Pejabat Kesihatan Bahagian Betong

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Kesihatan Bahagian Betong ๐€๐ค๐š๐ฎ๐ง ๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ญ๐จ๐ง๐ 

๐ŸฆดOsteoporosis adalah penyakit yang tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga fraktur berlaku.๐Ÿฅ Rawatan awa...
23/10/2026

๐ŸฆดOsteoporosis adalah penyakit yang tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga fraktur berlaku.

๐Ÿฅ Rawatan awal adalah penting.
Proses kereputan tulang boleh diperlahankan jika penyakit ini dikesan awal.

โœ”๏ธ Jika anda berisiko untuk menghidap penyakit ini segeralah berbincang dengan doktor terutamanya golongan:
โœ”๏ธWarga emas
โœ”๏ธWanita hampir atau selepas putus haid
โœ”๏ธPenyakit kronik seperti kencing manis, rheumatoif arthritis dan sebagainya
โœ”๏ธRawatan yang menggunakan steroid untuk jangka masa panjang

๐Ÿ’ชOsteoporosis menyebabkan tulang menjadi rapuh, sehingga mudah patah, walaupun akibat daripada pelanggaran kecil, ketika...
23/10/2026

๐Ÿ’ชOsteoporosis menyebabkan tulang menjadi rapuh, sehingga mudah patah, walaupun akibat daripada pelanggaran kecil, ketika bersin, atau melakukan pergerakan secara tiba-tiba.

๐Ÿ“ŒKerapuhan tulang yang disebabkan oleh osteoporosis boleh mengancam nyawa dan penyebab utama kesakitan dan ketidakupayaan jangka panjang.

Lindungi tulang anda daripada kerapuhan tulang dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan.

MITOS & FAKTA PENYAKIT FILARIASIS (UNTUT)Filariasis ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh cacing parasit dan me...
23/10/2026

MITOS & FAKTA PENYAKIT FILARIASIS (UNTUT)

Filariasis ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh cacing parasit dan merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti. Penyakit ini boleh dicegah melalui langkah perlindungan diri dan program pemberian ubat beramai-ramai (MDA).

Pastikan pelajar memakai pelitup muka yang sesuai dan betul bagi membantu mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar....
21/10/2026

Pastikan pelajar memakai pelitup muka yang sesuai dan betul bagi membantu mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.

๐Ÿ˜ท Pilih pelitup yang sesuai.
โœ… Pastikan hidung, mulut dan dagu ditutupi dengan sempurna.
๐Ÿ”„ Gantikan pelitup yang basah, kotor atau rosak.
๐Ÿ  Hadkan aktiviti di luar bangunan.
๐Ÿ“ฑ Pantau bacaan IPU dan patuhi arahan pihak berkuasa.

Dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan jika mengalami batuk, sesak nafas, sakit dada atau keadaan semakin teruk.

Pelitup muka ialah perlindungan tambahan. Pemantauan IPU dan pengurangan pendedahan kepada jerebu tetap perlu diutamakan.




Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

๐๐„๐“๐Ž๐๐† | 21 Oktober 2026 Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) @ HePiLI Peringkat Sekolah Rendah Peringkat Baha...
21/10/2026

๐๐„๐“๐Ž๐๐† | 21 Oktober 2026
Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) @ HePiLI Peringkat Sekolah Rendah Peringkat Bahagian Betong 2026 telah diadakan di SK Abang Abdul Rahman, Saratok.

Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) merupakan satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat menerusi pembudayaan hidup sihat terutama dalam kalangan pelajar di institusi pendidikan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Encik Zulkarnain bin Ahmad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Saratok.

Gimik perasmian juga dibuat sebagai simbolik perasmian majlis dengan penyerahan plak BMSS dan Sijil Penghargaan kepada pihak sekolah SK Abang Abdul Rahman, Saratok. Selain itu, PKB Betong juga menyerahkan Plak Penghargaan kepada Encik Zulkarnain bin Ahmad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Saratok.

Turut hadir iaitu Yang Berusaha, Dr Mohd Nor Faizal bin Zulkifli, Pegawai Perubatan Pakar Pra-Warta mewakili Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, Yang Berusaha, Encik Azaharuddin bin Ainie, Penolong Kanan Pentadbiran SK Abang Abdul Rahman, Saratok dan Yang Berusaha, Dr Saharul Abillah bin Muhamad, Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, (YDP PIBG), SK Abang Abdul Rahman, Saratok.

Seramai 641 orang pelajar dan 80 orang tenaga pengajar termasuk kakitangan dan semua AJK dari Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, Pejabat Kesihatan Daerah Saratok, Klinik Kesihatan Nanga Atoi, Klinik Kesihatan Debak, Klinik Kesihatan Spaoh, Klinik Mid Layar Betong dan Klinik Pergigian Daerah Saratok yang sama-sama terlibat hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti penyerahan plak BMSS dan penyerahan sijil penghargaan kepada pihak sekolah dan lawatan pelajar - pelajar ke booth pameran.
Pelbagai Booth Showcase Interaktif Kesihatan yang diadakan iaitu:
1. Booth Interaktif Kesihatan Pergigian
2. Booth Interaktif Lihat, Hidu dan Rasa
3. Booth Interaktif Minda Sihat
4. Booth Interaktif Kenali Ubat Anda
5. Booth Interaktif Tak Nak Merokok dan V**e
6. Booth Interaktif Kebersihan Persekitaran dan Denggi
7. Kelab Doktor Muda
8. โ Booth Interaktif Penyakit Tidak Berjangkit
Promosi pembudayaan hidup sihat bukan sahaja untuk meningkatkan keupayaan imuniti badan dalam mencegah dan melawan sebarang jangkitan penyakit serta kesejahteraan rakyat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih buat warga SK Abang Abdul Rahman, Saratok dan semua AJK yang terlibat di atas kerjasama dalam menjayakan BMSS tahun 2026.






Antibiotik adalah ubat yang dikhususkan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria pada manusia dan haiwan.Ra...
21/10/2026

Antibiotik adalah ubat yang dikhususkan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria pada manusia dan haiwan.

Ramai yang sering keliru, tetapi hakikatnya antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan virus seperti:

โŒ Demam biasa
โŒ Selesema
โŒ Batuk

Jika anda mengalami simptom batuk atau selesema, pastikan anda minum air dan dapatkan rehat secukupnya. Anda juga boleh mengambil ubat am untuk melegakan simptom jika perlu. Gunakan ubat dengan bijak dan tepat!



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Budaya hidup masyarakat kini yang terlalu sibuk dengan tugasan harian menjadikannya cenderung keletihan pada penghujung ...
19/10/2026

Budaya hidup masyarakat kini yang terlalu sibuk dengan tugasan harian menjadikannya cenderung keletihan pada penghujung hari.

Keletihan yang dialami oleh seseorang mengurangkan produktiviti dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang memerlukan keupayaan fizikal dan mental.

Oleh itu, masyarakat disarankan untuk mengikuti tip yang dikongsikan untuk gaya hidup yang sihat.



๐๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š๐ค๐š๐ง ๐‡๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ, ๐Š๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐ค๐š๐ง ๐ˆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐๐š๐๐š๐ง! Sertai Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat SK Abang Abdul R...
19/10/2026

๐๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š๐ค๐š๐ง ๐‡๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ, ๐Š๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐ค๐š๐ง ๐ˆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐๐š๐๐š๐ง!
Sertai Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat SK Abang Abdul Rahman, Saratok pada ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 20 Oktober 2026 (Selasa)
โฐ Masa: 6:45 Pagi โ€“ 12:00 Tengah Hari
๐Ÿ“ Tempat: SK Abang Abdul Rahman, Saratok

Aktiviti Utama:
- Saringan Kesihatan Percuma (Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan)
- Pemeriksaan Pergigian & Pameran Kesihatan
- Aktiviti Kecergasan & Permainan Interaktif

Terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan sekolah bagi memupuk kesihatan fizikal, minda yang sihat dan amalan bebas rokok/vape. Kehadiran anda amat dialu-alukan!

Filariasis Limfatik merupakan salah satu daripada Penyakit Tropika Terabai (Neglected Tropical Disease, NTD). Malaysia t...
19/10/2026

Filariasis Limfatik merupakan salah satu daripada Penyakit Tropika Terabai (Neglected Tropical Disease, NTD).

Malaysia telah melancarkan Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan (PEFLK) pada tahun 2002 dan mensasarkan agar penyakit ini tidak lagi menjadi masalah kesihatan awam selaras dengan penetapan dalam Global Programme to Eliminate Lymphatic Filariasis (GPELF) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


๐Ÿฝ๏ธ Ibu bapa disarankan untuk memastikan anak-anak mengambil makanan mengikut waktu yang teratur bagi menyokong pertumbuh...
19/10/2026

๐Ÿฝ๏ธ Ibu bapa disarankan untuk memastikan anak-anak mengambil makanan mengikut waktu yang teratur bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Elakkan anak anda daripada melangkau waktu makan kerana keadaan ini boleh menyebabkan mereka berasa terlalu lapar sebelum waktu makan berikutnya dan berisiko mengambil makanan secara berlebihan.

โ€ผ๏ธ Ayuh, amalkan waktu makan yang teratur mulai hari ini! Ikuti tip berikut untuk membantu mencegah tabiat melangkau waktu makan.

Address

Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, KM 2, Jalan Betong-Sri Aman
Betong
95700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6083472116

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Bahagian Betong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Bahagian Betong:

Shortcuts

Share