Pejabat Pendidikan Daerah Subis

Call Directions Contact the organization

Pejabat Pendidikan Daerah Subis District Education Office
Laman Youtube : https://www.youtube.com/c/lensappdsubis

18/09/2026

Semoga terus maju jaya sahabat!

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Subis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang ...
18/09/2026

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Subis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Irwan bin Tambi, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid di atas segala jasa, pengorbanan, dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di PPD Subis. Beliau bakal meneruskan perkhidmatan dan menabur bakti di PPD Bintulu sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan.

​Perjalanan perkhidmatan beliau di PPD Subis amat bermakna apabila bermula sebagai Penyelia Unit Pembangunan pada tahun 2011, sebelum menjawat jawatan sebagai Penolong PPD sehingga tahun 2018. Setelah kembali sebentar menabur bakti di peringkat sekolah di SMK Bekenu, beliau telah kembali semula ke PPD Subis pada tahun 2025 sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah.

​Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang berwawasan, malah seorang rakan kerja yang sentiasa prihatin dan berdedikasi dalam melonjakkan kecemerlangan murid-murid dalam daerah Subis.

​SELAMAT BERTUKAR DAN SELAMAT MAJU JAYA!

​Warga PPD Subis mendoakan agar Encik Irwan terus dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, serta terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di PPD Bintulu.

​Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan;
Intan dicari emas didapat,
Budi tuan jadi kenangan.

​Terima kasih atas segalanya!

​

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Subis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Michae...
14/09/2026

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Subis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Michael anak Lapek atas segala khidmat bakti, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, SK Suai 1.

Beliau akan meneruskan khidmat dan amanah sebagai Penolong Kanan Kokurikulum, SK Rumah Ranggong berkuatkuasa 7 September 2026.

Semoga pertukaran ini menjadi satu lembaran baharu dalam meneruskan kecemerlangan, memperkukuh kepimpinan serta menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan kemenjadian murid.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang dalam amanah, unggul dalam kepimpinan dan teguh dalam perkhidmatan.

Ikhlas daripada,
Puan Rayu @ Rahayu binti Deli (Pegawai Pendidikan Daerah Subis) serta seluruh warga PPD Subis.

Syabas dan tahniah atas kejayaan Sesi Penyerahan Sijil Jalinan dan Jaringan Kolaborasi Strategik di antara Pejabat Pendi...
02/09/2026

Syabas dan tahniah atas kejayaan Sesi Penyerahan Sijil Jalinan dan Jaringan Kolaborasi Strategik di antara Pejabat Pendidikan Daerah Kapit dengan PPD Subis. Momen bersejarah ini telah disempurnakan oleh Encik Freddy Mike anak Engkamat, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran PPD Kapit, bersama wakil PPD Subis iaitu Encik William Hii, Pegawai SISC+ Sains & Matematik.

Seluruh warga PPD Subis amat berbangga dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik William Hii atas komitmen serta sumbangan luar biasa beliau. Usaha gigih beliau berkongsi kepakaran pedagogi merentas daerah bukan sahaja mengharumkan nama Subis, malah membuktikan kualiti, daya saing, dan keikhlasan warga pendidik kita dalam memartabatkan sistem pendidikan tanpa sempadan.

Kolaborasi berimpak tinggi yang memfokuskan kepada pemerkasaan subjek Matematik ini telah digerakkan secara intensif bermula 17 Ogos 2026 menerusi Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik Matematik SPM di SMK Kapit, dan diteruskan dengan jayanya di SMK Kapit No. 2 pada 18 Ogos 2026. Momentum kecemerlangan ini diperluaskan lagi pada 19 Ogos 2026 menerusi sesi di SMK Selirik yang dijalankan seiring dengan Bengkel Pemantapan Pedagogi Guru-guru Matematik Menengah Atas PPD Kapit. Siri jelajah ilmu ini akhirnya melabuhkan tirai pada 20 Ogos 2026 dengan penganjuran bengkel penutup bersama warga SMK Balleh.

Semoga jaringan strategik yang utuh ini terus mekar dan menjadi pemangkin kepada lonjakan prestasi Matematik buat anak-anak didik di kedua-dua daerah. Terima kasih Encik William kerana membuatkan kami di Subis tersenyum bangga!

Innalillahi wainna ilaihi roji'un.​Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Subis menzahirkan rasa dukacita yang mendalam...
30/08/2026

Innalillahi wainna ilaihi roji'un.

​Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Subis menzahirkan rasa dukacita yang mendalam dan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah

​NORA BINTI OTHMAN
(Pembantu Pengurusan Murid, SK Suai Satu)

​Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 29 Ogos 2026 bersamaan 16 Rabiul Awal 1448H.

​Sesungguhnya pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat warga sekolah dan seluruh warga pendidikan Daerah Subis.

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmat-Mu ke atasnya, sejahterakanlah dan maafkanlah dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh."

​Amin Ya Rabbal Alamin.

​Salam Takziah Ikhlas Daripada:
RAYU@RAHAYU BINTI DELI
Pegawai Pendidikan Daerah
serta Seluruh Warga Pejabat Pendidikan Daerah Subis

​

Pejabat Pendidikan Daerah Subis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Ilamara...
28/08/2026

Pejabat Pendidikan Daerah Subis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Ilamaran A/L Subramaniam, atas segala khidmat bakti, dedikasi, serta sumbangan yang tidak ternilai sepanjang menabur khidmat bakti sebagai pengetua di SMK Luar Bandar Miri dari Mac 2024 hingga Ogos 2026.

​Terima kasih atas kepimpinan cemerlang, dedikasi tanpa batas, dan pengorbanan tuan dalam memartabatkan pendidikan anak bangsa. Jasa tuan akan sentiasa dikenang, dan teladan yang ditinggalkan bakal menjadi inspirasi sepanjang zaman buat seluruh warga pendidik.

​"Setiap usaha adalah legasi, setiap jasa adalah inspirasi."

​Seluruh warga PPD Subis mendoakan agar Tuan Ilamaran sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan, serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh alam persaraan.

​

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Subis merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:Cik Kho Ling Hongatas pen...
28/08/2026

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Subis merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:

Cik Kho Ling Hong

atas pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam Negeri Sarawak, Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B).

Pengiktirafan berprestij ini merupakan bukti nyata ke atas segala jasa, dedikasi, dan komitmen cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan. Sesungguhnya, pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama, malah menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga kerja dan pendidik di daerah Subis untuk terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan.

Semoga Cik Kho Ling Hong terus melakar kecemerlangan dan terus menyumbang bakti kepada nusa, bangsa, dan sistem pendidikan kita.

Terus cemerlang!

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M daripada Pejabat Pendidikan Daerah Subis​"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terda...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M daripada Pejabat Pendidikan Daerah Subis

​"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat suri teladan yang baik bagimu..."

(Surah Al-Ahzab: 21)

​Warga Pejabat Pendidikan Daerah Subis mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh warga pendidik, pimpinan sekolah, ibu bapa, dan murid-murid di daerah Subis serta seluruh umat Islam.

​Mari kita bersama-sama memperingati kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW dengan meneladani akhlak, kepimpinan, dan kegigihan Baginda dalam menyebarkan ilmu serta kasih sayang. Semoga semangat sirah Nabawiyah terus menjadi panduan dan inspirasi buat kita semua dalam membina generasi pelapis yang berilmu, berakhlak mulia, dan berintegriti demi kecemerlangan pendidikan di daerah Subis.

​"Menzahirkan Cinta Rasulullah SAW Melalui Pembentukan Akhlak Unggul dan Kecemerlangan Ilmu"

​Setinggi-tinggi selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, serta para sahabat Baginda.

​Daripada:
Pegawai Pendidikan Daerah & Seluruh Warga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Subis, Sarawak.

Address

Pejabat Pendidikan Daerah Subis
Bekenu
98150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6085719027

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Subis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Subis:

Shortcuts

Share