YPKDT Daerah Batu Pahat

Directions Website Contact the organization

YPKDT Daerah Batu Pahat Badan Berkanun di bawah Kerajaan Negeri Johor

23/10/2026
KENYATAAN RASMIPENUTUPAN SEMENTARAJAUHAR CHILD CARE CENTRE (JCC) BATU PAHATDimaklumkan bahawa Jauhar Child Care Centre (...
06/10/2026

KENYATAAN RASMI

PENUTUPAN SEMENTARA
JAUHAR CHILD CARE CENTRE (JCC) BATU PAHAT

Dimaklumkan bahawa Jauhar Child Care Centre (JCC) Batu Pahat akan DITUTUP SEMENTARA mulai 7 Oktober 2026 (Rabu) sehingga diberitahu kelak.

Penutupan ini dibuat susulan keadaan jerebu di Batu Pahat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah paras 200, sebagai langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta warga JCC.

Ibu bapa dan penjaga diminta untuk mengambil maklum mengenai penutupan ini. Sebarang perkembangan berkaitan pembukaan semula JCC Batu Pahat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi YPKDT.

Kerjasama dan perhatian semua ibu bapa serta penjaga amat dihargai.

YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM (YPKDT)
6 Oktober 2026

SOAL JAWAB BKJ FASA 4 (RAYUAN)BANTUAN SURI RUMAH TIDAK BEKERJA & BANTUAN PASANGAN BARU BERKAHWIN (NON-MUSLIM)Ada persoal...
25/09/2026

SOAL JAWAB BKJ FASA 4 (RAYUAN)

BANTUAN SURI RUMAH TIDAK BEKERJA & BANTUAN PASANGAN BARU BERKAHWIN (NON-MUSLIM)

Ada persoalan mengenai Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 (Rayuan)? Kami telah sediakan himpunan Soalan Lazim (FAQ) untuk memudahkan penerima mendapatkan maklumat berkaitan semakan kelayakan, jadual penyerahan, wakil, dokumen dan kaedah penerimaan bantuan.

âś… Semak maklumat pada infografik ini dan pastikan anda merujuk hebahan rasmi Facebook & Threads YPKDT sahaja.

⚠️ Jangan kongsi maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali dan berhati-hati dengan pautan atau mesej tidak rasmi.

Pastikan maklumat tepat, hak anda keutamaan kami.

📢 KENYATAAN RASMI | PERTUKARAN TARIKH PENYERAHAN BKJ FASA 4 (RAYUAN)Perhatian kepada penerima Bantuan Kasih Johor Fasa 4...
23/09/2026

📢 KENYATAAN RASMI | PERTUKARAN TARIKH PENYERAHAN BKJ FASA 4 (RAYUAN)

Perhatian kepada penerima Bantuan Kasih Johor Fasa 4 (Rayuan) bagi DUN Rengit, Daerah Batu Pahat.

Dimaklumkan bahawa tarikh penyerahan bantuan telah bertukar seperti ketetapan berikut:

đź“… Tarikh: 4 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Makmur Rengit

Penerima yang terlibat dimohon untuk mengambil maklum perubahan ini dan hadir mengikut tarikh serta masa yang telah ditetapkan.

📢 KENYATAAN RASMI | PERTUKARAN MASA PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR FASA 4 (RAYUAN) Perhatian kepada penerima Bantuan Kas...
19/09/2026

📢 KENYATAAN RASMI | PERTUKARAN MASA PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR FASA 4 (RAYUAN)

Perhatian kepada penerima Bantuan Kasih Johor Fasa 4 (Rayuan) bagi kategori Suri Rumah Tidak Bekerja dan Pasangan Baru Berkahwin (Non-Muslim) di Daerah Batu Pahat.

Dimaklumkan terdapat pertukaran masa penyerahan bagi DUN sepertimana pada poster.

Penerima dimohon mengambil perhatian terhadap masa baharu dan hadir mengikut ketetapan yang dinyatakan.

🙏 Pihak YPKDT memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai kefahaman serta kerjasama semua pihak.

JADUAL PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR FASA 4 (RAYUAN)Perhatian kepada penerima Bantuan Suri Rumah Tidak Bekerja dan Bant...
17/09/2026

JADUAL PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR FASA 4 (RAYUAN)

Perhatian kepada penerima Bantuan Suri Rumah Tidak Bekerja dan Bantuan Pasangan Baru Berkahwin (Non-Muslim).

Semak tarikh, masa dan lokasi penyerahan mengikut DUN masing-masing seperti jadual yang dipaparkan bagi daerah Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kota Tinggi, Kulai dan Tangkak.

‼️Bagi jadual Daerah Johor Bahru, Segamat dan Mersing akan dipost sekiranya tarikh rasmi diterima.

📌 Penerima dimohon hadir mengikut ketetapan bagi memastikan urusan penyerahan berjalan lancar.

⚠️ Jadual tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

PEMAKLUMAN BANTUAN KASIH JOHOR FASA 4 (RAYUAN)BANTUAN SURI RUMAH TIDAK BEKERJA DAN PASANGAN BARU BERKAHWIN NON-MUSLIM SA...
17/09/2026

PEMAKLUMAN BANTUAN KASIH JOHOR FASA 4 (RAYUAN)

BANTUAN SURI RUMAH TIDAK BEKERJA DAN PASANGAN BARU BERKAHWIN NON-MUSLIM SAHAJA

Serahan bantuan bagi kategori Suri Rumah Tidak Bekerja dan Pasangan Baru Berkahwin (Non-Muslim) akan dilaksanakan mulai 19 September hingga 30 Oktober 2026.

Semak kelayakan di bkj.johor.gov.my dan ikuti Facebook/Threads YPKDT untuk jadual penyerahan mengikut DUN yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Pastikan hadir mengikut ketetapan serta membawa dokumen yang diperlukan.

21/08/2026

PEMAKLUMAN PENTING
PROGRAM SARINGAN MAMOGRAM & ULTRASOUND

Program Saringan Mamogram dan Ultrasound kini dalam proses pelaksanaan saringan kepada pemohon di KPJ seluruh Negeri Johor.

Justeru, perkara ini penting untuk perhatian dan tindakan pemohon:-

📌 Kepada yang TELAH menerima panggilan daripada KPJ;

‼️Sila ambil perhatian dan hadir pada tarikh temujanji saringan yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak dapat hadir atau terlepas tarikh tersebut, hubungi semula pihak KPJ untuk mendapatkan tarikh baharu.

📌 Kepada yang BELUM menerima panggilan daripada KPJ;

‼️Sila hubungi KPJ berdekatan untuk mendapatkan maklumat dan tarikh temujanji saringan anda segera.

✨ Pemeriksaan ini adalah PERCUMA dan hanya sah sehingga 31 Oktober 2026.

Jangan tangguhkan pemeriksaan kesihatan anda. Pengesanan awal kanser payudara mampu menyelamatkan nyawa.



30/06/2026
MAKLUMAN RASMISERAHAN BAKI BANTUAN KASIH JOHOR 4.0DI BAWAH YPKDTDimaklumkan bahawa YPKDT akan melaksanakan serahan baki ...
07/06/2026

MAKLUMAN RASMI

SERAHAN BAKI BANTUAN KASIH JOHOR 4.0

DI BAWAH YPKDT

Dimaklumkan bahawa YPKDT akan melaksanakan serahan baki Bantuan Kasih Johor 4.0 kepada penerima yang layak tetapi tidak hadir semasa sesi penyerahan yang telah dijadualkan sebelum ini bagi kategori:

âś… Bantuan Suri Rumah Tidak Bekerja
âś… Bantuan Pasangan Baru Berkahwin (Bukan Islam)

PERHATIAN PENERIMA

📞 Penerima yang terlibat akan dihubungi semula oleh pihak urus setia kami bagi memaklumkan tarikh, masa dan kaedah serahan yang ditetapkan sama ada melalui:

* Panggilan Telefon
* WhatsApp
* SMS

***Bagi yang tidak menerima panggilan, whtasapp atau sms tetapi semakan BKJ layak dan menepati syarat bagi kedua-dua bantuan ini, boleh hadir terus mengikut jadual.

WAKIL DIBENARKAN

Sekiranya penerima tidak dapat hadir, penebusan boleh diwakilkan kepada:

👨 Suami / Isteri
👨‍🦳 Ibu / Bapa

(Bawa salinan ic wakil dan dokumen penerima)

RUJUKAN MAKLUMAT

📱 Sila rujuk saluran media sosial rasmi YPKDT atau hubungi Pejabat YPKDT Daerah untuk mendapatkan maklumat terkini.

⚠️ Jangan mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak disahkan.

Kerjasama semua penerima amat dihargai.

Pengurusan
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT)

Address

Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YPKDT Daerah Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to YPKDT Daerah Batu Pahat:

Shortcuts

Share