Batalion 3, Pasukan Gerakan Am.

Directions Contact the organization

Batalion 3, Pasukan Gerakan Am. Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Batalion 3, Pasukan Gerakan Am., Government Organization, Batalion 3, Pasukan Gerakan Am, Bidor.

Batalion 3 Pasukan Gerakan Am merupakan salah satu Batalion di bawah Polis Diraja Malaysia (Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Briged Utara)

AKTIVITI SENAMAN PT PAGI BATALION 3 PGA BIDOR, PERAK‎‎Dimaklumkan bahawa PT Pagi Batalion 3 PGA telah dilaksanakan mengi...
27/10/2026

AKTIVITI SENAMAN PT PAGI BATALION 3 PGA BIDOR, PERAK
‎
‎Dimaklumkan bahawa PT Pagi Batalion 3 PGA telah dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:
‎
‎📅 Tarikh : 27/10/2026 (Selasa)
‎🕖 Masa : 0730 Hrs
‎📍 Tempat : Padang Kawad Batalion 3 PGA
‎👥 Kehadiran 13 x PKP dan 153 x PRP
‎






‎

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH BATALION 3 PGA BIDOR PERAK.‎‎📅 Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jum...
23/10/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH BATALION 3 PGA BIDOR PERAK.
‎
‎📅 Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
‎🕖 Masa: 0700H hingga selesai
‎📍 Tempat: Padang Kawad dan Mess Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA Bidor Perak.

Majlis ini diadakan bagi menyempurnakan peralihan kepimpinan serta penyerahan tanggungjawab pemerintahan Batalion 3 PGA daripada YDH P/ACP Azhar bin Haji Hashim kepada YDH Supt. Abd Aziz bin Abd Rahman selaku Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA yang baharu.
‎
‎Majlis turut merangkumi upacara Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP Batalion 3 PGA sebagai kesinambungan kepimpinan dan tanggungjawab dalam aspek kebajikan serta kekeluargaan warga pasukan.
‎
‎Majlis ini turut disaksikan oleh YDH ACP Jafri bin Muhamad, Pemangku Komander Briged Utara PGA, bersama isteri serta dihadiri oleh barisan pegawai pemerintah batalion, pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, anggota dan ahli-ahli PERKEP.
‎
‎Penganjuran majlis ini merupakan simbol penghormatan terhadap jasa dan khidmat bakti kepimpinan terdahulu, di samping menandakan permulaan lembaran baharu bagi kepimpinan Batalion 3 yang baru.
‎
‎Pelaksanaan program dimulakan dengan istiadat perhimpunan khas bertujuan menzahirkan penghormatan rasmi kepada kepimpinan batalion, memperkukuh semangat berpasukan serta memelihara tradisi dan tatacara istiadat PDRM.
‎
‎Setelah selesai istiadat perhimpunan, majlis diteruskan di Mess Pegawai Kanan bagi menyempurnakan upacara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah dan Pengerusi PERKEP Bn 3.
‎
‎Setelah selesai acara utama di Mess Pegawai Kanan, YDH Supt. Abd Aziz bin Abd Rahman, Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA yang baharu, telah diiringi ke Padang Kawad Batalion 3 PGA bagi menerima tabik hormat daripada detasmen perbarisan.
‎
‎Istiadat ini melambangkan penghormatan rasmi pasukan terhadap Pegawai Pemerintah yang baharu serta menandakan kesinambungan pemerintahan dan kepimpinan Batalion 3 PGA.

‎Setelah selesai istiadat tabik hormat, YDH Supt. Abd Aziz bin Abd Rahman diiringi kembali ke Mess Pegawai Kanan bagi meneruskan jamuan tengah hari bersama tetamu jemputan dan warga Batalion 3 PGA.
‎
‎Penghargaan turut dirakamkan kepada YDH ACP Jafri bin Muhamad, Pemangku Komander Briged Utara PGA, atas kesudian menyaksikan proses peralihan kepimpinan serta menyempurnakan upacara pemakaian Beret Senoi Praaq kepada Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA yang baharu.
‎
‎Secara keseluruhannya, Majlis Perhimpunan dan Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Tahun 2026 merupakan satu acara rasmi yang signifikan dalam menandakan peralihan kepimpinan serta kesinambungan pemerintahan batalion.
‎
‎Pelaksanaan majlis ini turut mencerminkan penghormatan terhadap tradisi istiadat PDRM, pengiktirafan terhadap jasa kepimpinan terdahulu serta komitmen untuk meneruskan kecemerlangan organisasi di bawah kepimpinan baharu.
‎
‎Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada YDH P/ACP Azhar bin Haji Hashim atas segala jasa dan khidmat bakti sepanjang menerajui Batalion 3 PGA. Semoga segala sumbangan beliau terus menjadi inspirasi dan panduan kepada seluruh warga pasukan.
‎
‎Seluruh warga Batalion 3 PGA turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada YDH Supt. Abd Aziz bin Abd Rahman atas pelantikan sebagai Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA yang baharu.
‎
‎Semoga di bawah kepimpinan beliau, Batalion 3 PGA akan terus melakar kecemerlangan, memperkukuh kesiapsiagaan operasi serta mengekalkan tahap disiplin, integriti dan profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan amanah demi keselamatan dan kedaulatan negara.








‎
‎
‎

23/10/2026

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH OLEH YDH P/ACP AZHAR BIN HAJI HASHIM, MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH BN 3 PGA BIDOR PERAK.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & SALAM PERPISAHANAlhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Penyerahan Infaq Al-Quran tel...
22/10/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & SALAM PERPISAHAN

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Penyerahan Infaq Al-Quran telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Oktober 2026 (Khamis) bertempat di Surau Nurul Huda, Batalion 3.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah oleh anak-anak SRAR Madrasah Nurul Huda yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Nasharudin dari Unit BAKA Bn 3. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyerahan naskhah Al-Quran sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang telah menamatkan bacaan Iqra'.

Selain itu, turut diadakan penyerahan sumbangan alat tulis kepada calon UPKK, sumbangan peribadi Pegawai Pemerintan Batalion 3 berbentuk wang tunai kepada murid-murid cemerlang dalam peperiksaan SRAI, sumbangan penghawa dingin daripada YDH P/ACP Azhar Bin Haji Hashim kepada pihak sekolah, serta penyerahan penghargaan kepada tenaga pengajar SRAR Madrasah Nurul Huda.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YDH P/ACP Azhar Bin Haji Hashim, Pegawai Pemerintah Batalion 3, atas kesudian hadir dan merasmikan majlis yang penuh barakah ini.

Majlis turut menjadi ruang untuk meraikan YDH P/ACP Azhar Bin Haji Hashim yang bakal bertukar dan dinaikkan pangkat. Sekalung tahniah diucapkan atas kenaikan pangkat beliau. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan atas segala jasa, sokongan dan sumbangan beliau kepada SRAR Madrasah Nurul Huda selama ini. Semoga beliau terus cemerlang serta dipermudahkan segala urusan dalam amanah baharu yang bakal digalas.

Turut hadir ialah Pengerusi Sekolah/Surau, Insp Mohamad Fizal Bin Md Isa, barisan pegawai kanan, guru-guru, ahli jemaah pengurusan sekolah, ibu bapa serta hampir 70 orang anak-anak SRAR Madrasah Nurul Huda yang bersama-sama memeriahkan majlis.







TAKLIMAT PINDAAN PERINTAH TETAP KETUA POLIS NEGARA (PTKPN) B 118 (PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL ORANG ASLI)*Bidor, ...
21/10/2026

TAKLIMAT PINDAAN PERINTAH TETAP KETUA POLIS NEGARA (PTKPN) B 118 (PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL ORANG ASLI)*

Bidor, 21 Oktober 2026 (Rabu) jam 1030 hrs hingga 1200 hrs, telah berlangsung Majlis Taklimat Pindaan PTKPN B 118 bertempat di Mes JPO Batalion 3 PGA, Bidor.

​Ringkasan Majlis:
​Penceramah: ASP Fazli bin Salim (Ajutan Batalion 3 PGA Bidor).

​Turut Hadir:
YDH ACP Azhar bin Hj. Hashim (Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA), Pegawai-Pegawai Kanan, dan Pegawai Rendah Polis Batalion 3 PGA.

Kehadiran:
Seramai 07 orang Pegawai Kanan Polis dan
150 orang Pegawai Rendah Polis Bn 3

​Objektif & Pengisian Taklimat:
* Menyampaikan pendedahan berhubung Pindaan PTKPN B 118 bagi memastikan pemahaman yang jelas di peringkat batalion.
* Memberi penjelasan terperinci berkaitan penyelarasan terma perkhidmatan, laluan kerjaya, serta penambahbaikan syarat-syarat perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli.

Rumusan:
Warga Batalion 3 menerima baik sesi penerangan dan taklimat yang diberikan. Ajutan Bn 3 turut menjelaskan secara mendalam berkaitan pelaksanaan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) serta penyelarasan Gred Skim Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli selaras dengan pindaan PTKPN B 118 tersebut.

​Majlis telah berjalan dengan lancar dan selesai pada jam 1200 hrs.

​





20/10/2026
17/10/2026

PERLEPASAN TEAM KONVOI PENUGASAN OLEH YDH PEGAWAI PEMERINTAH BN 3 PGA BIDOR PERAK.

MAJLIS SEND OFF PENUGASAN BN 3 PGA BIDOR PERAKBidor, 17 Oktober 2026 (Sabtu) - Majlis Send Off Penugasan oleh Bn 3 PGA B...
17/10/2026

MAJLIS SEND OFF PENUGASAN BN 3 PGA BIDOR PERAK

Bidor, 17 Oktober 2026 (Sabtu) - Majlis Send Off Penugasan oleh Bn 3 PGA Bidor Perak telah diadakan pagi ini bertempat di Drill Shed Bn 3. Pengacara majlis adalah Kpl Nasarudin dan Pegawai baris pagi ini adalah Insp Muhamad Hafiz dari Kompeni A

Ydh P/ACP Azhar Bin Hj Hashim, Pegawai Pemerintah Bn 3 PGA Bidor telah sudi hadir bersama-sama Pegawai Kanan Polis dan Anggota Pangkat Rendah Bn 3 yang terlibat dalam Penugasan Op.

Majlis pagi ini telah dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sang Saka Biru diikuti dengan Bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Ruhan dari Bahagian BAKA Bn 3. Majlis seterusnya lafaz Ikrar yang diketuai oleh Insp Low.

Dalam ucapan Ydh Pegawai Pemerintah Bn 3 telah mengingatkan tentang disiplin serta Integriti setiap Pegawai Kanan Polis dan Anggota Pangkat Rendah Bn 3 yang terlibat dalam tugas ini. Juga berkaitan keselamatan sepanjang bertugas. Majlis diakhiri dengan lagu Polis Sedia Berkhidmat serta perlepasan konvoi oleh Ydh Tn Pegawai Pemerintah.






16/10/2026

Address

Batalion 3, Pasukan Gerakan Am
Bidor
35500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 3, Pasukan Gerakan Am. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Batalion 3, Pasukan Gerakan Am.:

Shortcuts

Share