RISDA Daerah Beaufort

Call Directions Website Contact the organization

RISDA Daerah Beaufort Pejabat RISDA Daerah Beaufort (PRD Beaufort) mempunyai 2 Pejabat RISDA Stesen(PRS) iaitu
1.

Pejabat RISDA Stesen Beaufort
(Kuala Penyu,Beaufort, Membakut dan sekitarnya)
2.Pejabat RISDA Stesen Sipitang
(Weston,Sipitang,Sindumin,Long Pasia dan sekitarnya)

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026! 🇲🇾Kita raikan Malaysia yang dibina atas perpaduan, kebersamaan dan keharmonian. Walaupun ...
15/09/2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

Kita raikan Malaysia yang dibina atas perpaduan, kebersamaan dan keharmonian. Walaupun berbeza negeri, budaya dan latar belakang, kita tetap satu keluarga yang saling hormat-menghormati.

Semoga semangat perpaduan, kebersamaan dan keharmonian terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang maju dan sejahtera.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

Ikhlas daripada :
Warga Kerja,
Pejabat RISDA Daerah Beaufort.





05/09/2026
04/09/2026
31/08/2026
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi amanah untuk kita ter...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
31 Ogos 2026

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi amanah untuk kita terus menjaga perpaduan, menghargai keamanan dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju, makmur dan sejahtera.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

🇲🇾 Semarakkan patriotisme, kukuhkan perpaduan, cintai Malaysia.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada:
WARGA KERJA RISDA DAERAH BEAUFORT





SALAM MAULIDUR RASUL 1448HMarilah kita bersama-sama menghayati dan mencontohi akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Marilah kita bersama-sama menghayati dan mencontohi akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus menjadi pedoman dalam membentuk insan yang berakhlak, amanah dan berintegriti.

"MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI"

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.

Ikhlas daripada:
SELURUH WARGA RISDA DAERAH BEAUFORT





17/08/2026

Kita cuba p**a pakai pen dan kertas, ada sambutan ke tak?

📸🇲🇾 Lensa anda mampu mengangkat kisah sebenar kehidupan pekebun kecil getah!

Sertai Pertandingan Fotografi Lensa Merdeka RISDA 2026 : “Dua Bingkai, Satu Makna”.

Rakam DUA FOTO yang menggambarkan Semangat Kemerdekaan dan Kesejahteraan Pekebun Kecil dalam satu penceritaan yang kreatif serta bermakna.

Hadiah menarik menanti pemenang! Penyertaan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

📅 Tarikh penyertaan: 1 – 31 Ogos 2026 📲

Imbas kod QR pada poster untuk menghantar penyertaan anda!
Ayuh, sertai sekarang! Biar gambar anda mengabadikan makna kemerdekaan dan kemakmuran desa! 📷✨

Baca Terma Dan Syarat di pautan hantaran asal >>> https://www.facebook.com/share/p/1DPie1YtcH/

17/08/2026

Pisau kecil, peranan besar. 🌳

Di tangan pekebun kecil, sebilah pisau toreh bukan sekadar alat. Ketajaman mata pisau dan kemahiran menoreh menentukan kelancaran susu getah, menjaga kesihatan pokok serta membantu menghasilkan kutipan yang berkualiti.

Dari satu torehan ke satu torehan, lahirlah hasil yang menjadi sumber pendapatan dan menyokong kesejahteraan keluarga pekebun kecil.

Kerana di sebalik setiap titisan susu getah, ada kemahiran, ketekunan dan rezeki yang diperjuangkan.



Address

77 & 78, Block K, Beaufort Square Avenue 1, Jalan Binunuk
Beaufort
89800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6087224335

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Daerah Beaufort posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RISDA Daerah Beaufort:

Shortcuts

Share