POLIS Bentong

Call Directions

POLIS Bentong Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis DiRaja Malaysia Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang.
(1)

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN AMANAT OLEH YDH ACP ZAIHAM BIN MOHD KAHAR PERINGKAT IPD BENTONGBENTONG, 07 OKTOBER 2026 – Ibu Pej...
07/10/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN AMANAT OLEH YDH ACP ZAIHAM BIN MOHD KAHAR PERINGKAT IPD BENTONG

BENTONG, 07 OKTOBER 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah mengadakan Majlis Perhimpunan dan Amanat oleh YDH ACP Zaiham bin Mohd Kahar, Mantan Ketua Polis Daerah Bentong bertempat di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad, Bentong.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, nyanyian lagu Negaraku dan Allah Rahmatkan Raja Kami, serta bacaan doa.

Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat oleh YDH ACP Zaiham bin Mohd Kahar yang turut menyampaikan kata-kata nasihat, penghargaan serta amanat kepada seluruh warga IPD Bentong.

Seterusnya, Surat Penghargaan telah disampaikan kepada wakil Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Polis Balai sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas jasa, komitmen serta sumbangan seluruh warga kerja IPD Bentong.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Sang Saka Biru dan Sedia Berkhidmat, serta sesi bergambar bersama YDH ACP Zaiham bin Mohd Kahar sebagai kenangan dan tanda penghargaan atas segala jasa serta khidmat bakti beliau sepanjang menerajui IPD Bentong.

Seluruh warga IPD Bentong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YDH ACP Zaiham bin Mohd Kahar atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA







MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KETUA POLIS DAERAH BENTONG DAN PENGERUSI PERKEP IPD BENTONGBENTONG, 07 OKTOBER 2026 – ...
07/10/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KETUA POLIS DAERAH BENTONG DAN PENGERUSI PERKEP IPD BENTONG

BENTONG, 07 OKTOBER 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Bentong dan Pengerusi PERKEP IPD Bentong bertempat di Pekarangan IPD Bentong.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, diikuti nyanyian lagu Negaraku dan Allah Rahmatkan Raja Kami serta bacaan doa bagi memohon keberkatan dan kelancaran majlis.

Seterusnya, berlangsung Upacara Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Bentong di antara YDH ACP Zaiham bin Mohd Kahar dengan YDH DSP Azmi bin Mahmod, yang disaksikan oleh YDH DCP Dato’ Azry Akmar bin Dato’ Haji Ayob, Pemangku Ketua Polis Pahang.

Pada majlis yang sama turut berlangsung Upacara Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Daerah Bentong di antara YBhg. Puan Salmah binti Haji Yaakob dengan YBhg. Puan Roslinda binti Suratman, yang disaksikan oleh YBhg. Datin Suriyanti binti Haji Esa, Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Pahang.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada YDH ACP Zaiham bin Mohd Kahar dan YDH DCP Dato’ Azry Akmar bin Dato’ Haji Ayob, sebelum diakhiri dengan nyanyian lagu Sang Saka Biru dan Sedia Berkhidmat serta sesi bergambar bersama para tetamu dan warga IPD Bentong.

Turut hadir, Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen Pahang, Ketua-Ketua Polis Daerah, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai serta pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam IPD Bentong, selain barisan kepimpinan dan ahli-ahli PERKEP Kontinjen Pahang serta Daerah Bentong.

Seluruh warga IPD Bentong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YDH ACP Zaiham bin Mohd Kahar dan YBhg. Puan Salmah binti Haji Yaakob atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada YDH DSP Azmi bin Mahmod selaku Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong serta YBhg. Puan Roslinda binti Suratman selaku Pemangku Pengerusi PERKEP IPD Bentong.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

SEMBANG SANTAI KESEDARAN ANCAMAN SCAMMER BERSAMA PENDUDUK PEKAN MANCHISBENTONG, 2 Oktober 2026 (Jumaat) – Sesi sembang s...
02/10/2026

SEMBANG SANTAI KESEDARAN ANCAMAN SCAMMER BERSAMA PENDUDUK PEKAN MANCHIS

BENTONG, 2 Oktober 2026 (Jumaat) – Sesi sembang santai mengenai kesedaran ancaman scammer telah diadakan bersama penduduk Kampung Pekan Manchis sempena Program Gotong-Royong Balai Polis Manchis, Bentong.

Program berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Balai Polis Manchis dengan penglibatan Insp. Isman Husni bin Hassan Sazali.

Antara perkara yang dikongsikan ialah taktik sindiket penipuan, langkah mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serta risiko menyerahkan akaun bank kepada pihak lain untuk digunakan sebagai akaun keldai.

Penduduk turut diingatkan supaya tidak menekan pautan mencurigakan atau memasang fail aplikasi (.apk) daripada sumber yang tidak dikenali. Penerangan mengenai saluran NSRC 997, portal Semak Mule dan Facebook JSJK PDRM turut diberikan.

Orang ramai diseru agar sentiasa berwaspada dan membuat semakan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Jangan mudah percaya, semak sebelum bertindak!

🌿 PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA KOMUNITI PENDUDUK MANCHIS PERINGKAT IPD BENTONG 🌿Bentong, 02 Oktober 2026 - Program Goto...
02/10/2026

🌿 PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA KOMUNITI PENDUDUK MANCHIS PERINGKAT IPD BENTONG 🌿

Bentong, 02 Oktober 2026 - Program Gotong-Royong Bersama Komuniti Penduduk Manchis Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah berlangsung dengan penuh semangat dan kerjasama melibatkan warga IPD Bentong serta komuniti setempat.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, Insp. Mohammad Haffiz bin Mohammad Zain, diikuti ucapan oleh YDH P/ACP Zaiham bin Mohd Kahar, Ketua Polis Daerah Bentong serta taklimat gotong-royong oleh Sjn Abdul Karim bin Nordin.

Turut diadakan acara penanaman pokok oleh YDH P/ACP Zaiham bin Mohd Kahar sebagai simbolik sempena pertukaran beliau, sebelum program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong bersama komuniti penduduk Manchis di sekitar kawasan Balai Polis Manchis.

Aktiviti ini bukan sahaja dapat mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan kondusif, malah menjadi platform dalam memperkukuh hubungan silaturahim, semangat kerjasama serta kepercayaan antara pihak polis dan masyarakat setempat.

Program turut dihadiri YDH DSP Azmi bin Mahmod, Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam IPD Bentong serta komuniti penduduk Manchis.

🤝 Polis dan masyarakat berpisah tiada. Bersama membina komuniti yang lebih harmoni, selamat dan sejahtera.







MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERTUKARAN KETUA POLIS DAERAH BENTONGBentong, 1 Oktober 2026 – Ibu P...
01/10/2026

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERTUKARAN KETUA POLIS DAERAH BENTONG

Bentong, 1 Oktober 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena pertukaran Ketua Polis Daerah Bentong, YDH ACP Zaiham bin Mohd Kahar.

Majlis turut dihadiri oleh YDH DSP Azmi bin Mahmod, Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai Daerah Bentong, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Bentong.

Majlis diadakan sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan buat YDH ACP Zaiham bin Mohd Kahar dalam meneruskan khidmat bakti dan amanah di tempat baharu.

Semoga segala jasa, kepimpinan dan sumbangan beliau sepanjang menerajui IPD Bentong sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga Polis Bentong.

Selamat bertugas di tempat baharu dan semoga terus cemerlang dalam amanah yang dipikul.





SIARAN MEDIA YDH ACP ZAIHAM MOHD KAHAR, KETUA POLIS DAERAH BENTONG.HEBAHAN KESAN ORANG HILANG (OH).
29/09/2026

SIARAN MEDIA YDH ACP ZAIHAM MOHD KAHAR, KETUA POLIS DAERAH BENTONG.

HEBAHAN KESAN ORANG HILANG (OH).




POLIS BENTONG SANTUNI MASYARAKAT MELALUI CERAMAH KESEDARAN ANCAMAN SCAMMERBENTONG, 29 September 2026 – Bahagian Siasatan...
29/09/2026

POLIS BENTONG SANTUNI MASYARAKAT MELALUI CERAMAH KESEDARAN ANCAMAN SCAMMER

BENTONG, 29 September 2026 – Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Bentong telah menyampaikan ceramah kesedaran ancaman scammer sempena Program Bandar Selamat 2.0 anjuran Majlis Perbandaran Bentong. Program yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Bentong ini dihadiri seramai 200 orang.

Ceramah yang disampaikan oleh Insp. Mohamad Hafiz bin Arifin memberi pendedahan tentang taktik penipuan yang sering digunakan, bahaya menyerahkan akaun bank kepada pihak lain serta langkah mengenal pasti pautan dan fail aplikasi yang mencurigakan. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang kepada peserta berkongsi pengalaman dan mendapatkan penjelasan.

Turut hadir YH Tok Muda Dato’ Ahmad Mukriz bin Dato’ Ahmad Fuad, Ahli Majlis Perbandaran Bentong, dan Tuan Haji Abd Rahman bin Haji Abd Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Bandar Selamat dan Infrastruktur Majlis Perbandaran Bentong.

Polis Bentong mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada, menyemak kesahihan sesuatu tawaran dan tidak berkongsi maklumat perbankan dengan pihak yang tidak dikenali.

📸 MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PENGESAHAN JAWATAN INSPEKTOR PERINGKAT IPD BENTONGBENTONG, 28 September 2026 – Ibu Pejabat Po...
28/09/2026

📸 MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PENGESAHAN JAWATAN INSPEKTOR PERINGKAT IPD BENTONG

BENTONG, 28 September 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah menganjurkan Majlis Pemakaian Pangkat Pengesahan Jawatan Inspektor bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IPD Bentong, pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, Insp. Wan Fazlina binti Wan Zahari, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Sukri bin Shamsudin dari Cawangan BAKA IPD Bentong.

Majlis diteruskan dengan sesi pemakaian pangkat pengesahan jawatan kepada Insp. Kushalani a/p Sassie yang telah disempurnakan oleh YDH ACP Zaiham bin Mohd Kahar, Ketua Polis Daerah Bentong.

Dalam ucapannya, YDH Ketua Polis Daerah Bentong turut merakamkan ucapan tahniah kepada penerima serta berharap agar pengesahan jawatan tersebut menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan komitmen, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Majlis turut dihadiri oleh DSP Azmi bin Mahmod, Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, semua Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai IPD Bentong.

Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama YDH Ketua Polis Daerah Bentong, barisan Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai serta penerima pengesahan pangkat.

Tahniah diucapkan kepada Insp. Kushalani a/p Sassie atas pengesahan jawatan. Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan dan dipermudahkan dalam melaksanakan amanah yang diberikan. 👮‍♀️🎖️






PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT IPD BENTONG SERTA BALAI-BALAI DI BAWAH...
28/09/2026

PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT IPD BENTONG SERTA BALAI-BALAI DI BAWAH PENTADBIRAN IPD BENTONG

Bentong, 28 September 2026 (Isnin) | Bertempat di Pekarangan IPD Bentong telah berlangsung pelaksanaan Amalan Nyanyian Lagu ‘Negaraku’ dan Bacaan Ikrar Rukun Negara peringkat IPD Bentong yang turut dilaksanakan serentak di seluruh Balai Polis di bawah pentadbiran IPD Bentong.

Pelaksanaan amalan mingguan ini merupakan manifestasi semangat patriotisme, perpaduan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia serta penjawat awam. Program ini juga menjadi wadah untuk menyemai nilai integriti, disiplin dan semangat cintakan negara dalam melaksanakan amanah demi kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara.

Pelaksanaan ini selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam yang menekankan penghayatan nilai tatakelola, kecekapan penyampaian perkhidmatan serta pengukuhan semangat kebersamaan dalam kalangan penjawat awam. Sebagai barisan hadapan keselamatan negara, warga PDRM terus komited dalam menzahirkan kesetiaan kepada Raja dan Negara serta memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap dan berkesan kepada masyarakat.

Pelaksanaan di IPD Bentong telah diketuai oleh ASP Nor Bulian bin Zakaria, Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi IPD Bentong bersama Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Bentong.

Manakala pelaksanaan di Balai-Balai Polis bawah pentadbiran IPD Bentong telah diketuai oleh Ketua Polis Balai masing-masing dengan penuh semangat dan penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.

“Rukun Negara Teras Perpaduan, Negaraku Lambang Kesetiaan”



PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (GHS)  LARIAN 2.4KM BAGI TAHUN 2026 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH BENTONG.Bentong, 25 Sept...
25/09/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (GHS) LARIAN 2.4KM BAGI TAHUN 2026 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH BENTONG.

Bentong, 25 September 2026 (Jumaat) jam lebih kurang 7.30 pagi telah dijalankan program Gaya Hidup Sihat (GHS) Larian 2.4KM peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang.

Seramai (21) Pegawai Kanan Polis, (89) Pegawai Rendah Polis dan (2) Pegawai Awam di bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah hadir bersama-sama menjayakan program Gaya Hidup Sihat pada pagi ini.

Program dimulakan dengan Lapor Baris oleh Penolong Pegawai Baris, Sjn Aldolister @ Aldiro Itom kepada Pegawai Baris, Insp. Amirul Khairuddin bin Ahmad seterusnya kepada YDH ACP Zaiham bin Mohd Kahar, Ketua Polis Daerah Bentong.

Program diteruskan lagi dengan acara pemanas badan dimulakan dan diteruskan dengan Larian 2.4KM.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi meningkat kesedaran disamping meningkatkan menjalani gaya hidup cergas dan sihat serta mengeratkan silaturahim dan ukhwah dikalangan pegawai dan anggota di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.




Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong
Bentong
28700

Telephone

+6092222222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when POLIS Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share