APM BATU PAHAT

Call Directions Website Contact the organization

APM BATU PAHAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH BATU PAHAT

24/09/2026
KENYATAAN MEDIAGEGARAN (GEMPA BUMI LEMAH) DI DAERAH BATU PAHATTarikh: 22 September 2026Masa: 4:55 petangLokasi: Perairan...
22/09/2026

KENYATAAN MEDIA

GEGARAN (GEMPA BUMI LEMAH) DI DAERAH BATU PAHAT

Tarikh: 22 September 2026
Masa: 4:55 petang
Lokasi: Perairan Barat Daya Batu Pahat, Johor

Satu gegaran bumi lemah telah dikesan di kawasan perairan barat daya Batu Pahat, Johor pada jam 4:55 petang, 22 September 2026.

Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Batu Pahat sedang mendapatkan maklumat dan melaksanakan pemantauan situasi dari semasa ke semasa.

Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan ini
https://forms.gle/srRv7tUEPow3Wmts5

Orang awam dinasihatkan agar kekal tenang dan mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi pihak berkuasa. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan sekiranya terdapat perubahan atau maklumat baharu yang disahkan.

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
DAERAH BATU PAHAT
22 SEPTEMBER 2026















JASAMU DIKENANGSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Sjn. (PA) Mayas'san bin Mansor, MYAS...
14/09/2026

JASAMU DIKENANG
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Sjn. (PA) Mayas'san bin Mansor, MYASPA-Operasi, atas segala jasa, sumbangan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di APM Daerah Batu Pahat. Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan menjadi kenangan indah serta terus segar dalam ingatan seluruh warga APM Daerah Batu Pahat. Selamat bersara dan semoga sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan-Nya.

Mekar indah bunga melati,
Petik kuntum di awal pagi;
Segala pengorbanan serta bakti,
Terpahat kukuh di dalam hati.

Malam hari bintang berkedip,
Awan tenang mengikut bayu;
Setinggi penghargaan kami titip,
Jasa ditabur takkan layu.

Kain tenun corak berseri,
Disimpan rapi dalam peti;
Selamat melangkah membina hari,
Doa kami sentiasa mengiringi.















 ISNIN | 31 OGOS 2026 | DATARAN PENGGARAMPada 31 Ogos 2026, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Batu Pahat te...
31/08/2026


ISNIN | 31 OGOS 2026 | DATARAN PENGGARAM

Pada 31 Ogos 2026, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Batu Pahat telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Batu Pahat dengan penuh semangat patriotik.
Seramai 33 orang anggota APM Batu Pahat telah berkumpul dan berbaris dengan segak serta disiplin yang tinggi bagi menjayakan acara tahunan ini. Kehadiran kontinjen ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Pertahanan Awam Daerah Batu Pahat, Lt. (PA) Norsyamira Azwan binti Abd Aziz, yang memberi sokongan moral dan dorongan padu kepada seluruh kontinjen.
Perbarisan APM pada hari tersebut diketuai oleh Lt. (PA) Davies Anak Gendum, yang memimpin pergerakan kontinjen dengan ketegasan dan perarakan yang kemas. Penyertaan ini bukan sahaja menonjolkan ketaatan dan kesiapsiagaan anggota APM, malah membuktikan komitmen mereka dalam berkhidmat untuk masyarakat dan negara. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen APM Batu Pahat atas komitmen serta komited yang ditunjukkan sepanjang majlis berlangsung.















Khamis | 20 Ogos 2026 | Kampung Parit AwangPAMERAN KESELAMATAN SEMPENA PROGRAM MINI KARNIVAL MASJID KAMPUNG PARIT AWANGA...
20/08/2026

Khamis | 20 Ogos 2026 | Kampung Parit Awang

PAMERAN KESELAMATAN SEMPENA PROGRAM MINI KARNIVAL MASJID KAMPUNG PARIT AWANG

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Batu Pahat telah menyertai Pameran Keselamatan sempena Program Mini Karnival Masjid Kampung Parit Awang yang berlangsung pada 20 Ogos 2026.

Seramai dua orang pegawai dan empat orang anggota lain-lain pangkat (ALLP) telah ditugaskan bagi menjayakan aktiviti pameran serta demonstrasi keselamatan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat.

Melalui program ini, APM Daerah Batu Pahat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai fungsi, peranan serta perkhidmatan APM, khususnya dalam aspek kesiapsiagaan bencana, pengurusan kecemasan, keselamatan komuniti dan pertolongan cemas.

Selain itu, satu slot demonstrasi Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada komuniti mengenai teknik asas resusitasi jantung dan paru-paru serta tindakan awal yang boleh dilakukan ketika berdepan dengan mangsa yang mengalami henti jantung secara tiba-tiba.

Penglibatan APM dalam program ini turut membuka ruang kepada anggota untuk berinteraksi secara langsung bersama komuniti setempat, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan ilmu keselamatan, pertolongan cemas dan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kecemasan.

APM Daerah Batu Pahat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan, kerjasama serta sokongan yang diberikan sepanjang program berlangsung. Kerjasama yang baik daripada semua pihak amat dihargai dan diharapkan dapat diteruskan dalam program-program kemasyarakatan pada masa akan datang. Semoga program kemasyarakatan seperti ini dapat terus memperkukuh hubungan dan kerjasama antara APM dengan komuniti setempat, serta memberi manfaat kepada masyarakat dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor













 Isnin | 17 Ogos 2026 | RISDA Batu PahatLATIHAN ORANG AWAM – TAKLIMAT ASAS PERTOLONGAN CEMAS DAN KESELAMATAN DALAM PEJAB...
20/08/2026


Isnin | 17 Ogos 2026 | RISDA Batu Pahat

LATIHAN ORANG AWAM – TAKLIMAT ASAS PERTOLONGAN CEMAS DAN KESELAMATAN DALAM PEJABAT

Pada 17 Ogos 2026, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Batu Pahat telah melaksanakan program LOA (Taklimat Asas Pertolongan Cemas dan Keselamatan Dalam Pejabat) di RISDA Batu Pahat. Program ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan warga kerja berkaitan aspek keselamatan, tindakan awal ketika kecemasan dan kemahiran asas pertolongan cemas di tempat kerja.

Antara modul yang telah disampaikan sepanjang program adalah pengenalan berkaitan peranan dan fungsi APM, pendedahan mengenai pertolongan cemas termasuk teknik balutan kepatahan dan teknik Cardiopulmonary Resuscitation (CPR), serta pengetahuan asas menyelamat dalam situasi kecemasan di tempat kerja.

Program ini telah disampaikan oleh Lt. M (PA) Norazlina Binti Mansor, Lt. M (PA) Ain Farhadhia Binti Ahmad Daud, L/KPL (PA) Mohd Norazzim Bin Mohd Khalid dan PBT (PA) Muhd Nur Akmal Bin Senan.

Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan warga RISDA Batu Pahat dan orang awam dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan di tempat kerja serta membolehkan peserta mengambil tindakan awal yang tepat dan selamat.

Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh pihak RISDA Batu Pahat serta para peserta amat dihargai dalam usaha mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih selamat dan bersedia menghadapi situasi kecemasan.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor













 Ahad | 09 Ogos2026 | PUPA, Parit YaaniLATIHAN ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 3/2026Seramai 17 orang peserta berjaya menamatk...
09/08/2026


Ahad | 09 Ogos2026 | PUPA, Parit Yaani

LATIHAN ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 3/2026

Seramai 17 orang peserta berjaya menamatkan Latihan Asas Pertahanan Awam Siri 3/2026 yang berlangsung selama dua hari berturut-turut bermula 8 hingga 9 Ogos 2026. Latihan intensif ini telah dijalankan bertempat di Pejabat Unit Pertahanan Awam Parit Yaani dengan bimbingan dan seliaan daripada 2 orang pegawai serta 5 orang jurulatih termasuk urusetia bertugas.Sepanjang dua hari latihan, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu asas pertahanan awam seperti kemahiran pertolongan cemas, teknik kawalan kebakaran awal, serta tatacara menyelamat. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan, disiplin, dan kecekapan para peserta dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan atau bencana di peringkat komuniti.Majlis penutupan latihan telah disempurnakan dengan jayanya sejurus tamat sesi latihan praktikal pada petang Ahad. Pihak pengurusan berharap agar kesemua 17 peserta yang tamat latihan ini dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi demi berbakti kepada masyarakat dan negara.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor












30/07/2026

πŸ“’ JOM MERIAHKAN PROGRAM MADANI KITA @ JOHOR BAHRU TAHUN 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor menjemput seluruh warga Johor untuk hadir memeriahkan Program MADANI Kita Bahru Tahun 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

πŸ—“οΈ Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tempat: Dewan Serbaguna Pangsapuri Desa Dato’ Hajah Hasnah, Johor Bahru
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga, antaranya:
βœ… Pendaftaran Anggota Sukarelawan APM
βœ… Pengenalan Peralatan Operasi APM
βœ… Pameran Aset Jabatan APM
βœ… Pameran Ular
βœ… Pengenalan Asas CPR & Bantuan Kecemasan Choking
βœ… Demonstrasi Memadam Kebakaran di Dapur
βœ… Aktiviti Flying Fox

Rebut peluang untuk mengenali peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan lebih dekat serta menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang bermanfaat.

Jom hadir beramai-ramai! Kami menanti kehadiran anda. πŸ’™πŸ§‘

©️ Media APM Johor















 Khamis | 30 Julai 2026 | Sg. Selulun*LATIHAN BULANAN BAGI MENGENDALIKAN BOT*Pada hari ini, Angkatan Pertahanan Awam Mal...
30/07/2026


Khamis | 30 Julai 2026 | Sg. Selulun
*LATIHAN BULANAN BAGI MENGENDALIKAN BOT*

Pada hari ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Batu Pahat telah menganjurkan *Latihan Mengendalikan Bot* sebagai langkah proaktif dalam meningkatkan kesiapsiagaan dan kemahiran anggota. Latihan yang dijalankan di kawasan perairan tempatan ini bertujuan untuk memastikan setiap anggota bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana, khususnya ancaman banjir yang sering melanda kawasan berisiko.

Latihan ini meletakkan penekanan khusus kepada beberapa aspek kritikal pengendalian bot di air, antaranya:

* Teknik Pemanduan & Pusingan: Melatih anggota mengendalikan bot penyelamat dengan stabil dan cekap di kawasan arus deras mahupun air tenang.
* Prosedur Keselamatan Air: Memastikan pemakaian life jacket mengikut standard dan mengamalkan langkah keselamatan asas sebelum serta semasa berada di atas air.
* Penyelenggaraan Enjin Bot: Pendedahan asas mengenai cara mengesan kerosakan kecil dan menyelenggara enjin bot enjin sangkut (outboard motor) secara pantas di lapangan.

Penglibatan aktif para anggota APM Batu Pahat dalam latihan hari ini jelas membuktikan komitmen tinggi mereka dalam memantapkan disiplin dan respons kecemasan. Dengan kemahiran pengendalian bot yang semakin mantap, APM Daerah Batu Pahat kini berupaya memberikan perkhidmatan penyelamatan yang lebih pantas, efisien, dan selamat demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor












 *SEDIA. PANTAS. BERINTEGRITI! 🧑*Anda sedang mencari peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat sambil mencedok ilmu dan...
25/07/2026



*SEDIA. PANTAS. BERINTEGRITI! 🧑*

Anda sedang mencari peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat sambil mencedok ilmu dan kemahiran baharu secara **PERCUMA**? Inilah masanya!

*PENGAMBILAN ANGGOTA PERTAHANAN AWAM (ASPA) SIRI 3/2026 kini dibuka di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Batu Pahat!*

πŸ’₯ *Kenapa anda wajib sertai kami?*

* πŸ’΅ Elaun berkhidmat *RM8.00/jam*
* πŸ‘• Uniform disediakan
* πŸ›‘οΈ Perlindungan insurans kelompok & kemalangan diri
* πŸ₯ Bayaran terkurang di Hospital Kerajaan
* πŸš€ Peluang ikuti latihan kemahiran & berkhidmat di seluruh Malaysia!

πŸ“‹ *Syarat Kelayakan:*

* βœ”οΈ Warganegara Malaysia
* βœ”οΈ Lelaki & Perempuan berumur *18 – 45 tahun*
* βœ”οΈ Boleh membaca dan menulis
* βœ”οΈ Tidak menyertai badan beruniform lain
* βœ”οΈ Boleh bekerjasama secara berpasukan & berminat menjalankan tugas secara sukarela
* βœ”οΈ Tiada rekod jenayah & sihat tubuh badan

πŸ“ *Dapatkan Borang Permohonan di:*

1. **Pejabat Daerah Pertahanan Awam Batu Pahat**
JKR 639, Jln Dato Mohd Shah, Taman Koperasi, Batu Pahat
☎️ Tel: `07-4339508`
2. **Pejabat Unit Pertahanan Awam Parit Yaani**
Kompleks Penghulu Mukim 6 Linau, Bukit Sri Wangi, Parit Yaani
☎️ Tel: `07-4847160`

πŸ“² *Ikuti perkembangan kami di media sosial:*

* FB Messenger: *APM Batu Pahat*
* Instagram: **
* TikTok: **

Jangan tunggu lagi... *MOHON SEGERA & SERTAI KAMI!*
Jadilah sebahagian daripada wira pertahanan awam hari ini! πŸš‘πŸ’¨















Address

JKR639, Jalan Dato' Mohd Shah
Batu Pahat
83000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM BATU PAHAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM BATU PAHAT:

Shortcuts

Share