06/10/2026
⚠️ IPU BATU PAHAT MENCATAT 188 – TIDAK SIHAT
📢 Perhatian warga Batu Pahat!
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Batu Pahat mencatat 188 pada jam 8.00 pagi, 6 Oktober 2026, dan berada pada kategori TIDAK SIHAT.
Keadaan yang sama turut direkodkan di beberapa kawasan lain di Johor.
🌫️ Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya:
• Mengurangkan aktiviti luar terutama aktiviti fizikal yang lasak.
• Mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada udara tercemar.
• Memakai pelitup muka yang sesuai sekiranya perlu berada di luar.
• Sentiasa memantau bacaan IPU dan perkembangan semasa.
Utamakan kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga. ❤️
📌 Sumber: MyEQMS, Jabatan Alam Sekitar & Media Digital Johor
Menurut data terkini Jabatan Alam Sekitar (JAS), semua lapan stesen pemantauan kualiti udara di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat sehingga 8 pagi hari ini.
Orang ramai disarankan mengehadkan aktiviti luar dan menggunakan pelitup muka yang sesuai sekiranya perlu terutama di kawasan dengan IPU Tidak Sihat selain mengelakkan pembakaran terbuka bagi mengurangkan pencemaran udara.