Majlis Daerah Bau

Directions Website Contact the organization

Majlis Daerah Bau BE BOLD, AMBITIOUS & UNIFIED✨

Laman Rasmi Majlis Daerah Bau πŸ›οΈ


Komited memberikan perkhidmatan berkualiti dan mesra pelanggan demi pembangunan serta kesejahteraan seluruh warga daerah Bau.

Tiada masa untuk bayar bil cukai pintu pada hari bekerja??HARI INI, SABTU, kaunter dibuka di pejabat MDB dari jam 8am - ...
03/10/2026

Tiada masa untuk bayar bil cukai pintu pada hari bekerja??

HARI INI, SABTU, kaunter dibuka di pejabat MDB dari jam 8am - 12 tgh hari❗❗

KAUNTER BERGERAK CUKAI TAKSIRANMajlis Daerah Bau menjemput penduduk Taman Perumahan Kawasan Siniawan dan kawasan sekitar...
02/10/2026

KAUNTER BERGERAK CUKAI TAKSIRAN

Majlis Daerah Bau menjemput penduduk Taman Perumahan Kawasan Siniawan dan kawasan sekitar untuk hadir ke Kaunter Bergerak Pembayaran Bil Cukai Pintu yang akan diadakan esok, 3 Oktober 2026 (Sabtu).

πŸ“ Hao & Hao Cafe, Bau
⏰ 9:30 pagi – 12:30 tengah hari

Orang ramai disaran mengambil peluang ini untuk membuat semakan dan pembayaran bil cukai taksiran dengan lebih mudah dan teratur.

Jangan lupa hadir dan bawa IC serta bil lama.

02/10/2026

πŸ“’ HEBAHAN RASMI MAJLIS DAERAH BAU

JOM SERTAI PROGRAM "WASTE TO CASH" MAJLIS DAERAH BAU! β™»οΈπŸ’΅

Majlis Daerah Bau ingin menjemput seluruh warga Bau dan kawasan sekitar untuk hadir menjayakan Program "Waste to Cash" yang akan diadakan pada hari Sabtu, 3 Oktober 2026, bermula jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari bertempat di Perkarangan Majlis Daerah Bau.

Melalui program ini, orang ramai berpeluang menukarkan pelbagai barangan kitar semula termasuk kertas, logam, plastik, barangan elektrik, serta minyak masak terpakai kepada wang tunai mengikut kadar harga yang ditetapkan, di samping memanfaatkan kemudahan semakan dan pembayaran cukai di Kaunter Cukai Taksiran yang turut disediakan.

Ayuh kita bersama-sama mengamalkan budaya 3R (Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula) demi memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang!

"Budaya 3R Amalan Kita, Tanggungjawab Bersama" πŸŒπŸ’š

SESI LAWATAN DAN PENILAIAN TAPAK ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2026πŸ“ 24 September 2026 | Kampung Peros, Krokong, BauMajl...
30/09/2026

SESI LAWATAN DAN PENILAIAN TAPAK ANUGERAH SMART KOMUNITI (ASK) 2026

πŸ“ 24 September 2026 | Kampung Peros, Krokong, Bau

Majlis Daerah Bau telah menyertai Sesi Lawatan dan Penilaian Tapak Anugerah Smart Komuniti (ASK) 2026 yang berlangsung di Kampung Peros, Krokong, Bau, melibatkan penilaian terhadap projek komuniti B**g Podad dan Homestay Kampung Peros. Kampung Peros Tourism

Sesi penilaian ini melibatkan barisan panel daripada pelbagai agensi yang diketuai oleh Puan Liyana binti Othman (MPC), Encik Lloyd Huffman Miko (MPHLG), Puan Timah Beskop (NREB), Encik Ramli bin Omar Baki (DBKU) serta Encik Stenlee anak Kunchet (MUNDERN).

Ketibaan para panel penilai telah disambut dengan persembahan tarian tradisional Bidayuh sebagai tanda alu-aluan dan penghormatan. Sesi kemudiannya diteruskan dengan lawatan ke kawasan projek, termasuk B**g Podad, serta pameran komuniti yang mengetengahkan kepelbagaian warisan budaya, makanan tradisional, kraftangan dan produk tempatan masyarakat Bidayuh Bau.

Penglibatan Majlis Daerah Bau dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong usaha pembangunan komuniti setempat, di samping memperkasa potensi ekopelancongan, kebudayaan dan ekonomi komuniti serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Majlis Daerah Bau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan panel penilai, AJK B**g Podad, komuniti Kampung Peros serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama, komitmen dan sokongan dalam menjayakan sesi lawatan dan penilaian ini.

SELAMAT BERPINDAH TUGASMajlis Daerah Bau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat berpindah tugas kepad...
29/09/2026

SELAMAT BERPINDAH TUGAS

Majlis Daerah Bau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat berpindah tugas kepada Encik Mohd Musairee bin Bakar, Pembantu Penguatkuasa KP2, atas segala khidmat bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Majlis Daerah Bau.

Beliau akan meneruskan perkhidmatan di Majlis Daerah Lawas. Semoga perpindahan ini menjadi satu lembaran baharu yang membawa pengalaman, kejayaan serta perkembangan kerjaya yang lebih baik.

Setiausaha majlis mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab di tempat baharu.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Kenangan bersama tetap dikenang.

PROGRAM BENGKEL SDG: SUSTAINABLE CHOCOLATEBau, 19 September 2026 – Majlis Daerah Bau telah menganjurkan Program Bengkel ...
28/09/2026

PROGRAM BENGKEL SDG: SUSTAINABLE CHOCOLATE

Bau, 19 September 2026 – Majlis Daerah Bau telah menganjurkan Program Bengkel SDG: Sustainable Chocolate bertempat di Perpustakaan Majlis Daerah Bau pada Sabtu, 19 September 2026.

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan kesedaran peserta terhadap konsep Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDG) melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal dan kreatif.

Bengkel ini turut memberi pendedahan mengenai penghasilan coklat secara lebih lestari, di samping menekankan kepentingan penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab, pemerkasaan pendidikan, kesejahteraan serta peluang ekonomi yang selaras dengan aspirasi SDG.

Melalui aktiviti yang dijalankan, para peserta berpeluang memperoleh pengetahuan dan pengalaman baharu berkaitan penghasilan produk berasaskan coklat serta memahami bagaimana amalan yang lebih bertanggungjawab dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan pembangunan masyarakat.

Majlis Daerah Bau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta para peserta atas sambutan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Cipta Coklat, Jana Impak, Lestarikan Masa Depan. 🌱🍫





25/09/2026

♻️ PROGRAM WASTE TO CASH – PEMBELIAN BARANGAN KITAR SEMULA 🌱

Majlis Daerah Bau dengan sukacitanya menjemput orang ramai untuk menyertai Program Waste to Cash yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Program ini bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan konsep 3R (Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula) di samping memberi peluang kepada orang ramai memperoleh pendapatan melalui barangan kitar semula.

Antara barangan yang diterima termasuk:
πŸ“° Kertas & kotak
πŸ₯« Logam & aluminium
πŸ₯€ Barangan plastik
πŸ”Œ Peralatan elektrik
πŸ›’οΈ Minyak masak terpakai

πŸ“… Tarikh: Sabtu (26 September 2026)
πŸ“ Tempat: Perkarangan Tasik Biru (sebelah Zus Coffee)
⏰ Masa: 9.00 Pagi

Jom bersama-sama menjayakan usaha ke arah persekitaran yang lebih bersih, lestari dan sejahtera. 🌿

πŸ’š Kecil Tindakan, Besar Perubahan.

25/09/2026
25/09/2026

HARI CUCI MALAYSIA 2026 & TASIK BIRU RUN 2026

Majlis Daerah Bau akan menganjurkan Hari Cuci Malaysia 2026 & Tasik Biru Run 2026 pada 26 September 2026 (Sabtu) bertempat di Tasik Biru, Bau, bersempena dengan World Cleanup Day 2026.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam menjaga kebersihan persekitaran, di samping menggalakkan amalan hidup sihat serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya masyarakat di Daerah Bau adalah dijemput hadir dan bersama-sama menyertai program ini bagi menjayakan usaha mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan mampan.

πŸ“… 26 September 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tasik Biru, Bau
⏰ 9.00 Pagi

Marilah bersama-sama kita menjayakan Hari Cuci Malaysia 2026 demi kebersihan dan kesejahteraan komuniti Daerah Bau.

Address

Jalan Ong Guan Cheng
Bau
94000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 02:30 - 05:00
08:00 - 11:45

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Bau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Bau:

Share