Risda Daerah Bentong

Call Directions

Risda Daerah Bentong RISDA PRIHATIN PEKEBUN KECIL MAKMUR

RCE STRIKE! β€” KARAK FISHING CHALLENGEKAKI PANCING, JANGAN LEPASKAN PELUANG NI! JOM DAFTAR SEKARANG!Ajak geng, bawa kelua...
21/10/2026

RCE STRIKE! β€” KARAK FISHING CHALLENGE
KAKI PANCING, JANGAN LEPASKAN PELUANG NI! JOM DAFTAR SEKARANG!

Ajak geng, bawa keluarga dan bersedia untuk berentap secara santai di RCE STRIKE!

Program di bawah GEMPAK (Generasi Muda Pekebun Kecil) ini merupakan kolaborasi RISDA Daerah Bentong bersama komuniti Kampung Tok Muda, Karak menerusi pendekatan RISDA Community Engagement (RCE).

πŸ† HADIAH WANG TUNAI SEHINGGA RM300!
🎁 10 PEMENANG CABUTAN BERTUAH dengan 3 hadiah utama β€” TV, basikal dan tablet!
🐟 Kategori pertandingan: Ikan patin dan ikan lampam sahaja.
βœ… Ikan lain yang diperoleh boleh dibawa pulang.
⚠️ Penggunaan umpan organik seperti perut ayam dan hati ayam adalah dilarang.

Yuran penyertaan: RM30 bagi setiap joran.

πŸ“² NAK JOIN? INI CARANYA!
1️⃣ Imbas QR pembayaran pada poster untuk membuat bayaran.
2️⃣ Selepas pembayaran, imbas QR pendaftaran untuk mengisi maklumat peserta.
3️⃣ Selesai daftar? Bersedia untuk STRIKE! πŸ”₯

⏳ Jangan tunggu saat akhir! Daftar sekarang, ajak geng kaki pancing dan luangkan masa berkualiti bersama keluarga serta komuniti. Tempat penyertaan tertakluk kepada kuota yang ditetapkan penganjur.

RCE STRIKE! β€” JORAN DIHULUR, KOMUNITI DISATUKAN! πŸŽ£πŸ’š

20/10/2026

PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL DAERAH BENTONG..

PENYERTAAN TERHAD untuk 200 peserta sahajaaa.!!! Sapa cepat dia dapat..!!! RCE STRIKE! β€” KARAK FISHING CHALLENGEBukan se...
20/10/2026

PENYERTAAN TERHAD untuk 200 peserta sahajaaa.!!!

Sapa cepat dia dapat..!!!

RCE STRIKE! β€” KARAK FISHING CHALLENGE

Bukan sekadar memancing, tetapi peluang untuk berkumpul, mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan hubungan bersama komuniti!

Menerusi Program GEMPAK, RISDA Daerah Bentong membawakan RCE STRIKE! sebagai salah satu aktiviti santai yang menggabungkan pertandingan memancing, kekeluargaan dan semangat komuniti bersama penduduk Kampung Tok Muda, Karak.

Jom ajak keluarga, kawan-kawan dan geng kaki pancing untuk sama-sama memeriahkan program ini!

Yuran penyertaan: RM30 bagi setiap joran terus ke akaun JPKK Kg Tok Muda..

IKAN BOLEH BAWAK BALIK..!!!

Joran dihulur, ukhuwah terjalin! Kita jumpa di RCE STRIKE! πŸ”₯

Maklumat Lanjut :

http://www.wasap.my/60132342787/marimancing

PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL (PKPK) | KAMPUNG BARU KARAKSuasana santai dan mesra mewarnai Program Kemakmuran Pekebun...
20/10/2026

PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL (PKPK) | KAMPUNG BARU KARAK

Suasana santai dan mesra mewarnai Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) di Dewan JKKK Kampung Baru Karak yang mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti pekebun kecil Cina setempat.

Turut hadir, Pegawai RISDA Daerah Bentong, Puan Nurul Jannah binti Mohamed Nor, yang hadir untuk beramah mesra, berborak dan bertanya khabar bersama komuniti pekebun kecil.

Inilah tujuan RISDA turun padang β€” mendekati pekebun kecil, mendengar perkongsian mereka dan mengeratkan hubungan dalam suasana yang santai dan penuh kemesraan. 😊

RISDA sentiasa dekat dengan komuniti, demi kesejahteraan pekebun kecil! 🌿

COMING SOON!PROGRAM GANERASI MUDA PEKEBUN KECIL - GEMPAKRCE BRISK WALK β€” MOVE β€’ CONNECT β€’ DISCOVER πŸ“ Taman Rekreasi Sung...
15/10/2026

COMING SOON!

PROGRAM GANERASI MUDA PEKEBUN KECIL - GEMPAK

RCE BRISK WALK β€” MOVE β€’ CONNECT β€’ DISCOVER

πŸ“ Taman Rekreasi Sungai Marong, Bentong

🎁 Makanan kesihatan PERCUMA!
πŸ‘• Running kit untuk 100 pendaftaran terawal!

RISDA Bersama Komuniti. Nantikan! πŸ˜‰


RPSB beli RM5.56/KG! HASIL USAHA PEKEBUN KECIL KG. LENGKONG Alhamdulillah! Jualan Getah Berkelompok di Kampung Lengkong ...
13/10/2026

RPSB beli RM5.56/KG! HASIL USAHA PEKEBUN KECIL KG. LENGKONG

Alhamdulillah! Jualan Getah Berkelompok di Kampung Lengkong mencatat harga RM5.56/kg. πŸ‘πŸ”₯

Bila pekebun kecil bersatu, kualiti getah dijaga dan jualan diuruskan dengan baik, hasil yang lebih baik dapat diusahakan bersama.

πŸ’ͺ Teruskan semangat! Getah berkualiti, pekebun lebih berdaya saing!

09/10/2026
28/09/2026

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡

Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja RISDA menzahirkan rasa dukacita serta merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali atas pemergian beliau ke rahmatullah pada hari ini.

Allahyarhamah merupakan seorang tokoh wanita terbilang negara yang telah mencurahkan khidmat bakti dan sumbangan besar kepada Malaysia, khususnya dalam bidang perubatan, kesihatan awam serta kebajikan masyarakat. Sumbangan dan dedikasi beliau dalam memperkasa kesihatan ibu dan kanak-kanak, kesihatan masyarakat serta kesejahteraan rakyat, khususnya di luar bandar, telah meninggalkan kesan yang amat bermakna kepada pembangunan negara.

Sebagai tokoh wanita negara dan pendamping kepada negarawan, Allahyarhamah turut meninggalkan legasi keteladanan, kesederhanaan dan khidmat bakti yang akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sesungguhnya, segala jasa, pengorbanan dan sumbangan Allahyarhamah kepada agama, bangsa dan negara merupakan satu khazanah yang amat bernilai dan akan terus terpahat dalam sejarah negara.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kesalahan beliau, serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Mari kita cuba ChatGPT.. Buka ChatGPT. Upload gambar empty tin box di ruang komenLepas tu taip: β€œFill it with things tha...
25/09/2026

Mari kita cuba ChatGPT..

Buka ChatGPT. Upload gambar empty tin box di ruang komen

Lepas tu taip:

β€œFill it with things that represent me and color it with my favorite color.”

Jangan ubah prompt. Tengok apa yang ChatGPT letak dalam box awak. Siapa dah cuba, reply post ni dengan hasil korang.




RISDA MASUK KAMPUNG β€” BELI GETAH TERUS DI KAWASAN PEKEBUNHari ni RISDA turun padang ke Kampung Sungai Gabong, Bentong me...
24/09/2026

RISDA MASUK KAMPUNG β€” BELI GETAH TERUS DI KAWASAN PEKEBUN

Hari ni RISDA turun padang ke Kampung Sungai Gabong, Bentong menerusi aktiviti Pembelian Getah Secara Bergerak.

Konsepnya mudah β€” RISDA datang lebih dekat dengan pekebun kecil, khususnya di kawasan yang mungkin jauh daripada pusat pembelian.

Untuk hari ini, harga belian getah yang ditawarkan di kawasan ini ialah RM4.42/kg.

Aktiviti seperti ini bukan sahaja memudahkan urusan menjual hasil, malah menjadi salah satu usaha untuk memperkenalkan kepada masyarakat setempat bahawa RISDA kini turut aktif dalam pembelian getah.

RISDA Masuk Kampung.
RISDA Datang Dekat Dengan Pekebun.
Getah Anda, Kami Beli.

Address

Jalan Mohd Nor Zabidin, Kampung Baru
Bentong
28700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092221095

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Risda Daerah Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share