Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak

Directions

Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak Perkhidmatan Yang Disediakan :

Peminjaman Dan Pemulangan Buku

“KENAPA LELAKI KALAU BERAK, LAMA SANGAT?” 🚽Ada satu gurauan tentang perkahwinan.Suami tunggu isteri bersiap dan makeup. ...
21/10/2026

“KENAPA LELAKI KALAU BERAK, LAMA SANGAT?” 🚽

Ada satu gurauan tentang perkahwinan.

Suami tunggu isteri bersiap dan makeup. Isteri p**a tunggu suami keluar tandas.

Tapi kenapa ada lelaki boleh menghabiskan 20–30 minit dalam tandas?

Sebenarnya, bukan semestinya mereka mengambil masa selama itu untuk membuang air besar.

Ada yang mengalami sembelit, najis keras atau sukar mengosongkan usus.
Ada juga yang menjadikan tandas sebagai personal space. Boleh duduk diam, baca berita dan scroll phone tanpa gangguan.

Menariknya, ada kajian tentang perkara ini.

Kajian dalam jurnal PLOS ONE (2025) mendapati 37.3% pengguna telefon ketika di tandas duduk melebihi 5 minit, berbanding hanya 7.1% mereka yang tidak menggunakan telefon.

Penggunaan telefon di tandas juga dikaitkan dengan kemungkinan mengalami buasir yang lebih tinggi. Namun, kajian ini tidak membuktikan telefon menyebabkan buasir secara langsung.

Duduk terlalu lama dan meneran berlebihan memang antara faktor risiko buasir.

Jadi, nasihat kami mudah sahaja.
Masuk tandas, selesaikan urusan. Jangan jadikan tandas sebagai second office. 😅

Kalau betul-betul susah membuang air besar, jangan abaikan. Mungkin ada masalah kesihatan yang perlu diperiksa.
Dan sebenarnya, tabiat ini bukan eksklusif kepada lelaki sahaja.

Kredit: Public Health Malaysia

RABU I 21 OKTOBER 2026Assalamualaikum dan selamat pagi ☺️Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak
21/10/2026

RABU I 21 OKTOBER 2026

Assalamualaikum dan selamat pagi ☺️

Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak






20/10/2026

TRANSLITERASI MADANI: SEMARAK JAWI, MEKAR WARISAN

Bersama-sama kita menghidupkan kembali warisan bangsa melalui Transliterasi Madani untuk siri yang ke 2. Kami terus mencari anda yang sudi menyumbang kepakaran untuk mentransliterasikan arkib awam, agar khazanah silam terus dibaca, difahami dan diwarisi generasi mendatang.

📩 Hantarkan hasil transliterasi anda ke: [email protected]
📞 Sebarang pertanyaan: 03-6209 0658
🇲🇾 Transliterasi Madani — Semarakkan Warisan, Abadikan Sejarah!





20/10/2026
20/10/2026

KEPELBAGAIAN KEKUATAN KITA, NEGARA BANGSA ASPIRASI KITA 🇲🇾

Perpaduan dalam kepelbagaian merupakan kekuatan utama yang menyatukan rakyat Malaysia. Dengan semangat saling menghormati, memahami dan menerima perbezaan, kita bersama-sama membina sebuah negara bangsa yang harmoni, inklusif dan sejahtera. 🤝

📻 Ayuh ikuti perkongsian bersama YBrs. Encik Musa bin Kamis, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis, menerusi siaran Perlis FM.

📅 Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 11.15 pagi
📻 Saluran: Perlis FM

Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan dan menyemarakkan aspirasi membina negara bangsa yang bersatu padu demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang. 🇲🇾

Bersama Membina Negara Bangsa.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
PERLISfm




20/10/2026

SOALAN RENUNGAN HARI INI: APA ERTI KEDAULATAN UNDANG-UNDANG BUAT ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA?

Kedaulatan undang-undang merupakan asas penting dalam membina sebuah negara yang aman, adil dan harmoni. ⚖️

Sebagai rakyat Malaysia, sejauh manakah kita memahami, menghormati dan mengamalkan prinsip kedaulatan undang-undang dalam kehidupan seharian?

💬 Kami nak dengar suara dan pandangan anda! Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Setiap pandangan anda membawa makna dalam usaha membina masyarakat yang lebih bertanggungjawab, saling menghormati dan bersatu padu.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud




RESENSI BUKU OKTOBER 2026📚Untuk bacaan lanjut, buku boleh didapati di Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor PerakJemput...
20/10/2026

RESENSI BUKU OKTOBER 2026📚

Untuk bacaan lanjut, buku boleh didapati di Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak

Jemput datang🥰








SELASA I 20 OKTOBER 2026Assalamualaikum dan selamat pagi ☺️Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak
20/10/2026

SELASA I 20 OKTOBER 2026

Assalamualaikum dan selamat pagi ☺️

Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak






🌫️Jerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengandungi bahan pencemaran yang tidak da...
19/10/2026

🌫️Jerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengandungi bahan pencemaran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

‼️Jerebu boleh berlaku akibat aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka atau proses semulajadi seperti letupan gunung berapi.

Pendedahan kepada jerebu secara berpanjangan akan memberi gejala dan kesan buruk kepada kesihatan orang ramai.

Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar meminimumkan pendedahan kepada jerebu.

Kredit: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Address

Bidor
35500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Chang, Bidor Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share