Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat - Hsnibp

Directions Website

Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat - Hsnibp Laman rasmi Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

07/10/2026

Kanak-kanak adalah antara golongan yang rentan dan mudah terjejas akibat keadaan cuaca jerebu. Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau tahap kesihatan anak-anak dari semasa ke semasa dan mengambil langkah pencegahan yang proaktif.

Amalkan tindakan berikut untuk melindungi keluarga anda daripada kesan buruk jerebu:

- Kekal di dalam bangunan: Pastikan anak-anak tidak melakukan aktiviti di luar rumah.
- Jaga kebersihan diri: Kerap membasuh muka dan tangan selepas terdedah kepada udara luar.
- Pakai pelitup muka: Gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai sekiranya terpaksa berada di luar bangunan.
- Banyakkan minum air: Tingkatkan pengambilan air kosong bagi mengelakkan dehidrasi.
- Sediakan ubat-ubatan: Pastikan bekalan ubat anak-anak sentiasa mencukupi, terutamanya jika mereka mempunyai sejarah penyakit asma atau alahan.

Persekitaran yang berjerebu boleh memburukkan kesihatan pernafasan. Segera bawa anak anda ke klinik atau hospital berhampiran jika mereka menunjukkan sebarang gejala batuk berterusan, selesema, atau kesukaran bernafas.

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›โค๏ธSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada jururawat yang telah memberi...
06/10/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›โค๏ธ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada jururawat yang telah memberikan layanan, penjagaan dan perhatian yang baik kepada pesakit sepanjang berada di wad.

Komitmen, kesabaran dan keprihatinan yang ditunjukkan amat dihargai serta mencerminkan nilai kasih sayang, profesionalisme dan kualiti dalam perkhidmatan kesihatan.

Terima kasih juga kepada Puan atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang menerima rawatan. Semoga segala usaha dan kebaikan yang dicurahkan terus memberi manfaat serta menjadi kenangan yang bermakna. โค๏ธ

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  (๐—ฃ๐—ก๐—œ) ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—œ๐—— ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—–๐—œ๐—ก๐—ง๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— /๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—›2 ...
05/10/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  (๐—ฃ๐—ก๐—œ) ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—œ๐—— ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—–๐—œ๐—ก๐—ง๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— /๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—›

2 Oktober 2026M | 20 Rabiulakhir 1448H (Jumaat)

Program Penghayatan Nilai Islam (PNI) dan Pertandingan Nasyid sempena Sambutan Bulan Semarak Cinta Rasul 2.0 Tahun 2026M/1448H telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan meriah di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Program ini bertujuan menyemarakkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga HSNI melalui pendekatan seni, kreativiti dan dakwah. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Dr. Noridawati binti Abdul Manap, Timbalan Pengarah Perubatan I , serta Ustaz Isa bin Man, Guru Al-Quran Daerah Batu Pahat selaku guru pembimbing Program Penghayatan Nilai Islam (PNI).

Pertandingan nasyid telah diadili oleh Ustaz Md Faridhilmi bin Muslimin, Penolong PPD Menengah & Tingkatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dan Ustaz Mohamad Alif bin Penain, Guru Pendidikan Islam, Sekolah Menengah Sains Batu Pahat.

Persembahan setiap kumpulan berlangsung dengan kreatif, tersusun dan penuh semangat. Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat warga HSNI, malah turut memupuk kecintaan kepada Rasulullah SAW, mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh semangat kerja berpasukan antara jabatan dan unit.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Jabatan Farmasi, Unit Kawalan Infeksi, semua kumpulan yang bertanding, barisan juri, guru pembimbing, urus setia serta seluruh warga HSNI atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga program sebegini terus menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dan penghayatan nilai Islam dalam kalangan warga HSNI.

โ€œBersatu dalam ukhuwah, berkarya melalui dakwah, menyemarak cinta kepada Rasulullah SAW.โ€

Unit Hal Ehwal Islam, JK Hospital Mesra Ibadah dan JK Sambutan Maulidur Rasul HSNI
Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

  fans
04/10/2026

fans

@top fans
02/10/2026

@top fans

๐Ÿง  Jom kenali Major Depressive Disorder (MDD)

Jangan pendam seorang diri. Jom fahami, kenali & sokong mereka yang sedang berjuang bersama Dr Ain Zaffira, Pegawai Perubatan Psikiatri Hospital Sultanah Nora Ismail๐Ÿ’™.

๐Ÿ“… Jumaat | 2 Oktober 2026
โฐ 3.00 petang
๐Ÿ“ page Mentari Batu Pahat

๐ŸŽฅ Jumpa anda di FB Live!

02/10/2026

HSNI

02/10/2026

HSNI

01/10/2026

test

01/10/2026

hsni

Address

Jalan Korma
Batu Pahat
83000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat - Hsnibp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share