16/06/2026
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN LANGKAH JUARA 2026
π Tarikh: 15 JUN 2026 (Isnin)
π Tempat: Dewan Terbuka SMK Beluran
βLangkah kecil membawa kepada kejayaan besar pada masa hadapanβ
SMK Beluran telah mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Langkah Juara 2026 sebagai satu inisiatif kolaboratif melibatkan pihak sekolah, ibu bapa, PIBG, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM), komuniti setempat serta agensi-agensi berkaitan dalam usaha memastikan setiap murid hadir ke sekolah secara konsisten, bersemangat dan sentiasa bersedia untuk belajar. Kempen ini juga merupakan usaha bersama untuk menangani isu ketidakhadiran murid dan mengurangkan risiko keciciran pendidikan.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran para tetamu jemputan daripada pelbagai agensi dan komuniti, antaranya:
πΉ Pejabat Kebajikan Daerah Beluran
Encik Awang Syahrin Bin Abdul Sali, Pegawai Kebajikan Daerah Beluran
Encik Abdul Hafiz Bin Ahmad, Pegawai Pelindung Kanak-Kanak & Pegawai Akhlak Juvana
πΉ PIBG SMK Beluran
Encik Habiren Hassan, Yang Dipertua PIBG
Encik Malik Tajik, Timbalan Yang Dipertua PIBG
πΉ Pegawai Perhubungan Sekolah
Sarjan Tazli Bin Tajuddin
Koperal Sophian Bin Lanin
πΉ Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Beluran (PKKK)
Puan Sharifah Dariani binti Sharif Adam, Timbalan Pengerusi PKKK
Encik Olin Anak Kar, Ahli PKKK
πΉ Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Beluran (PPKK)
Puan Salimah Diman, Setiausaha PPKK
πΉ Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Daerah Beluran
Puan Marinah Binti Osman
Encik Nasri bin Jalil
Turut hadir memberikan sokongan ialah para Pengerusi JPKKK kawasan sekitar Beluran:
Encik Rahman bin Udin
Encik Kipli bin Jusip β Kampung Rampek
Encik Z**i Mohd Razis bin Musa β Kampung Air
Encik Jimran @ Norsalid bin Othman β Kampung Bayu Permai
Puan Juvita binti Diman β Kampung Keramat
Encik Sharif Ramai Shah bin Sh. Yunus β Kampung Muanad 1
Puan Sharifah Dariani binti Sharif Adam β Kampung Muanad 3
Antara pengisian program termasuk amanat daripada YDP PIBG, Encik Habiren Hassan, taklimat berkaitan bantuan, kebajikan dan kemudahan kanak-kanak yang disampaikan oleh Encik Abdul Hafiz Bin Ahmad, dari Pejabat Kebajikan Daerah Beluran, kemudian sesi pelancaran rasmi Kempen Langkah Juara 2026 serta penyampaian bunting kempen kepada para Pengerusi JPKKK sebagai simbol komitmen bersama dalam memastikan setiap anak mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.
Semoga usaha yang terjalin melalui kerjasama erat antara sekolah, keluarga, masyarakat dan agensi berkaitan akan terus memperkukuh budaya kehadiran cemerlang dalam kalangan murid. Setiap langkah kecil yang diambil hari ini adalah permulaan kepada kejayaan besar pada masa hadapan.