Masjid Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Benta, Lipis

  • Home
  • Malaysia
  • Benta
  • Masjid Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Benta, Lipis
Directions

Masjid Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Benta, Lipis Masjid Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Benta, Lipis Pahang Darul Makmur

04/09/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT MASJID AL SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL MUSTAFA BILLAH SHAH BENTA

HAFLAH GEMA SELAWAT SAWMenghidupkan Selawat , Menyuburkan MahabbahAssalamualaikum WBTMajlis Tausiyah & Selawat sempena M...
04/09/2026

HAFLAH GEMA SELAWAT SAW
Menghidupkan Selawat , Menyuburkan Mahabbah

Assalamualaikum WBT

Majlis Tausiyah & Selawat sempena Maulidur Rasul 1448H…

Tarikh : 4 September 2026 / Jumaat
Masa : 7 malam
Tempat : Masjid Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Benta

MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

🌸 PROGRAM HAFLAH GEMA SELAWAT MUSLIMAT 🌸Peringkat Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, BentaAl...
03/09/2026

🌸 PROGRAM HAFLAH GEMA SELAWAT MUSLIMAT 🌸

Peringkat Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Benta

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Haflah Gema Selawat Muslimat bersempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H pada 3 September 2026 (Khamis) bertempat di Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Benta.

Majlis dimulakan dengan alunan marhaban dan berzanji daripada Kumpulan Bina Insan Muslimat Benta, diikuti Haflah Gema Selawat bersama Ustazah Dr. Fatimah Syarha binti Nordin.

Turut diadakan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Benta kepada para peserta yang hadir sebagai salah satu pengisian program.

Majlis turut dihadiri oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis serta para muslimat yang bersama-sama memeriahkan program.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi fotografi sebagai kenang-kenangan.

Semoga program ini terus menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dan memperindah akhlak dalam kehidupan. 🌹

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين







03/09/2026

HAFLAH GEMA SELAWAT

30/07/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Sempena Memuliakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Semoga Allah SWT mengurniakan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, serta sentiasa berada dalam rahmat-Nya.

Sembah Takzim Daripada:
Pengarah serta Warga Kerja
Jabatan Agama Islam Pahang

𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑮𝑶𝑻𝑶𝑵𝑮 𝑹𝑶𝒀𝑶𝑵𝑮 𝑴𝑬𝑴𝑨𝑺𝑨𝑲 𝑩𝑼𝑩𝑼𝑹 𝑨𝑺𝒀𝑼𝑹𝑨Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Ayuh bersama-sama memeriahkan Progr...
08/07/2026

𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑮𝑶𝑻𝑶𝑵𝑮 𝑹𝑶𝒀𝑶𝑵𝑮 𝑴𝑬𝑴𝑨𝑺𝑨𝑲 𝑩𝑼𝑩𝑼𝑹 𝑨𝑺𝒀𝑼𝑹𝑨

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ayuh bersama-sama memeriahkan Program Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis)
🕗 Masa: 8.00 pagi
📍 Tempat: Masjid Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, Benta

Program ini dianjurkan bagi mengeratkan ukhuwah, menyemai semangat kerjasama serta menghidupkan amalan bergotong-royong dalam kalangan masyarakat.

✨ Semua dijemput hadir untuk bersama-sama menyumbang tenaga dalam penyediaan Bubur Asyura. Kehadiran dan sokongan tuan-tuan serta puan-puan amatlah dialu-alukan.

06/07/2026

KULIAH MAGHRIB UST MUSA'AD

28/06/2026

KULIAH MAGHRIB IMAM MASJID JENGKA

23/06/2026

KULIAH MAGHRIB USTAZ DZUL

𝑲𝑼𝑳𝑰𝑨𝑯 𝑺𝑼𝑩𝑼𝑯 𝑲𝑯𝑨𝑺 𝑺𝑬𝑴𝑷𝑬𝑵𝑨 𝑴𝑨𝑨𝑳 𝑯𝑰𝑱𝑹𝑨𝑯 1448𝑯Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kuliah Subuh Khas Sempena Maa...
19/06/2026

𝑲𝑼𝑳𝑰𝑨𝑯 𝑺𝑼𝑩𝑼𝑯 𝑲𝑯𝑨𝑺 𝑺𝑬𝑴𝑷𝑬𝑵𝑨 𝑴𝑨𝑨𝑳 𝑯𝑰𝑱𝑹𝑨𝑯 1448𝑯

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kuliah Subuh Khas Sempena Maal Hijrah 1448H bertajuk “Mencari Diri Yang Hilang” yang disampaikan oleh Ustaz Ramli Hassan di Masjid Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, Benta.

Semoga segala perkongsian ilmu, nasihat dan peringatan yang disampaikan menjadi panduan buat kita semua dalam memperbaiki diri, memperkukuhkan iman serta menghayati makna sebenar penghijrahan ke arah kehidupan yang lebih diredai Allah SWT.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah, para jawatankuasa serta seluruh jemaah yang telah hadir dan memeriahkan majlis ilmu ini.

“Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi perubahan hati dan amalan menuju keredaan Allah.”

Address

Masjid Baru Benta, Mukim Budu
Benta
27310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Benta, Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share