SK SERI TELOK

Call Directions

SK SERI TELOK SEBUAH SEKOLAH LUAR BANDAR YANG MEMPUNYAI WAWASAN UNTUK BERSAING DENGAN SEKOLAH BANDAR

17/10/2026

MAKLUMAN TERKINI

TINDAKAN SEKOLAH BERDASARKAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

β€œKesihatan Murid, Keutamaan Kita”

10/10/2026

10 OKTOBER 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN

STATUS PENGOPERASIAN SEKOLAH AKAN DITENTUKAN BERDASAR PEMANTAUAN BACAAN IPU JEREBU SECARA HARIAN OLEH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

Tahun Ini, Tahun Kita
β€œGuru Bitara Nadi Negara”







06/10/2026

πŸ“’ KENYATAAN MEDIA BENCANA (JEREBU) DAERAH BATU PAHAT

Susulan keadaan jerebu yang melanda Daerah Batu Pahat, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencatatkan 203 iaitu pada tahap Sangat Tidak Sihat setakat 6 Oktober 2026, jam 8.00 malam.

Sehubungan itu, semua sekolah, tadika dan taska yang terlibat di seluruh Daerah Batu Pahat akan ditutup mulai 7 Oktober 2026 (Rabu) selaras dengan ketetapan serta garis panduan berkaitan pengurusan jerebu.

πŸ“Œ Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT 4) turut DITANGGUHKAN SERTA-MERTA.
Penjadualan semula akan dimaklumkan kemudian setelah institusi pendidikan dibuka semula.

Pihak sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya diarahkan serta memastikan maklumat berkaitan pelaksanaan PdPR, tugasan murid dan saluran komunikasi disampaikan kepada ibu bapa atau penjaga melalui saluran rasmi sekolah.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi dan tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan warga pendidikan serta masyarakat Daerah Batu Pahat sentiasa terpelihara.


06/10/2026

⚠️ PERINGATAN WASPADA JEREBU KEPADA WARGA SEKOLAH ⚠️

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU/AQI) di Batu Pahat telah mencapai tahap Tidak Sihat (Unhealthy). Sehubungan itu, semua warga sekolah dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan dan keselamatan masing-masing.

πŸ“Œ Langkah-langkah yang perlu dipatuhi:

* Kurangkan aktiviti luar bilik darjah dan aktiviti fizikal yang berat.
* Gunakan pelitup muka yang bersesuaian sekiranya berada di kawasan terbuka.
* Minum air kosong dengan secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.
* Sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada udara luar.
* Murid yang mempunyai masalah asma, alahan atau penyakit pernafasan hendaklah membawa ubat yang diperlukan dan memaklumkan kepada guru sekiranya tidak sihat.

⚠️ Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom seperti batuk berterusan, sesak nafas, sakit dada, iritasi mata atau pening kepala.

Kerjasama dan keprihatinan semua warga sekolah amat dihargai demi memastikan kesihatan serta kesejahteraan bersama sentiasa terpelihara.

β€œKesihatan Diutamakan, Keselamatan Tanggungjawab Bersama.” πŸŒΏπŸ’™

Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat

SELAMAT MENDUDUKI MATRIKS PEMBELAJARAN  TAHUN 4(MPT4) kepada semua anak-anak tahun 4 SK Seri Telok
05/10/2026

SELAMAT MENDUDUKI MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4(MPT4) kepada semua anak-anak tahun 4 SK Seri Telok



23.9.2026( Rabu)ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025, Pejabat Pendidikan Daerah Batu PahatMajlis telah dirasmikan ...
29/09/2026

23.9.2026( Rabu)
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025, Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Zulkurnain bin Abdul Rahman, Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.

1. Cikgu Mohamad Faizal bin Amir
2. Cikgu Abd Kahar bin Maslan
3. Cikgu Zaiton bt Muhaimin
4. Cikgu Nadzirah bt Osman

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik serta mencetuskan inspirasi kepada seluruh warga pendidikan.

Kejohanan Besbol P14 Kebangsaan 2026Jasin, MelakaMewakili Pasukan Johor TigersJohan P14Tahniah adik Nur Syasya Damia bin...
28/09/2026

Kejohanan Besbol P14 Kebangsaan 2026
Jasin, Melaka

Mewakili Pasukan Johor Tigers

Johan P14
Tahniah adik Nur Syasya Damia binti Shahrul Nizam

Syabas dan tahniah.
Semoga menjadi inpirasi buat semua.

Alhamdulillah.Tahniah diucapkan kepada Pasukan Tingkah Telok untuk Pertandingan yang telah diadakan sempena sempena Iska...
27/09/2026

Alhamdulillah.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Tingkah Telok untuk Pertandingan yang telah diadakan sempena sempena Iskandar Youthbiz Festival 2026.

πŸ“… Sabtu, 26 September 2026
πŸ“Œ SMK Tunku Mahmood Iskandar

1. Pertandingan Tarian Tradisional Melayu Duo (terbuka bagi murid berumur 6 - 10 tahun sahaja).

Pencapaian:
Atma Badansa (Muhammad Aszeeq Faeeq Muhammad Azry dan Maream Esabella Mohd Nizam)

πŸ₯‡ Johan
πŸ‘— Busana Terbaik
πŸ•Ί Penari Cilik Terbaik (M. Aszeeq Faeeq)

Lela Renjana (Muhammad Syazril Harraz Syahrul Hasreen dan Afiqah Adlina Mohd Syahrinal)
πŸ₯ˆ Naib Johan

2. Pertandingan Fashion Gala Futuristic.

Che Ku Qesha Che Ku Mizam
Pencapaian:
πŸ₯ˆ Naib Johan

Tahniah kepada jurulatih, guru-guru dan ibubapa yang terus menyokong. Semoga Kumpulan Tingkah Telok terus berjaya pada masa hadapan.

Alhamdulillah.Tahniah diucapkan kepada Pasukan Tingkah Telok untuk Pertandingan Zapin Jauhar Peringkat Daerah Batu Pahat...
23/09/2026

Alhamdulillah.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Tingkah Telok untuk Pertandingan Zapin Jauhar Peringkat Daerah Batu Pahat 2026.

Sebanyak 14 buah kumpulan tarian telah menyertai pertandingan kategori sekolah rendah.

πŸ“… Selasa, 22 September 2026
πŸ“Œ Batu Pahat Mall

Pencapaian:

Tingkah Telok
πŸ‘— Busana Terbaik Kategori Sekolah Rendah
πŸ₯ˆ Naib Johan Kategori Sekolah Rendah

Lela Renjana
πŸ“œ Penyertaan

Terima kasih kepada jurulatih, guru-guru dan para ibubapa yang telah menyumbang tenaga dan masa. Semoga pasukan Tingkah Telok terus berjaya.

Terima kasih juga kepada Yayasan Warisan Johor Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat Pertubuhan Kebudayaan & Kesenian Daerah Batu Pahat atas penganjuran pertandingan ini.

Address

Kampung Parit Banyumas, Parit Yaani
Batu Pahat
83700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074846617

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK SERI TELOK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share