Semoga pembinaan dewan baharu ini dapat dapat disegerakan kerana telah lama tertangguh akibat beberapa isu supaya dapat memberi keselesaan serta manfaat yang besar kepada warga sekolah, khususnya dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan dan kokurikulum. Terima kasih diucapkan kepada pihak PIBG, guru-guru serta semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini.

Address

Taman Cempaka Putih
Batu Pahat
83000

Telephone

+6074315130

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when P149 - Sri Gading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share